kenapa??

on 25.11.11
•*¨*•.¸¸¸❤¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪
Bukan saja-saja Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
Bukan saja-saja Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
Bukan saja-saja Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
Bukan saja-saja Allah memberikan UJIAN sebegitu..
Bukan saja-saja Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

Melainkan Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
Melainkan Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
Melainkan Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
Melainkan Allah mahu menguatkanmu..
Melainkan Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..

Tidakkah mahu anda BERSYUKUR?
♫•*¨*•.¸¸¸❤¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪

mampukah kita

on 10.11.11
dakwah di kampus hanyalah kelas sementara,
yang peperiksaannya adalah di luar,,
jangan rasa kita hebat,
kiranya di luar sepi x bertndak,
dan hanya mampu melihat..

bukan mudah bergelar seorang pendakwah,,
dialah yang akan sering diadukan masalah,,
dialah qudwah hasanah,
dialah orang yang melakonkan pelbagai watak dengan satu aqidah,,
bukan seorang yang mudah melatah,,
campaklah dia ke manapun, dia tetap pendakwah,,
pendakwah orangnya bukan hanya berjubah,
tapi mampu turun padang bersama ummah,
malamnya terisi dengan zikir dan muhasabah,
senyumnya menenangkan mad'u yg bermasalah,
kalamnya menjadikan yang lain ditarbiyah,
dia bukan orang yg sibuk dengan hal yang furu'iyyah,
kerana dia tahu fiqh aulawiyyah,
dia juga bersedia untuk mendengar nasihah,
dan apabila dminta, mampu memberi tazkirah..
dalam drinya mempunyai quwwah,
dan istiqamah..

insya'Allah,, =')

jombace

on 9.11.11
Ringkasan Pembentangan Bajet 2012
Bajet 2012 Peruntukan pembangunan: Sektor ekonomi: RM29.8 Bilion, Sektor Sosial: 13.6 Bilion, Sektor Keselamatan: 4.4 Bilion, Pentadbiran Am 1.4 Bilion & Simpanan Luar Jangka: RM2 Bilion
Meliberalisasikan 17 subsektor perkhidmatan
Dana Mudahcara perkongsian awam-swasta (PPP) – RM2.5 Bilion dan 300 Juta untuk usahawan bumiputra
Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah RM2 Bilion
Dana Inovasi Pengkomersialan PKS patuh syariah berjumlah RM juta. Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan.
Dana SME Revitalisation Fund berjumlah RM100 Juta kepada usahawan berwibawa untuk membangunkan semula perniagaan.
Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta bagi pembiayaan PKS yang terlibat dengan bencana alam.
Program Penerapan & Pembangunan Invoasi di peringkat sekolah dan IPTA.
Program Jejak Inovasi bagi menggalakkan pencetusan idea baru.
Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia.
Program realiti dan dokumentari di media.
Penyediaan Market Validation Fund (RM30 biliion)
Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah – RM1 Bilion
Bayaran tambahan bagi sekolah rendah dan sekolah menenga – Mansuh
Potongan cukai kepada penderma program persekolah (individu & syarikat)
Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai pusat integrasi perkhidmatan – perluasan di Kedah, Johor, Sabah & Sarawak.
Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional berjumlah RM100 juta ringgit secara pinjaman mudah dengan kadar faedah 4%
Projek Lonjakan Mega Luar Bandar di 6,500 hektar kawasan Projek Agropolitan seluruh negara (RM110 Juta)
Projek Penyelengaraan Awam- Asas (PIA-PIAS), RM500 Juta
Projek Bekalan Air Retikulasi di Sabah dan Sarawak dan Projek infrastruktur bekalan air – FELDA; serta kemudahan bekalan air bersih – Ladang Estet (RM50 juta bagi penyambungan paip & pemberian tarif domestik)
Akses perkhidmatan perbankan – melantik 5,000 agen BSN.
Perkhidmatan Bas Luar Bandar – kemudahan pembiayaan RM150 Juta
Kebajikan Orang Asli – program pembangunan & pemindahan penduduk
SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) & PERKHIDMATAN AWAM
Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy
Menambah baik struktur gaji penjawat awam mengikut gred
Menambah baik skim perkhidmatan mengikut sistem time-base. Hanya mengambil 8 tahun sahaja.
Melanjutkan umur persaraan wajib para penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun.
Bantuan yuran pengajian – ijazah sarjana muda (20,000 tempat), ijazah sarjana (5,000 tempat) & PHD (500 tempat)- Peruntukan RM80 Juta
Bayaran khas sebanyak RMk Ribu kepada kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) , dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Program Army Care – menaik taraf & menyelenggara kuarters tentera – Peruntukan RM500 Juta
Bayaran khas sebanyak RM3 Ribu kepada bekas anggota serta duda dan balu polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.
Memperbanyakkan program ladang kontrak. Seramai 4,500 usahawan tani dijangka mendapat manfaat.
Pemberian subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2.3 billion
Penerusan pemberian subsidi bil elektrik RM20
Perluasan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) meliputi keperluan harian pengguna pada harga sehingga 40% lebih rendah.
Membuka unit Agrobazaar Kedai Rakyat di seluruh negara.
Skim Rumah Petamaku – meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 Ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri.
Skim Perumahan Rakayat 1Malaysia (PR1MA) – diperluaskan ke kawasan luar Lembah Klang & Putrajaya, 7700 unit akan di bina.
Pembelian rumah secara kaedah bina kemudian jual (built an sell) melalui pembiayaan patuh syariah – pembiayaan RM600 ribu ke bawah.
Program Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, 10,000 unit dengan Kerajaan menyediakan subsidi sebanyak RM200 Juta
Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina rumah yang lebih selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas bagi nelayan – Tabung khas RM300 Juta untuk baik pulih.
Menambahbaik blok bersalin hospital Putrajaya dan menaiktaraf Hospital Kuala Lumpur (HKL)
RM300 Juta untuk membaik pulih HKL.
Memperkenalkan Jadual kerja fleksi Pegawai Perubatan Siswazah – menaikkan elaun on-call semalaman RM30 – RM80
Pengecualian 100% duti eksais dan cukai julaan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jalan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik.
Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet persendirian.
Pemberian subsidi kadar faedah sebanyak 2% untuk memiliki teksi baru buatan tempatan.
Keseluruhan manfaat pemilik teksi bajet = RM7,500
Menawarkan bantuan guaman secara percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk membayar fi guaman tinggi.
Menyediakan pusat khidmat bantuan sosial yang dikenali sebagai Anjung Singgah untuk perlindungan sementara golongan gelandangan.
Menyediakan program latihan yang bersesuaian bagi menarik golongan profesional wanita untuk kembali ke pasaran pekerjaan.
Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 billion kepada usahawan dalam bentuk pembiyaan pinjaman
Menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) – RM150ringgit bagi 3 suntikan. Peruntukkan 50 juta ringgit disediakan.
Penubuhan syarikat modal teroka milik Kerajaan MyCreative Venture Capital yang bertanggungjawab menggalakkan penglibatan golongan muda menerokai bidang industri kreatif – dana permulaan RM200 Juta
Program Strategik untuk Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth (SAY 1Malaysia) -Peruntukan RM200 Juta
RM15 Juta untuk 150 gelanggang futsal tambahan di selurh negara untuk mencapai matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim.
50 juta ringgit untuk 30 padang tiruan atau artificial turf yang dilengkapi lampu limpah.
Percuma untuk warga emas – caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia serta pergigian milik kerajaan.
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah
Membenarkan pendaftaran awal menunaikan haji melalui kaedah penghadangan Akaun 2 pencarum – Sebnyak RM1,300
Mengkaji dan menaikkan elaun ahli parlimen – hanya dengan persetujuan ahli kerajaan dan pembangkang serta parti bebas

