Titipan Buat Naqib & Naqibah

on 14.2.12
Oleh Dr.Harlina Halizah Siraj

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 1 – Peliharalah amanah dan kepercayaan organisasi terhadapmu yang bergelar naqib/naqibah. Perbaharui niat dan tekad menggalas tgjwb dan pengabdian kepada Allah SWT. Lontarkan jauh segala kerisauan dan kebimbangan, tingkatkan pasrah untuk meraih bantuan Allah. Selamat datang ke gelanggang dakwah! Moga istiqamah menjadi kekuatanmu.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 2 – Pastikan niat yang ikhlas menjadi sandaran bagi setiap sesi usrahmu. Kejernihan niatmu menjadi nur yang menghiasi setiap patah kata yg keluar dari mulutmu. Ketulusan nawaitu setiap ahli usrahmu yang sudi hadir menjadi obor pembakar semangat dan azam.Layarilah bahtera usrahmu bersama2 dengan keindahan tekad yang tidak mudah cemar!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 3 – Laksanakan sebaiknya tiga rukun usrah (taaruf, tafahum & takaful) sebagaimana yg dinyatakan oleh AsSyahid Imam AlBanna. Pastikan proses taaruf terus berjalan lancar, agar mudah tafahum dicapai. Bila sudah kenal hati & budi, suka & benci – segeralah pula saling lindung-melindungi. Alangkah bahagianya kelompok manusia yg saling mengasihi kerana Allah SWT!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 4 – Pertingkatkan kemahiran memudahcara proses pembelajaran ahli usrah, mengikut kemampuan masing-masing. Ketahuilah keperluan pembelajaran (learning needs), kekuatan, bakat, kelemahan dan kekurangan mereka. Tempoh lama baru menjadi nuqaba’ bukan penanda aras keberkesanan mengendali usrah, sebaliknya penguasaanmu dalam aspek komunikasi belajar berkumpulan.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 5 – Mulakan usrahmu dengan meminta setiap ahli menulis di atas sekeping kertas – TIGA Hasil Pembelajaran /HP (learning outcomes – LO) yg ingin dicapainya melalui sesi usrah bersamamu. Tulislah pula TIGA objektif utama mengapa dikau menjadi naqib/naqibah kumpulan usrah tersebut. Bincangkan HP mereka dan objektifmu bersama2. Adakah di sana titik temu antara apa yg diharapkan oleh ahli usrahmu dan apa yg mahu dikau capai?

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 6 – Selami hati setiap ahli usrahmu, baca bahasa badan mereka – adakah mereka gembira hadir di sesi usrahmu kali ini? Ataupun mereka kelihatan resah, gelisah, tidak ceria, bosan dan tidak sabar mahu pulang? Sebelum menyalahkan mereka, apalah salahnya melihat kepada tahap prestasimu sebagai naqib/naqibah. Moga Allah memberi kita kekuatan utk terus memperbaiki diri!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 7 – Wujudkan suasana segar, selamat dan penuh keceriaan dalam sesi usrahmu. Segar – lantaran perkongsian ilmu yang menyuluh & memimpin. Selamat – kerana tiada siapa yg akan menghukum dan mencemuh kekurangan diri yg masih perlu diperbaiki bersama. Ceria – dek kehangatan ukhuwah & tautan hati manusia ikhlas yang mahu Allah melihat kesungguhan mereka.
TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 8 – Permudahkan proses pemahaman ahli2 usrahmu terhadap bahan tarbiyah yg dihadham bersama. Gunakan analogi, perbandingan dan penceritaan. Paling baik sekiranya pengalaman peribadi masing2 menjadi sandaran perbincangan. Tercetuslah usrah interaktif, proaktif dan kreatif! Sesungguhnya engkau memang pemudahcara (fasilitator) yang hebat!
TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 9 – Hidupkan usrahmu dengan kesungguhan mengislahkan diri bersama-sama. Naqib/naqibah bukan mahaguru atau mursyid yang tak boleh disanggah. Kita hanyalah `first among equals’ – menjadi naqib/naqibah hanya kerana kita sudah terlebih dahulu melalui jalan/marhalah dakwah ini. Ayuh, kita bimbing & pimpin ahli2 usrah utk sama2 meniti liku perjuangan yang masih berbaki panjang.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 10 – Luaskan pembacaan utk membuka ufuk pemikiranmu. Peruntukkan sedikit ruang sesi usrahmu utk perbincangan isu2 semasa. Ransang minda ahli2 usrahmu dgn soalan2 quiz yg mudah dicari jawapannya. Pastikan mereka pulang dengan informasi segar,bugar yg bakal membentuk fikrah sejahtera malar!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 11 – Tanamkan kecintaan terhadap Al Quran ke dalam hati ahli2 usrahmu. Berikan giliran utk setiap ahli usrahmu memilih ayat dan surah mana yg ingin dikongsi ba

