on 23.11.10
Pada hari ini saya ingin menyentuh tentang ISLAM HADHARi.satu isu yang mana telah membangkitkan satu kontroversi yang besar apabila PM kita yang lepas Abdullah ahmad Badawi mengutarakan perkara ini.Ada apa dengan Islam Hadhari , adakah ia satu fahaman atau ideology baru yang sengaja diwujudkan di muka bumi Allah ini.Mari bersama kita kupas sedikit demi sedikit pada hari ini.perkataan Hadhari bermaksud “yang bertamadun”.Menurut Malik Bennabi(seorang pemikir dan ahli teori social islam ) , istilah Hadarah membawa maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dan spiritual.Justeru isalm hadhari ditakrifkan sebagai islam yang mempunyai sifat-sifat kemajuan ketamdunan tinggi yang menekankan peri pentingnya kedua-dua aspek fizikal(material dan spiritual.persoalannya sekarang adakah islam yang dibawa oleh nabi kita Muhammad s.a.w tidak lengkap dan lapuk sehinggakan tidak boleh membawa kemajuan??persoalan ini saya letakkan pada diri anda masing-masing untuk kita sama-sama semak tinjau balik.sebanarnya objektif kerajaan adalah untuk menjana kemajuan manusia untuk pembangunan fizikal , spiritual,pembangunan insan ,pembangunan ilmu demi kemajuan dunia dan akhirat. Segala objektif dan juga prinsip sudah sangat baik dan cukup cantik , ,jadi dimanakah silapnya Islam hadhari ini? Silapnya saya rasa disini.iaitu kerajaan telah meletakkan nama “Islam hadhari”.Ada apa dengan nama?adakah pentingnya nama jikalau objektif sudah betul?mesti ramai yang persoalkan . Sebenarnya di dalam hidup ini perkara tentang agama tidak boleh main-main.apatah lagi Agama islam iaitu agama yang diredhai oleh Allah ,tuan pemilik dunia ini.Memang patutlah golongan ulama’dan merka yang betul faham akan islam melenting.Dengan adanya Islam Hadhari ini, ia seolah-olah cuba untuk mengatakan islam yang sedia ada tidak boleh membawa kepada kemajuan .cukup saya katakana begitu .Saya pasti para pembaca akan faham.Mengapakah agama dipermain-mainkan.saya rasa jikalau kerajaan letak Bhuda hadhari,kristian hadhari,mesti mereka sami2 dan paderi juga akan melenting .mungkin lebih baik diletakkan Malaysia Hadhari atau Negara hadhari je..apala

0 comments:

Post a Comment