hebahh

Hebahkan kepada kenalan anda dan yang anda sayangi Kesan Minum AIS Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda. Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas .... Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan. :Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!! Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa. Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!. **Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi..

kenapa tajuk blog ini nadi perjuanganku

on 8.11.11
Dulunya aku seorang yang jahil tentang hukum agama.Sungguh dahulu aku ingat islam hanya di masjid ,di seolah ketika belajar pendidikan islam dan hanya ketika satu2 masa2 sahaja.begitu sekularnya aku tapi itulah dulunya aku.Mungkin sebab tinggal di kampung segala berita2 luar dari kampung tidakku ambil tahu.surat khabar hanya dijadikan alas makan atau bungkusan makanan.komputer kitika itu hnya satu rumah je yang ada.sungguh daifnya suasana kampung ketika suatu masa dahulu.

rata-rata kanak2 dan remaja2 di kampungku seangkatan dengan ku.berada didalam gelombang yang sama.Begitu sedikit sahaja yang mengenal islam secara total.termasuk keluarga ku.sedih bila hati ini mengenang kembali.

pada tahun 2006 sejarahku berubah.aku ditawarkan memasuki sebuah MRSM .Aku sedih dan pada masa yg sama aku bersyukur kerana Di sini aku telah mula kenal islam secara sedikit dalam.aku bergaul dengan beberapa kawan yang berada di dalam gelombang islam.sngat hebat,sangat menarik sangat tenang .aku baik dengan seorang ustaz disana .beliau cuba berusaha menunjukkan kepada pelajar bahawa islam bukan untuk saja dianuti ,bukan sekadar agama tetapi islam adalah the way of life .dont try to separate them..aku mula belajar basic dan mengamalkannya.inilah sinaran matahari pertama bagiku