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 12 – Pastikan setiap tuturkata dan perbuatanmu melambangkan akhlaq yang sejahtera untuk dicontohi oleh ahli2 usrahmu. Berusahalah untuk dikenali sebagai seorang yang baik, sopan, tertib dan berbudi bahasa kepada semua, bukan hanya untuk sekelompok sahabat sejamaah denganmu sahaja. Akui segera kesilapan dan kekurangan jika ditegur. Mulakan harimu dengan titipan doa : Ya Rabb, perelokkan akhlaqku sebagaimana indahnya akhlak Nabi-Mu! ca. Perhatikan makhraj dan tajwid, tegur kesilapan dgn penuh kasih sayang. Sebatikan jiwa mereka dgn keindahan Al-Quran – di mana jua mereka berada, pasti sentiasa berdamping dengan Al-Quran!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 13 – Pastikan ada sesuatu bekalan yg dapat dibuat ibrah dan pengajaran utk diperhalusi ahli2 selesai sesi usrahmu. Peruntukan sedikit masa utk slot `kesimpulan’ dgn bertanya setiap seorg ahli mengenai `lessons learnt’ @ `take home messages’ yg akan dibawanya pulang. Dari jawapan mereka, dapat dibuat penilaian – siapa yg sudah jelas dan siapa yg masih perlu sedikit lagi bantuan. Moga setiap sesi usrah yg mendatang akan bertambah2 lagi keberkesanannya, InsyaAllah.
TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH – Tip no. 14 : Bayangkan wajah semua ahli usrahmu dalam doa rabitah di waktu pagi dan petang. Moga terpaut hati dalam iman, taqwa dan semangat juang. Keraplah bertanya khabar, berikan bantuan dgn penuh keikhlasan. Bukakan hatimu buat mereka – agar usrah mampu menjana sekelompok insan yg saling mencintai demi meraih kasih Allah SWT.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH – Tip no. 15 – Pelbagaikan aktiviti dalam sesi usrahmu. Pengisian bahan tarbiah lebih berkesan dgn kreativiti naqib/naqibah & pembabitan aktif setiap ahli. Tajuk diskusi boleh dikupas melalui debat, kuiz, role-play & permainan. Sesekali bila ada yg sudah keletihan, berhenti sejenak, gerakkanlah sendi/tulang & hidangkanlah sedikit juadah. Sesungguhnya kita bukan robot mekatronik yg diprogram utk tidak kenal letih, lesu, penat & jemu!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 16 – Ceduklah sebanyak pengalaman dan ibrah dari setiap usrah yg dikau kendalikan. Yakinlah, sebenarnya engkaulah yg lebih memerlukan sesi usrah utk belajar membangun persediaan diri dan kemahiran berdakwah. Kerenah, telatah , gaya interaksi, penerimaan dan pemahaman ahli2 usrah mampu `mendidik’ naqib & naqibah mereka. Bertuahlah ahli2 usrah yg mempunyai naqib/naqibah yg sentiasa bermotivasi mengendalikan usrah masing2!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 17 – Sabarlah dalam mengendalikan setiap sesi usrahmu. Tak tergambar besarnya ganjaran yg bakal menanti naqib/naqibah yg mampu membuka mata, telinga, hati dan akal ahli2 usrahnya – utk menghayati sebuah fikrah yg sejahtera & kembali menyusuri fitrah yg mulia. Ikutilah teladan Nabimu – mengharap ganjaran bukan dari manusia. Teruslah gigih beristiqamah tanpa jemu, sesungguhnya Allah SWT sedang melihat & memerhatimu.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 18 – Pelajarilah teknik memberi maklumbalas terbaik utk ahli2 dalam sesi usrahmu. Mulakan dengan maklumbalas positif & penghargaan lebih dahulu, barulah nantinya disusuli dengan teguran & nasihat.Seringkali, maklumbalas negatif lebih baik disampaikan secara bersemuka, bukannya secara terbuka. Namun pujian biarlah didengar oleh semua. Hargai seorg dua ahli setiap sesi, mengikut giliran hingga semua sudah merasa dipuji. InsyaAllah, mudahlah nanti mereka menerima teguran sekiranya ada yg tersilap kata dan perbuatan.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 19 – Tanamkan kecintaan ahli usrahmu kepada ilmu pengetahuan. Tanyakan mereka apakah buku yang sedang menjadi bacaan. Luangkan sedikit masa utk berbincang mengenai hal ehwal semasa – dalam dan luar negara. Buat rumusan dan kesimpulan, selaras dengan fikrah yg dibawa. Suntiklah semangat ingin tahu yg tinggi – bukankah kita sedang membina takungan pemimpin bertaraf dunia?

