on 19.11.10
denyutan memori berputar seketika

.................................................................................

langkahku bermula dengan menaiki kereta panjang menuju ke tanah merah,mencari kembali secalit kenangan di sekolah menengah tengku bendahara.Aku terpaku atas kerusi kira-kira 4jam ....
"Zul , maafkan cikgu,cikgu dah cuba banyak kali.tapi gagal.Awak gagal diterima ke MRSM".Beritahu cikgu Rasyid sebelum perhimpunan pagi itu.
"tak mengapalah cikgu mungkin tiada rezeki".
majlis perhimpunan hari itu zul lalui dengan perasaan hampa.mood belajarnya melayang bak kapal terbang membelah langit.hati mana yang tidak sedih jikalau hajat tidak kesampaian dan impian tinggal angan-angan. Hanya Allah yang tahu.
Di pagi yang hening itu zulkarnain iskandar sujud lama dalam solatnya agak berbeza dari tahajud yang dilakukan hari-hari yang lain.sememangnya Zulkarnain merasa tenang bermunajat dalam satu pertiga pagi yakni ketika ramai insan yang lena diulit mimpi dunia.tapi hatinya ingin terus berjaga.Allah lah yang menjadi pendengar setia setiap keluhannya hari-hari.Zulkarnain memang seorang yang tidak suka berkongsi masalahnya dengan sesiapa kecuali, yang maha mendengar dan Maha Mengetahui.sememangnya tidak rugi jikalau segala rasa dijiwa dikongsi dengan tuan pemilik dunia kerana dialah yang Maha berkuasa menenangkan hati yang sedang bergelora dengan kesedihan dunia.tangisan Zulkarnain mendayu-dayu demi mengharapkan belas dan kasih yang Maha Esa.
"Ya Allah janganlah engkau sesekali memalingkan cinta sucimu dari hambamu yang hina ini ya Allah kerana aku hanya ada sekeping hati yang rapuh dan tidak berdaya ini
moga kehampaan ini akan terubat dengan kasihmu yang suci itu ya Allah.sesunguhnya hambamu ini tidak akan sesekali berburuk sangka padamu Ya Allah, sesungguhnya kau adalah sebaik-baik perancang.ya Allah kau campakkanlah jasad ini dimana-mana tempat yang dapat mengisi bekalah rohaniku yang haus ini"..
"Zul awak tak dapat masuk MRSM ke"tanya encik hairi
aku menganguk lemah.aku dah malas nak bagi jawapan yang sama pada semua,ini adalah kali ke sembilan aku diajukan soalan oleh cikgu-cikgu.
"mungkin awak tak lulus ujian kemasukan MRSM kot.Tak mengapalah stay dekat sekolah ini dan naikkan nama sekolah ini ya."
zul angguk sekali lagi.semamangnya nama zul telah dikenali ramai setelah dipilih sebagai pelajar terbaik PMR di sekolah tengku Bendahara ini.
.......

"Alhamdulillah syukurnya.terima kasih emak,nanti zul balik ambil surat itu."
Aturan Allah memang sukar untuk di jangka,zul berjaya mendapat tempat di MRSM Jeli.Allah menghantar daerah jeli sebagai tempat dia menyambung perjuangan jihad di medan ilmu.guru-guru dan kawan-kawannya tidak percaya,teapi itulah kuasa ilahi dan tiada sesiapa yang dapat melawan.kun fayakun.Allah kata jadi,maka jadilah
..barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan pada dirinya,maka dia memberi cubaan untuk menguatkannya-hadis riwayat Al-bukhari
"pakcik duduklah di kerusi saya,lagipun tanah merah dah nak sampai ni."
"terima kasih ye nak.moga Allah membalasnya nanti"doa pakcik bertongkat itu.
sememangnya keretapi memang sesak dengan penumpang kerana ianya menjadi kenderaan utama terutama pada musim cuti sekolah.

pelbagai karenah manusia yang menghiasi suasana hari ini,yang pastinya gelak tawa kanak-kanak sedikit sebanyak menghilangkan kebosanan jiwa ini..keindahan sejuta panorama yang dijadikan oleh tuan pemilik dunia pastinya banyak mengajak aku supaya berfikir tentang kebesaranya..Allahuakbar..MRSM Jeli menjadi destinasiku.,

0 comments:

Post a Comment