2009-aku dihantar ke sebuah matrikulasi..bertambah bersyukur aku kerana masih wujud matrikulasi yang mmpunyai biah solehah.satu gelombang dan persekitaran solehah .Dsini aku belajar bersama kawan2 yang cintakan Allah dan jadikan islam the way of life.Aku dilantik sebgai naib presiden surau kerana dipilih oleh Allah untuk aku terus menggali islam itu sendiri.
Aku dilantik menjadi naqib dan menjaga lebih kurang 20 orang ahli usrah,,Astagfirullah aku telah mengabaikan mereka kerana merasakan diri ini tidak kuat dan kurng ilmu .Aku lupa Allah ada sentiasa dekat dengan diri ini untuk membantu aku..tapi aku tidak pernah sedar masa itu.Ya Allah ampuni aku..

2010-aku dicampakkan ke sebuah kampus.disini situasi lagi mencabar..lagi banyak manusia lagi banyak fahaman ,ideologi yang aku jumpa.golongan yang mendalami islam begitu sedikit sekiranya dibandingkan dengan jumlah pelajar ,tetapi aku yakin ramai siswa yang ingin mendalami islam atau mungkin mereka mempunyai latar cerita sama dengan aku .jadi tugas aku dan kawan-kawanku tolong mereka,pimpin mereka ke jalan yang sama dengan aku dalam masa yang sama menanam ilmu agama supaya keimanan sentiasa bertamabah..inilah nadiku.nadi perjuanganku .kerana matlamatku ingin mereka bersama kami melihat apa itu islam ,bukan sekadar menganuti tetapi menjadikannya sbgai cara hidup.4tahun kos aku disini .moga aku istiqamah dam mempertingkatkan lagi amalan ku,perjuanganku supaya makin ramai yang sudi naik kedalam gerabak keretapi di landasan ini.bak kata Assyahid Imam Hassan Al-banna
Allah, dengan sifat ArRahaman dan ArRahimNya,
memberi ketenangan dan
kepuasan kepada hambaNya yang beriman,
apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan
Dia akan mempermudahkan hambaNya itu untuk
mencapainya


20_ _ -harapanku semoga aku istiqamah .semoga aku mendapat isteri sama fikrah denganku yang sama- memperjuangkan islam .sesungguhnya ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah
begitu mudah untuk menyatakannya tetapi untuk merealisasikan hakikatnya memang susah tapi aku berdoa agar kami semua istiqamah.yakin dengan janji Allah yakni sesiapa yang tolong agama Allah nescaya Allah akan menolongnya .kita bukan pemula dan juga penamat ingat dahulu HEro kita Rasulullah telah mnyebarkan risalah Allah dengan penuh kesabaran ,diteruskan para Sahabat,para khalifah ,sultan muhammad Al fateh,imam hassan Albanna dan bnyak lagi..kita pnyambung untaian2 dakwah ini.Doaku agar aku dan orang terdekat ku mengamalkan islam supaya selamat dunia dan yang penting Akhirat...

inilah serba sedikit jalan hidupku.hanya yang membaca ini sahaja yang tahu..

SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL( copy paste)

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

doa-doakalan ea

lelaki idaman muslimah..

Biarlah dia seorang yang buta
Kerana matanya sunyi dari melihat
perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara dari
memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik
dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya

Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah
membangkang kemungkaran
dan dia lantang
menyuarakan kebenaran

Biarlah dia seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman
pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa
untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya untuk beribadah
dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup
menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia

Biarlah dia seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya
dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya
memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya
dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya
dalam menanam impian
untuk menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Allah.

riuh2

on 2.11.11
KUEH RAYE UTK SET2 TEKNO:
13/11(ahad)- tez dinamik
isnin-anta tuto3 dinamik
selasa-discuss example4 bhn..
rabu-quiz bhn:chapter3 shj
mybe khamis mlm jumaat-tez bhn chapter 1-4
mgu seterusnya-tez kepten
unknown date-tez dr wan..(bile dy xd0p)...
p/s- slmt mgharungi mgu study week dgn kemeriahan aidiladha....
slmt ari rye aji..:)

sedihku

on 1.11.11
‎-Surat Untuk Abang Dan Adik-


Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangk

Ustaz Zahazan Mohamed:- 3 Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah

on 31.10.11
اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ.
Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).

اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ.
Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).

اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ.
Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya..

di mana kita

Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.
Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,
“Akulah orang yang paling kejam”,
Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.
Dan dia berkata
“Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.
Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab
“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”
Perempuan itu adalah Palestin.
Lelaki pertama ialah Israel.
Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.
Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.

Tahniah kepada Umat Islam.

Sama-samalah kita muhasabah diri.

amaran bahayaaaaa!!!

-------------------------------------

Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.

Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.

Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.

Beberapa tahun berlalu…

Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:

- Mana ibumu?

- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?

- Tidak!

- Di mana pula abangmu?

- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.

- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?

- Tidak!

- لا حول ولا قوة إلا بالله

- Kakakmu di mana?

- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.

- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?

- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…

Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!

Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?

Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?

Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.

Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!






"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.
on 28.10.11
assalmualaikum..

pernah x sahabat2 semua telah diajukan soalan2 yg susah sekali untuk dijawab?
apa respon semua ?
contoh-contohnya

1. Knp kita kena berpuasa hari jumaat prlu di gabung dan dalilnya, mengapa begitu?
2. Knp ustazah pilihan, ada ustaz yg kata haram?
3. Knp lelaki blh buat imam muda, dan perempuan tak blh buat pr0gram sbegitu?
4. drpd lelaki tgk perempuan yg tak tutup aurat lam media, lbih baik tgk yg tutup aurat.
5. (klu ckp s0al syaitan) knp lelaki blh tertarik sama2 llaki (gay) ?
6. knp perlu dikriminasi antara lelaki dan perempuan? kan manusia dilayan sama rata.


apa jawapan sahabat ?? pikir2..


berdasarkan survey.hehe,jawapan2 yang telah dijawab oleh org relak ,kool dan sempoii.


1.sbb bg mengelakkan kte berpuasa sama seperti org hindu berpuasa,sbb tu kte puasa 2hari kot....

2.bgtau jer.. Permata yg plg cntik x di pertontonkan kat org ramai. Ia akan jd milik rahsia buat si empunya sja.. kira di terima x jwpn ni..

3 dan 4.Dalam Qur'an ALLAH berfirman kpd ar-rijal supaya menundukkan pandangan drp bende2 y haram,hatta nisa' y menutup aurat pon.& nisa' pula diperintahkan utk menutup aurat.dlm Qur'an,ALLAH perintahkan ar-rijal dulu utk menjg pandgn..kmudian diturutkan dgn nisa,menutup aurat.pengalaman ukhti ana d luar negara,nisa y menutup aurat lebih menarik drp nisa y membuka aurat.jd.kita pd firman ALLAH..rijal perlu menundukkan pandgn..SEKALI pandg=rezeki.2 kali=DOSA...

5.,syaitan 2 sgt licik...minat pd kaum sejenis..same dgn kaum nabi LUTH a.s.pesan kat sahabat 2 supaya bc QUR'AN &tafsir sekali..dalam QUR'AN ad jwbn utk semua soalan 2..wallahualam


6,.tiada diskriminasi dalam Islam, dan tiada kesamarataan juga dalam Islam..islam mengajar tentang keadilan, meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnye..andai yg sama rata itu tidak sesuai dengan keadaannya, maka ia adalah tidak adil..
lelaki adalah pemimpin kepada wanita(yg dipimpin wajib taat kpd yg mmimpin), sedangkan, lelaki juga wajib taat pada ibunya(wanita)..begitu hebat kitaran hukum Allah..
jika, ada mengatakan Islam membebankan wanita menutup aurat selurah anggota badan(kcuali muka,tapak tgn) berbanding aurat lelaki lebih mudah dijaga, sebaliknya, sebaliknya jihad kaum lelaki berjuangan di jalan Allah(dengan harta,jiwa,tenga),kpada seruan yang hak, sedang jihad kaum wanita pula, taat perintah(yg xmenyalahi syarak) suami adalah yg lebih utama. Allah beratkan di satu2 sudut, Allah juga mringankan di satu2 sudut..begitu hebat hukum Allah..

Amanat Orang yang hebat!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
assalmualaikum..

siapakah orang yang hebat itu? Mahathir? shah rukh khan? sitinurhaliza? Barack obama ?sudah tentu bukan sama sekali beliau ialah As-syahid imam Hassan Al-banna.

so straight to the point...)))

Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu dan amalkan zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

Berusahalah untuk bertutur dalam bahsa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.

Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang dtitemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalanlah dan berkasih-sayang.

Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah.

haa.cukup x sepuluh ??try kira balik sahabat semua>>>jeng2

Kekasih

Nama anak & isteri Nabi Muhammad s.a.w.