"Impian Kita"

on 5.2.12
assalamualaikum hari ini kita membincangkan isu yang agak panas juga la..mahasiswa masuk university untuk ape? of course untuk kerje kan ?kalau dah kerje berapa nak gaji? RM1000 cukup x? Yes cukup kalau berada zaman 90 an dulu-dulu.Tapi sekarang of course not..laptop 1 pon dah melebihi seribu ringgit .xkan nak beli laptop pon nak bayar ansur-ansur kan? sekarang baru kita ,kalau dah berkeluarga,lagi besar kan duitnye diperlukan.hehe

so Perlukah kita menjadi kaya rakan pembaca sekalian? Penting sangatkah buat kita? Segelintir menganggap bahawa menjadi kaya menyebabkan diri mereka “terikat” dengan dunia, takut cintakan dunia. Bagi saya itu remeh semata-mata, kerana hakikatnya yang banyak membantu fakir miskin, dan member sumbangan adalah golongan yang mempunyai wang yang banya. Orang itu mampu memberi kerana mereka memiliki. Pada masa yang sama, saya tidak nafikan memang ada golongan yang kaya, tetapi kaya dengan cara makan harta orang, berjudi, rasuah dan sebagainya. Kalau anda lihat, mereka ini punyai rumah besar tetapi menjejakkan kaki ke surau mahupun masjid jarang-jarang sekali. Ada pun datang bila berlaku kematian dan sebagainya, seperti dalam sebuah cerekarama melayu, keluarganya punyai rumah besar, bapanya pemakan harta anak yatim, ibunya tidak pernah sembahyang bahkan “pedih” telingan mendengar orang baca Al-Quran, manakala anaknya belajar “oversea” sehingga bab menguruskan jenazah bapanya dan bacaan Yassin pun tidak reti. (Kita sudah melencong jauh nampaknya)
Balik kepada persoalan kita. Saya percaya pasti terlintas dalam hati dan fikiran perlukah kita menjadi kaya? Jawapanya PERLU. Mengapa perlu? Para pembaca sekalian, sebaik-baik manusia adalah mereka memberi kebaikan kepada orang lain, dan tangan di atas adalah lebih baik dari tangan di bawah. Kita PERLU menjadi kaya kerana Tuhan suka pada hambaNYA yang kaya. Malah mereka dituntut untuk mengejarnya. Kita PERLU menjadi kaya untuk menyara keluarga kita. Kita PERLU menjadi kaya untuk memberi duit kepada ibubapa kita. Kita PERLU menjadi kaya untuk masyarakat sekeliling kita. Malah kita PERLU menjadi kaya untuk membawa perubahan kepada sistem kewangan di Malaysia.
Pembaca sekalian pasti telah sedia maklum bahawa negara kita bukan negara Islam yang mengamalkan hukum Islam secara 100%. Isu berkenaan muamalat sering menjadi perbualan orang ramai kerana ia melibatkan makan minum mereka. Pasti pembaca pernah terfikir, “bersih”kah duit yang berada dalam simpanan bank. Tambahan pula dengan isu Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang menjadi menjadi kekeliruan masyarakat, tidak tahu samada memegang kepada hukum HARUS ataupun HARAM. Apa yang saya cuba terangkan adalah betapa lemahnya sistem ekonomi Islam di Malaysia. Sememangnya usaha mengembangkan sistem ekonomi Islam sedang giat dilakukan, antaranya pengenalan terhadap sistem perbankkan Islam dan takaful. Namun, ia tidak memadai dengan hanya pelaksanaan peracangan tanpa penggunanya. Masih ramai juga yang tidak merasakan bahawa sistem perbankan yang dijalankan adalah tanggungjawab bersama. Terdapat segelintir masyarakat yang lebih selesa memilih sistem perbankkan konvensional kerana faktor “senang” dan “murah”. Walhal, apalah sangat nilai “senang & murah” berbanding barang yang halal lagi bersih.
