nadi Matrikku

on 22.10.10

Burung-burung berkicau keriangan,hembusan angin menderu-deru, seakan meraikan kedatangan kami sebagai penghuni baru di Kolej Mara kulim ini.Baru semalam aku dan pelajar lain mendaftar ke kolej ini.Kulim majunya bukanlah seperti bandar Kuala Lumpur.kawasannya cukup sederhana.Kolej Mara Kulim(KMKU) ini telah dibina yang  dahulunnya bekas ladang getah Seng Huat Brothers di simpang jalan Kulim-bukit mertajam dan jalan junjong.pada tahun 1977 KMKu ditubuhkan yang pada mulannya dikenali sebagai Maktab Rendah Sains Mara Kulim.
  Program matrikulasi di MRSM kulim bermula dengan Matrikulasi USM(1985-1999) seterusnya Matrikulasi UKM dan kini sebagai matrikulasi Program kementerian Malaysia(MPKM)  dan Foundation of University of Kuala Lumpur(FIST)

    “Selamat datang encik , boleh saya bantu?”kata salah seorang fasilitator.Kad kuning yang tertulis angka F.A.S.I.L.I.T.A.T.OR  yang tergantung bertali  di dada lelaki tersebut ku amati.  
“Emm.., kaunter pendaftaran pelajar lelaki dimana?.”
“Oh,  encik boleh bawa anak encik ke sana.Jalan terus ke blok hijau , di sana ada beberapa  kawan saya akan bantu.”
Bapaku terus menekan pedal minyak berlalu tanpa mengucapkan terima kasih. Aku sempat menghadiahkan senyuman tanda terima kasihku kepada fasilitator tersebut.  .”semoga dia faham,”bisikku dalam hati.bapaku sememangnya susah untuk menghormati orang lain.Egonya terlalu tinggi.aku sudah masak benar dengan perangainya.
Tinggi betul tangga ni,penat kaki emak” runggut puan Zakiah.
Sabar ya emak,kejap lagi kita sampailah asrama abang”pujukku.
kenapalah kereta tidak boleh naik ke atas”ngomel emak sendirian
mungkin ada sebab emak, bisikku dalam hati.
Aku dan emak terus menaiki tangga .kakiku mula lenguh.kadangkala kami berhenti melepaskan lelah.Sepanjang tangga ak dapat lihat pelbagai ragam manusia.masing-masing menuju ke destinasi yang sama . semuanya bertemankan ibu dan bapa , tapi aku ,hanya emak yang sudi menemaniku ke asrama.Hatiku sedih.Ayah hanya tunggu di dalam kereta,alasannya letih kerana  tangga terlalu tinggi. Beg pakaianku dan barang-barang lain aku angkat sendiri  semuanya ,berat hati  pula kalau melihat emak yang membawanya.
Bayanganku tentang Kolej Mara Kulim meleset.hilang dari pandangan mata fantasiku.Realitinya sudah terpampar di depan retina ku sekarang.Terdapat tiga bangunan utama yang berusia ku kira hampir puluhan tahun .Bangunan yang utama adalah konkrit yang dibina secara tiga tingkat.disinilah letakknya pejabat pentabiran kolej,koperasi, makmal sains,dewan besar,perpustakaan,bilik mesyuarat,bilik guru dan juga bilik kuliah.Bangunan kedua ialah bangunan akademik hijau yang berhampiran dengan surau.selain itu terdapat bangunan akademik yang berada antara dusun durian dan asrama puteri.      
 “Em..zul tidurke?”
“Eh mana ada mak,zul sedang baca buku kalendar tahunan kolej ini hah,mak kan tahu zul tidak suka masuk  majlis macam ni,”
“Oh,ingatkan anak mak dah lena tadi,hehe..mak paham lagi pun dewan ini panas sangat,tapi kita kena sabar kan kerana sabar..”
“Sabarkan sebahagian daripada iman.Betulkan mak.hehe...”potongku
“Pandai pun. Kalau kita teliti sirah nabi,amatlah kecil sangat dugaan kita pada hari ini,nabi dulu sanggup berjalan bersama-sama kafilah pedagang di padang pasir yang panas terik semata-mata untuk menyampaikan risalah Allah,baginda mahu semua manusia mentauhidkan Allah,mendaulatkan kalimah laillahahillataala dalam hati masing-masing”.
“Emm..,betul itu mak..terima kasih kerana ingatkan zul,sepatutnya emak yang bagi ceramah di depan  sana,hehe.”Gurauku
“alah ni semua pun emak belajar dari zul kan,kalau harapkan ayah kau tu,smpai kucing bertanduk la jawabnya,”
“ish mak ni , semuanya ini kan datang dari Allah , lagi satu ,  selama zul belajar  di MRSM dulu mana ada cikgu  biologi zul ajar yang kucing ni bertanduk ,pandai-pandai je  mak ni.
“itu perumpaan je lah zul , saje ye nak kenakan mak ni”. Sambil mencubit paha mak.
Aku mengambil peluang ini untuk bermesra dengan emak , selama ini mereka selalu saja sibuk . Mereka hanya datang menjenguk ku di kampung hanya dua atau tiga  kali setahun . nenek menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh.selalunya ayah akan menghantar duit belanja sekolah aku di Kelantan sebulan sekali , hidup di kampung banyak mengajar aku erti kehidupan.di sana aku hidup berdikari.setelah naik ke tingkatan empat , nenek amat sedih kerana kami terpaksa berpisah . Aku satu-satunya pelajar sekolah menengah kebangsaan  tengku bendahara yang layak masuk ke Maktab Rendah Sains Mara Jeli.


0 comments:

Post a Comment