Isteri-isteri Rasulullah :

Khadijah binti Khuwailid r.a.
Saudah binti Zum'ah r.a.
Aisyah binti Abu Bakar r.a.
Hafsah binti Omar Al-Khattab r.a.
Zainab bin Jahsyin r.a.
Zainab binti Khuzaimah r.a.
Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) r.a.
Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian) r.a.
Juwairiyah binti Al-Harith r.a.
Maimunah binti Al-Harith
Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a.
Mariyah Al-Qibtiyah

Hanya seorang sahaja isteri Rasulullah yang gadis ketika berkahwin dengan baginda iaitu Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq.
Manakala yang lainnya adalah janda atau balu yang kematian suami.

assalamualaikum sahabat
jom kenali keluarga kekasih Allah

Anak-anak Rasulullah dengan Khadijah :
Al-Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummu Kalthum
Fatimah

Anak Rasulullah dengan Mariyah Al-Qibtiyah :
Ibrahim

Dipetik dari buku soal jawab berkaitan Rasullulah
oleh Hj Ahmad bin Haji Nurul Hamida Mida Awang

---sapa yg belum tahu,sama2 kita ambil tahu--- :)

kalimah cinta kunci syurga

on 27.10.11
setelah selesai usrah kedua ku tutup buku catatan,ku amati muka mad'uku satu persatu .persoalan berbaur di minda.ilmu mereka lebih tinggi berbanding aku.

..setengah jam lalu

Di atas bangku putih kami semua berdiskusi .pengertian syahadah diberikan oleh n , L ,dan H.
dari sudut bahasa penyaksian dan sudut istilah ialah kita mengaku, mengiktiraf dan menjelaskan bahawa keyakinan kita kepada Allah swt dimana satu-satu tuhan yang wajib disembah adalah Allah.mereka mengagguk tanda paham dan mencatat serba sedikit ke dalam buku nota masing-masing.
ku hurai lagi Dua kalimah syahadah ini adalah lafaz penyaksian. Bermaksud aku sanggup menjadi saksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah, yang ditaati, yang benar, yang mentadbir, dan yang segala-galanya melainkan Allah. Dan aku juga sanngup menjadi saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah yang tidak akan menyampaikan sesuatu melainkan apa-apa yang disuruh oleh Allah; sama ada daripada segi perkataan, perbuatan dan semua tingkahlaku baginda.

ku berhenti sejenak.niatku dihati moga mad'u menghayati kalimah syahadah ini sendiri dan bukan menganggap bahawa kalimah ini hanya untuk orang bukan islam sahaja.

Lafaz dua kalimah syahadah ini bukan hanya untuk diucapkan oleh mereka yang baru nak masuk Islam sahaja. Mereka yang dah lama Islam itu tidak perlu mengucapkannya pula. Sebaliknya sebagai umat Islam, kita perlu sentiasa mengucap dua kalimah syahadah dengan niat memperbaharui nilai iman dan Islam (penyerahan diri kita kepada Allah dengan mengikuti segala syariat-syariatnya yang dibawa oleh Rasulullah SAW). Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa “Pada akhir zaman, manusia berpagi-pagi dengan Islam kemudian berpetang-petang dalam keadaan kafir. Ataupun mereka berpetang-petang dalam keadaan Islam kemudian berpagi-pagi dengan kekufuran”. Maksudnya kadang-kadang manusia muslim itu terdedah dengan kekufuran pada setiap masa. Walaupun zahirnya mereka tidak menyembah selain Allah seperti berhala dan sebagainya, tetapi mereka mungkin mengambil sesuatu ajaran selain syariat Allah sebagai amalan itupun sudah cukup untuk menjadikan berpaling daripada Islam.

kalimah syahadah sememangnya adalah kalimah yang terbesar dalam hidup ini dimana shahadat adalah syarat masuk islam dan jikalau xsebut syahadah dalam solat dan azan tidak sah.

pendek sahaja diskusi untuk malam itu tetapi pelbagai soalan yang dilontarkan oleh mad'u.isu-isu semasa.isu murtad dalam kampus ,isu muhmmd Gadhafi dan beberapa lagi.sejam pulak kitorang diskuss hehe..

aku bersyukur kepada Allah kerana mencampak aku ke jalan ini....

S F C sejati

sahabat sejati kasihnya tiada ganti,
sahabat sejati janji ditepati ,
sahabat sejati sentiasa menananti ,
sahabat sejati rindunya di hati,
sahabat sejati ikatannya sampai mati,
sahabat sejati adalah kerana ilahi ,
sahabat sejati akhirnya bersama di syurga firdausi.


nurkilan 0351sNz n yuliu najmun

copy paste

SAYA TERUJA" KAHWIN MUDA


"Apabila aku berhadapan dengan soal jodoh, aku terkasima seketika. Otakku berfikir, semuanya aturan Allah SWT, aku yakin suatu masa jodohku akan tiba. Dengan siapa, bila, di mana dan bagaimana itu aku tak tahu. Pengetahuan manusia memang terbatas, manusia tak boleh menjangkakan apa yang berlaku selepas ini, esok dan seterusnya" - huffaz.


Iman : Jom kahwin awal nak?
Akal : Eh, kenapa pulak tibe-tibe? Kan kite tengah study lagi?
Nafsu : Yelah...apelah! Study tak abes lagi, dah gatal nak kahwin.

********

Iman : Abes tu..kau gatal couple dengan dia boleh? Siang malam bersayang-sayang, tak dan kalau tak message, tak jumpa sehari.