Oleh itu, KAYA nya mampu menyumbang kepada perubahan sistem ekonomi negara. Bagaimana? Untuk pengetahuan pembaca sekalian, salah satu faktor ekonomi negara dapat berkembang adalah melalui pelaburan samada dalam mahupun luar negara. Ramai yang terkejut dengan bayaran gaji CEO Maybank, dikatakan mececah jutaan ringgit setahun, tetapi tiada seorang pun terfikir SIAPA SEBENARNYA YANG MEMBAYAR GAJI CEO Maybank. Pembaca sekalian, dalam sebuah syarikat, terutama syarikat berhad yang menjual saham mereka di Bursa Saham Malaysia (BSM) akan mempunyai barisan lembaga pengarah. Di mana, ahli dalam lembaga pengarah itu merupakan pemegang saham bagi syarikat tersebut. Tambahan pula, ahli lembanga pengarah tersebut merupakan individu yang mempunyai saham yang terbesar dalam syarikat itu, dan mereka juga merupakan pembuat keputusan syarikat tersebut. Jadi, apa kaitan dengan pembaca sekalian? Kaitannya adalah kita perlu menjadi KAYA untuk menjadi INDIVIDU itu. Individu yang membuat keputusan dalam syarikat. Bayangkan semua syarikat besar seperti Maybank, CIMB Bank, Gardenia, Nestle dan sebagainya dimiliki oleh mereka yang faham dan inginkan negara Islam. Pasti matlamat JIHAD EKONOMI kalian, mampu untuk kita capai, iaitu MENG”ISLAM”KAN EKONOMI.
Wallahua’lam.

sedihx.

on 4.2.12
kawan2 Kita umat Muhammad yang sangat dicintai dan dirindui oleh baginda...
sebelum tu me sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah pada nabi junjungn besar kita
ok jom hayati

suatu hari..nabi bertanya:"siapakah hamba Allah yg mulia?"

sahabat menjawab: "para malaikat ya Rasulullah"
sahabat yang lain : "tentulah para nabi, merekalah yg mulia"

nabi tersenyum lalu berkata:"ya, mereka mulia tapi ada yang lebih mulia"
para sahabat terdiam lalu bekata:"adakah kami yang mulia itu ya Rasulullah?"
nabi berkata;" tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan..

Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu berkata...

"wahai sahabatku, mereka adalah manusia2 yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian..mereka tak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sangat rindu kepadaku & saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA...MEREKALAH UMATKU! "

Kasih Muhammad terhadap kita sangat mendalam...
Ucapkan selawat kepada Nabi..sekali kita selawat kepada Nabi,10 kali Allah selawat untuk kita

Rasulullah junjungn mulia

on 3.2.12
lama rasenya tidak ku update blogku ni..harini jom kita kenali nabi kita nabi Muhammad S.W.T.bleh tgok resume dibawah.
sebelum itu mari sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada nabi junjungan besar kita

Al-fatihah....

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.