keluahan hati

on 25.9.12
minggu ni hati rasa gembira kerana usaha ingin menyatukan hati-hati mygroup 50PERCENT BERJAYA ALHAMDULILLAH .Betulla bila hati bersatu kerana yg satu gerak kerja akan bertambah mutu. Dakwahku pada minggu ini agak hambar.xpe moga minggu depan ade peningkatan..hari ini bila buka facebook lihat gambar makkah,membaca cerita anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke mekkah membuatkan daku lebih teruja untuk berusaha kesana membawa mak sekaligus..Ya Allah rindunya daku nak ke tanah suci mu..untuk sekarang ini dapat pergi umrah pun jadilah..insyaAllah niat di hati mahu pergi umrah bulan 3 tahun depan bersama rakan-rakan yg lain,permudahkan jalan kami yaAllah,jemputlah daku kesana kerana hati ini rindu kesana..kena kumpul RM6000.insyaAllah tiada yg mustahil di atas muka bumi ini ,tiada yang Allah xmampu buat kan
..walau sekarang tengah belajar di universiti Malaysia Terengganu.tapi impian dipasang sangat besar.sekarg total action..sesiapa Yang membaca ni mesti bosankan.tapi ni yang daku nak buat masa sekarang..jom my group kita buat sama-sama,kita berjaya sama-sama dan kita ke syurga bersama-sama.. sekarang pelbagai konflik yang timbul ,apakah status aku berubah bila sahaja aku menceburkan diri dalam perniagaan ini yang mana ingin membantu diri ,keluarga dan ummah untuk bersama berkongsi kekayaan demi ummat islam yang mana hati ini berkobar-kobar mahu melihat perubahn diri dan org lain, keluarga kita dan orang lain sekali gus melihat islam kembali tertegak seperti dulu kala.umur dah mencecah 21 tahun bulan 7 lepas ,diri terasa dhaif bila membaca kisah Muhammad Al-Fateh yang dapat mengambil konstantin ketika berumur 21. sama dengan umur daku sekarang tetapi kematangan yang sangat berbeza.mungkin kerana asuhan yang berbeza. Tidak pernah aku tinggalkan jemaah sane tapi aku melipatkali ganda usaha jalan dakwahku wasilah yang berbeza tapi matlamat yg sama.... ramai yang keciciran setelah grad nanti aku xnak itu terjadi apakah aku silap membuat pilihan dan membuat perhintungan.... tidak ,aku mesti habiskan apa yang telah aku mulakan never ever surrender........ jom my group kita fight sama-sama.. lawan tetap lawan lawan sampai jutawan iman dan taqwa.. " Ketahuilah satu perkara, orang yang nak bawa Islam ini lebih banyak di uji..Lagi banyak kita berusaha menyampaikan Islam, lebih banyak Allah campakkan ujian..Ada ujian dalaman dan luaran..Samaada kita tunduk pada ujian yang menjauhkan kita dari jalan Allah atau kita hadapi ujian dengan tabah!..Sedarilah!, Allah akan menapis kita dalam bermacam cara!.....

0 comments:

Post a Comment