Akal : heeeeeeeee.......ala..biasalah ghindu. Hehe..

Nafsu : Eleh...Kolot lah kau. Jumud! Otak sempit kau tahu tak? Biasalah orang couple, mestilah message tiap-tiap jam, dating tiap-tiap hari, kalo tak buat macam tu, nanti orang kate kau tu tak up to date, tak laku, tak cun..kau sanggup ke orang mengate diri kau?

*********

Iman : Kau ni couple ngan dia sebab sayang ke? atau tak sanggup nak dengar orang mengata kau? Cinta zaman moden skang hanyalah budaya dan ikut-ikutan. Sorang nak couple, yang lain pun nak couple. Seolah-olah satu kempen "Mari bercouple!" Kenapa kita tak terbalikkan je? Jadikan kempen "Mari kahwin muda"?

Akal : Opsss...! Hehe...Mula-mula memang ler aku kesian kat dia, nanti kalo aku tolak cinta dia, tak sampai hati plak nak lukakan hati dia. Lagipun dia encem, macho, ade duit, kete pun ade...senang nak gi mane-mane. Best-best! Emmm...Kahwin muda eh. Segan la..pakwe aku nak ke? Aku pun macam tak sedia lagi.

Nafsu : Yang kau loghat apesal, bia lah. Tengok tu, dulu malas blaja, skang..pergh!! Tiap-tiap hari pegi library. Dulu result takat paras hidung, nyawa-nyawa ikan, skang plak, apemacam? Hebat wohhh!! Student tip top, anugerah dekan setiap semester. Woi bro! Kahwin muda kau ingat senang ke? Kaya mak bapak kau.


*************

Iman : Kita kene beringat selalu, setan pernah bersumpah dengan Allah yang dia akan sesatkan anak Nabi Adam supaya dapat temankan dia di neraka. kau nak ke? Setan akan berusaha sedaya upaya dengan menjadikan kita berasa perkara haram itu banyak memberi banyak kebaikan. Jadi, pelbagai alasan diberikan untuk menghalalkan perbuatan kita. Macam yang kau cakap tadi, daripada malas jadi rajin study.

Ajal maut, jodoh dan rezeki Allah yang bagi. Asalkan ada agama dan beriman insyaAllah, semiskin mana pun bakal pasangan tersebut Allah telah tetapkan sejak azali lagi bahagian rezekinya. Percayalah!

Akal : Neraka? gulp......Kahwin muda lagi? No komen!

Nafsu : Macam-macam plak kau. Abistu kau ingat nak kahwin awal senang ke? Kau pun konon berlagak macam ustaz, ilmu agama dah habis khatam ke? Baca al-Quran pun tergagap-gagap. Nak pimpin anak bini camne? Anak orang oi...belum pape rosak rumahtangga, hancur berkecai. Jap, aku nak kasi kau fakta sikit bia kau ternganga, lelaki jenis lambat matanglah daripada pompuan, ape citer plak?

***********

Iman : Memang. Memang lelaki lambat matang. Itu fitrah tetapi tak semua lelaki sebegitu. Ada yang cepat, ada yang lambat. Dan melalui kaedah kahwin mudalah mereka cepat jadi matang. Mereka akan belajar proses mendewasakan pemikiran, jasadiyyah, rohaniah dan sebagainya. Malah lebih manis lagi, mereka tidak belajar keseorangan, mereka belajar bersama-sama isteri tercinta. MasyaAllah!! So sweettttttt.......

Akal : a'alah...tak terpikir plak kepala otak aku. Pandai jgak kau ni eh. Macam tu ada can lah aku nak kahwin awal ni. Hehehe..malu. malu...

Nafsu : Cehhh...bajet jer tu. Aku pelik la..kau ni mesti ade muslihat. Kenape kau ber-iya sangat nak paksa orang kahwin muda? Apa yang buat kau teruja sangat pasal bab cintan-cintun, kahwin-kahwin? Kau tu nape tak kahwin muda? Nak suruh orang tapi diri sendiri? Hampeh jer....

**************

Iman : Aku bukan memaksa, aku hanya mengajak demi ke arah kebaikan dan lebih selamat. Cinta itu fitrah, jangan jadikannya sebagai fitnah apabila kita tidak mengikut guideline yang telah Allah tetapkan. Aku takde satu muslihat pun, niat aku baik.

Sebenarnye aku sedih. Sedih sangat. Aku sedih tengok remaja-remaja sebaya dengan aku sudah jauh dengan penghayatan agama yang sebenar. Budaya islam bagai sudah tiada tempat dalam jiwa mereka. Malah budaya barat yang mereka gila-gilakan sudah menjadi darah daging dan sebati dengan selera nafsu mereka. Fesyen, hiburan, couple, sukan contohnya bola sepak dan macam-macam lagi. Benda-benda ni sebenarnya bagus tapi telah dicampuradukkan dengan kelalaian dan tiada lillahi ta'ala.

