menjelang tiba bidadari dunia dan akhirat ku

on 9.3.13
jam di dinding terus bergerak tanpa mempedulikan diri ini , iringan music memperhalusi irama hati . Hari ini aku semakin mengerti,semakin merasai bahang harinya.istikharah bukan penentunya tetapi menjadi petunjuk agar diperkuatkan hati dengan pilihan yang dibuat dan moga tidak tersasar mohonnya.Manisnya hanya diri ini yang rasa pabila yang ku harapkan menjadi kenyataan.sekarang baru separuh jalan..perjalanan yang aku harus ku titi,yang harus ku daki masih lagi ada di depan tetapi aku pasti sudah hampir sampai untuk check point 1.dan aku berharap ,sangat-sangat berharap agar kesudahannya membahagiakan ramai pihak termasuklah hati ini..agar baitulmuslim yg kuidamkan tercapai..amin ya Rabb.

Merisik Atau bertunang???

.......................................................................................................

Aku cuba dail beberapa nombor untuk tanya pendapat kawan yang aku percaya..kepala ligat memikirkan apa yang perlu ku bawa sebagai  buah tangan untuk keluarganya di sana.Azhar di sebelahku turut sama pening.memang Bab yang macam ini kami 'fail'.kereta melucur menerjah di depan Hot Key Seng sebuah pasaraya famous di area Gong DAto'.setelah buat sedikit discussion kami memutuskan untuk beli kek pisang dan kek gulung. Malu pula bila ade Mak long di belakang,mereka ikut serta tapi aku yakin ini adalah percaturan Allah kerana kita merancang ,dia juga juga merncang tetapi sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik .Tiada yang lebih Maha Besar darinya.Kereta berhenti betul di depan2 rumahnya.debaran hati semakin memuncak .Ibarat irama lagu yang ditambah pukulan kompang.selepas 10minit bina repo tanya khabar dan taaruf sebagainya ,aku mula kelu.Bagaimana harus ku mula..ku lihat Ayahnya seakan menunggu sesuatu seperti dah dapat agak hajat besarku.Dengan Bismillahirrahmanirrahim aku beritahu yang tujuan sebenar.".............................................................'
Alhamdulillah..setelah selesai makan aku meminta diri kerana terpaksa selesaikan urusan kerja dengan azhar.
tidak sangka begini jadinya .Ini lah perancangannya sebenarnya.aku bersyukur sememangnya kedatangan maklong sangat2 membantu..
tetapi baru ku sedar yang rupa-rupanya aku tidak sempat berbual dengan mamanya..alahai..maaf mama.
.................................................................................................

checkpoint1 : Aku memilih untuk Mengikat ..

Alhamdulillah,perbincangan haritu telah memudahkan jalanku..pada mulanya aku bercadang untuk bawa keluargaku merisik tapi Maklong mencadangkan agar ku bawa keluargaku untuk merisik dan Bertunang terus kerana jauh alasannya kelak bnyak membazir .Dapat dua pakej dalam satu masa.

0 comments:

Post a Comment