hidayah itu milik Allah

on 28.3.13
tangan menari menekan kata
mata menyasar menurut tari jejari
hati berbunga ,berwajah ceria
akal beputar meluahkan rasa

hari ini merupakan minggu keempat dalam bulan tiga,bulan empat akan menyusul dan aku berdoa agar diberi kekuatan dan peluang untuk terus hidup dalam dunia persinggahan ini'.

seringkali manusia lupa termasuklah diriku kerana ku jua manusia yang kehidupan ini adalah tempat untuk kita mencari pahala ,mengumpul bekal untuk tempat yang kekal abadi.Pabila tercatit pesanan yang ku tulis sudah pasti aku akan di uji.pasti !! tapi moga aku tidak menjadi seperti golongan lelaki yang mana disebutkan dalam sebuah hadis baginda iaitu "Orang yang paling menyesal pada hari kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa." ..

tiba-tiba teringat seorang kawanku yang kian lama kami berpisah dek kerana mendapat universiti yang berbeza.beliau ialah salah seorang daripada group jihad production kami iaitu salah satu sekumpulan dakwah yang ku dan kawan2 bentuk ketika di MRSM J.. ,

.................................................
pagi itu beliau telefon..setelah menceritakan apa yang terjadi ,aku menjadi sebak,,ku rakamkan sedikit perbualan kami untuk tatapan sahabat2.

"pu,masihkah ade pintu keampunan bagiku.aku dah lama hanyut,banyak benda yang xsepatutnya aku buat tapi aku buat..Aku bukanlah seperti yang ko kenal dulu.aku xlayak untuknya"..

"jan,jangan putus asa dari rahmat Allah,mohon lah ampun .manusia memang tak lari dari membuat silap tapi yang penting kita menginsafinya...

"tapi aku bukan seperti yang dia harapkan sekarang.aku dah jauh hanyut pu"..

"jan.selagi hidup ni ,pintalah keampunan padanya,walau dosa kita setinggi langit sekali pun,Allah pasti akan  mengampunkannya ,Allah itu maha pengampun"

aku dengar suara esakan di hujung talian sana,moga dibukakan pintu hati wahai sahabat,getusku dalam hati

"kau tak berzina kan,kau xbunuh orangkan " tambahku,,
"bahkan kalau kau buat sedemikian pun Allah akan ampunkan jan,Allah itu maha pengasih.."aku berharap sangat2 kawanku jatuh cinta dengan rasa pengasih Allah.

"jadi macamnae pu,macamne nak bersih balik dari keruh dosa2ku" dulu2..rayunya

aku tidak berlengah,,,
"Dengar sini,,aku beritahu apa yang aku tahu,,aku pun manusia biasa dan selalu buat silap.kita berusaha sama2 jadi baik ea" firstly kita bertaubat dan menyesali dosa2 kita,buat solat sunat taubat nasuha.Banyakkan istigfar .Sama2 kita berazam tidak akan mengulanginya sama sekali.kau mesti yakin jan yang Allah akan  ampunkan.kita sama2 berdoa agar Allah ampunkan..akhir sekali berbaik sangkalah pada Allah..tutupku.

tup.....talian terhenti

2minit kemudian ku terima mesej

Aku malu pu,,Terima kasih ea pu.kaulah sahabatku dunia akhirat ,moga2 Allah limpah rahmat ke atas mu,,jangan lupa doakan aku ea

aku balas...aminn ,insyaAllah jan....




0 comments:

Post a Comment