Couple menjadi satu fenomena, budaya atau ikutan para remaja Islam. Kita perlu berusaha untuk menjernihkannya kembali, kita perlu mencegah budaya ini daripada meliar dan terbabas jauh menyimpang daripada norma-norma agama. Cegahlah daripada membarah. Selamatkan kawan-kawan kita. Jadikan kahwin muda sebagai salah satu kaedah untuk mencegah kegilaan nafsu dan anak luar nikah.

Ayuh! Mari berkempen "Syoknya nikah awal!" Jadikan kahwin muda ini sebagai satu fenomena, budaya dan ikutan para remaja, mahasiswa universiti dan anak muda. Jika sekarang ini kita boleh bilang dengan jari tangan bilangan kawan kita yang sudah berumahtangga, jadikan ia pada suatu masa nanti nak bilang dengan jari kaki pun tak cukup.

IKATAN CINTA MAHASISWA de siries

on 24.10.11
Siri 1 : TAUTAN HATI


Assalamualaikum..setelah lama tidak menulis rasenya.Dalam Susana dunia yang semakin mencabar sekarang ini, ramai manusia berebut-rebut mengejar kekayaan, kemewahan dan kesenangan duniawi tanpa memperdulikan lunas-lunas ajaran agama. Maka apa yang kita lihat sekarang, ramai golongan remaja yang telah terpesong akidah dan agamanya. Kini, saban hari kita didengarkan dengan pelbagai isu seperti ajaran sesat, pelacuran, rogol dan pelbagai lagi aktiviti yang tidak sihat. Jika keadaan ini terus berlaku, maka keruntuhan akidah dikalangan umat Islam akan menjadi berleluasa. Sebelum diulas dengan lebih mendalam akan peranan keluarga dalam pendidikan agama, kita perlu tahu akan apa yang dimaksudkan dengan akidah dan agama. Perkataan akidah itu menurut maksudnya adalah merujuk kepada kepercayaan atau keyakinan. Agama pula adalah kepercayaan kepada tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaannya. Antara akidah dan agama itu adalah satu perkaitan yang seiringan. Semakin kuat pegangan agama seseorang semakin teguh akidahnya.
. Bagi mengukuhkan akidah, banyak langkah yang boleh kita lakukan antaranya ialah melakukan banyak perkara sunat seperti membaca Al Quran, solat tahajud dan bersedekah. Dalam keadaan kita melakukan aktiviti begini, jiwa dan hati kita akan terasa tenteram serta tenang. Keadaan ini akan menggalakkan diri kita untuk menambahkan amalan-amalan sunat dan dalam masa yang sama akan dapat mengukuhkan akidah.
Walaupun perkara ini bukan mudah untuk dilakukan, tapi dengan melakukan dengan permulaan yang sedikit dan melakukannya setiap hari adalah cara yang terbaik untuk melakukannya. Sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT juga boleh mengukuhkan akidah seseorang. Dalam kehidaupan harian kita, kita tidak pasti sama ada kita melakukan dosa atau tidak.. Jadi langkah yang terbaik adalah dengan sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT. Selain itu, bagi mengukuhkan akidah kita mestilah sentiasa mendalami pengetahuan dan ilmu keagamaan kita agar pengaruh-pengaruh dari luar tidak dapat mempengaruhi kita. Dalam suasana dunia yang semakin canggih, kita tidak akan terlepas daripada menerima pelbagai pengaruh sama ada baik atau buruk..
10 Perkara Yang Membatalkan Shahadah adalah

1. Bertawakkal dan bergantung kepada selain daripada Allah..
2. Mengingkari nikmat kurniaan Allah..
3. Bekerja dan beramal kerana selain daripada Allah..
4. Mencipta undang-undang sendiri di luar kehendak dan ketentuan Allah s.w.t..
5. Taat kepada selain daripada Allah kecuali kepada sesiapa yang diperintahkan supaya taat kepadanya.
6. Menjalankan hukuman selain dari hukum Allah.
7. Benci dan menentang salah satu dari ajaran Islam atau keseluruhannya.
8. Mencintai dunia mengatasi akhirat.
9. Menghina al-quran dan As-Sunnah dan ulama’ yang menegakkannya atau mempersendakan hokum allah atau syi’ar Islam.
10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya

iNGAT Kawan-kawan yea!

