Rotan di lubuk hati

on 17.3.11
kenakalan di sekolah rendah bagaikan mimpi
keazaman sekolah di kampung mmbuahkan seribu hasil
kepimpinan di MRSm melontarkan sejuta pengalaman,
kasih di matRIX datangnya mengimbau seribu kenangan,
Universiti????
ku letakkan persoalanya pada diri ini
apa misi yg ingin dibawa.?
yang pentingnya aku makin meningkat dewasa,diolah dengan pelbagai sumber.

aku berjuang dengan sejuta harapan...
akidah islamiyah perlu ditegakkan
dalam hati ini dan sahabat
walau sibuk berjuang dijalan medan ilmu
berpegang pada apa yg dipasakkan
jasa ibu perlu diteliti,
perit ayah meniti hari,

yaAllah..moga kami semua berjaya mencari keredhaan mu..
moga kami semua berjaya menjadi seorg yg intelektual ,perihatin

kawan2 datanglah bersatu hati,dalam mencari apa yang dicari...
tanpa kamu , aku lemah
tanpamu yaAllah , aku resah..

menyelam

tengok dan selami apa yang dikata,
jangan tengok pada siapa yg berkata,

jadilah akhlak seperti Abu bakar
jadilah jiwa seperti umar
pengurusan seperti uthman
hati seperti Ali
akal seperti muawiyah
...begitulah acuan Rasulullah,,,indah cantik xtergambar
menjadi kekasih Allah dan ketua semua nabi Allah

skim

on 9.3.11
SKIM CEPAT DOSA

Yang jauh mari dekat, yang dekat mari rapat. Hari ni, saya bukan nak berniaga, bukan nak cari untung dunia, tetapi nak menerangkan skim yang sudah lama ada, tetapi mungkin kita semua tak sedar. Skim Cepat Dosa (S.K.D) ni macam skim multilevel atau piramid. Bermula dari ibu bapa, turun kepada anak-anak dan seterusnya kepada orang lain.

Jadi, pada hari ini, saya akan menjurus kepada skop laman sosial yang menjadi ketagihan seolah-olah kita tidak dapat hidup tanpanya.

Situasi 1

Seorang anak gadis, meletakkan gambar nya di laman sosial. Muka cantik, rambut panjang mengurai, baju fit, susuk tubuh menarik, kaki putih. Fuhhh, ni kalau buaya darat tengok memang cair lah. Selepas mengupload gambar tadi ke internet, dia pon menunjukkan kepada bapa nya, “ayah, sesuai tak gambar ni buat profile picture? Adik tak tahu nak letak gambar mana lah”. Si ayah pula, kerana sayangkan anak perempuannya tadi pon menjawab, kalau adik letak gambar apa-apa pon memang cantik.

Nak di jadikan cerita, bila ada kaum lelaki yang melihat gambar tadi, dia pon add lalu mempromosikan perempuan tadi kepada teman-teman nya yang lain. Semakin hari, semakin ramai jejaka yang meng+add gadis tersebut. Di situ, syaitan pon mula memainkan peranan. “kau ni cantik lah, mesti ramai yang minat kat kau minah”. Si gadis pula, mula lah riak. Dan, mulalah menguploadkan gambar-gambar yang lagi “power” supaya dapat menarik perhatian ramai jejaka. Maklumlah, orang lawa, mesti nak ramai peminat kan.

Kesudahannya, bla bla bla. Perempuan tadi jadi playgirl, kikis duit lelaki, tp kantoi. So,dia mula di benci dan bla bla bla…

Penerangan sistem S.K.D.

Perempuan tadi saya gelarkan P, lelaki L dan ayah A.

Gambar P = L1 + L2 + L3 + L4 + L5 + L6 + L(seterusnya dan bla bla bla…)

P meletakkan gambar di internet. Seorang jejaka tengok, dan mempromosikan kepada rakan-rakan lain. “wow, cantik la pompuan ni, kau add la”. So, jejaka 2 tengok, dan add. Dan jejaka 3 dan seterusnya.

Dosa mereka:

Budak perempuan itu meletakkan gambar yang mendedahkan aurat , apabila seorang jejaka melihatnya, ayah,perempuan dan lelaki itu berdosa. Apabila L1 mempromosikan P kepada L2, (A P L1 L2 ) berdosa. Apabila L3 mengenali P dari L2, (A P L1 L2 L3) berdosa. Dan begitulah seterusnya.

Si Ayah:

Seorang yang dayus kerana merelakan anak perempuan yang di bawah jagaanya mendedahkan aurat untuk menjadi santapan kepada mata lelaki yang bukan muhrim. Ketahuilah si ayah, orang yang dayus tidak akan memasuki syurga. Setiap lelaki yang melihat aurat anak nya, dia akan mendapat saham dosa akibat membenarkan anaknya membuka aurat.

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”, (surah Tahrim ayat 6 )

Si perempuan:

Adik, ketahuilah. Aurat itu keaibanmu, kemaluan mu, kehormatan mu yang sepatutnya kamu lindungi dari menjadi santapan mata-mata liar. Sebaliknya simpanlah kehormatan itu untuk suami mu.

Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

(ini belum kita bicarakan tentang dosa-dosa dan dalil tentang aurat)

Si lelaki di luar sana:

Apabila anda melihat gambar seperti itu, apakah yang harus anda lakukan? Jangan add profile perempuan yang mendedahkan aurat kerana anda juga akan memperolehi sedikit bahagian dari saham itu. Dan sebaiknya, anda menegur perempuan itu tentang kesalahannya. Di samping berdakwah, itu juga salah satu cara untuk mengetahui kekuatan iman kita.

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda: maka sesiapa yang melihat kemungkaran di antara kamu, maka tegahlah ia dengan tangan (kuasa), dan jika tidak mampu maka dengan lidah (nasihat), dan jika tidak mampu maka dengan hati (benci akan kesalahan itu), dan itu adalah selemah-lemah iman.

Kesimpulan:

Bila nafsu mengusai diri, maksiat di bangga-bangakan...dengan perkataan, perbuatan, "gambar"...insaf lah rakan-rakan...tutup lah aurat mu, sebelum aurat mu di tutupkan. dengan helaian kain kapan, tiada lagi fesyen yang engkau banggakan. rambut mu yang cantik panjang dan berwarna, di dalam kubur menjadi mkanan ulat n kala...wahai sahabat, pintu taubat masih terbuka.

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Had...id; 21)

Di dalam usul fiqh: Sesiapa yang memulakan sesuatu kebaikan dan berterusan diamalkan oleh orang ramai maka berterusanlah pahala mengalir kepadanya...dan barangsiapa memulakan sesuatu kejahatan atau maksiat kemudian berterusan org lain mengikutinya , maka berterusan dosa mengalir kepadanya

Sekarang, siapa yang masih berminat dengan skim ini? Saya telah sampaikan, saya telah terangkan. Jadi, fikir-fikirkanlah. Tepuk dada, Tanya iman.