Sesiapa yang berpegang kepada aqidah dan membentuk kehidupannya menurut tuntutan-tuntutannya, maka akan selamatlah hidupnya di dunia dan akhirat.InsyaAllah

pena

on 23.10.11
hidup ini ibarat tempat persinggahan..ku pautkan media ini sebagai jalan singkat hati ini memuntahkan apa sahaja yg tersirat dari hati ini,semoga medium ini terus memaut ukhwah antara kami ini....."Di sekitar Arsy ada menara2 dari cahaya.didalamnya ada orang2 yg pakaiannya dari cahaya dan wajah mereka bercahaya."Mereka adalah orang2 yang saling bersahabat kerana Allah, saling berkunjung kerana Allah dan saling memaafkan kerana Allah.

sem 3

on 27.9.11
penat sungguh!!!..sem ini adlah sem yang mencabar ,sangat mencabar.subjek perkapalan makin terselah..naikkah pointer ku nanti.assingment pertama ,emergency steering gear..cari2 xjumpe...search google ade skit.setakat ni yang diketahui emergency steering ni adalh steering backup yang digunakan jika main steering rosak atau x berfungsi..sekian snz

malam pertama

on 31.7.11
aku melangkah menaiki keretapi.resah,sedih,malas,semuanya diuli menjadi satu perasaan yg xberbelah bagi di hati ini .Mahu ke kota Bharu atau Tidak!!apakan data keretapi sudah bergerak,.dari jauh ku melambai tangan ke arah ibuku..sepanjang perjalanan ku jadikan buku Matahari novel hilal asyraf sebagai pengisi masa lapang.Memang sudah berkali dah kubaca tapi aku belum puas kerana di dalamnya bukan saja cerita tapi mengandungi dakwah dan tarbiah yg jelas.

teettt..tett 1 new mesej lantas kubuka..

"biar nafsu sunyi tanpa godaan..biar kaki sunyi tanpa jalan..Tp jangan biar akal sunyi tanpa ilmu & jgn biar hati sunyi tanpa cinta ilahi..ukhwah itu bukan terletak pada kerapnya pertemuan .bukan juga pada manisnya ucapn di bibir ..tapi pada ingatan seseorang pada saudaranya dalam doa..SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN ALMUBARAK,mudah-mudahan ramadan kali ini lebih mndekatkan diri kita pada Ya RaBBUL Izati..YOUr Mom..

Mak xpernah bosan menghantar mesej padaku biarpun aku bukannya anaknya tetapi kasih sayng yang ingin dicurah ku terima sepenuh hati.pelbagai nasihat yang ku terima.aku tertarik dengan kesederhanaan yang ditunjukkan oleh keluarga ustazah ini.kalau boleh tidak mahu ku biarkan hatinya terluka.begitulah juga kasihku pada ibu di rumah..

jam telefonku menunjukkan pukul 2130 pm.hatiku cukup2 kecewa kerana tidak dapat menunaikan solat terawikh buat malam pertama di bulan ramadan ini secara berjemaah di masjid..sebaik saja ku selesai solat isyak dan terawikh secara berseorangn,ku terus on laptop dan laju saja jari jemari ini bergerak mengikut irama hati meluahkan segalanya tentang malam pertama hari ini

pena penulis

on 18.6.11
Assalamualaikum.dan salam sejahtera.blog ini masih menyepi dan tidak dihebohkan lagi kerana bak kata orang masih belum berkualiti,belum matang dan belum cukup memberi kesan pada diri ini.INsyaAllah kita akan adakan ruangan pengalaman kerana dari pengalaman dapat mematangkan ikiran,ruangan sirah untuk mengungkit kembali zaman kegemilangan dulu,ruangan kata hikmah untuk emotivasikan diri,ruangan iklan untuk iklan2 yang terbaru ,akhirnya ilmu dan akhirnya ruangan hiburan..

1.pengalaman
2.sirah
3.kata2 hikmah dan hadis
4 iklan
5.ilmu dan Al-quran
6.hiburan

menu kehidupan hamba2 abadi

UNTUK SEPANJANG TAHUN
• Sembahyang Fardhu Berjemaah - utamanya dimasjid/surau
• Mendirikan sembahyang sunat yang tertentu khususnya sunat tahajjud dan witir di waktu malam, juga sunat dhuha, awwabin, tasbih, rawatib dan lain-lain

• Membaca Al-Qur'an dan berusaha memahami bacaannya
• Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah, kelas ugama dan sebagainya
• Puasa sunat pada hari-hari isnin dan khamis
• Membaca segala wirid/doa harian yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
• Memperbanyak dan membiasakan bersedekah
• Mengerjakan umrah jika mampu, terutama di bulan Ramadhan
• Memelihara mulut, mata, telinga dan anggota-anggota lain dari perbuatan maksiat dan keji
• Menziarahi saudara/sahabat yang sakit
• Mengingati mati, menyembahyangkan mayat dan menghantarnya ke kubur
• Menziarahi sahabat handai, saudara-mara, orang-orang alim dan tuan-tuan guru

MUHARRAM
• 1 - 9 haribulan - Puasa sunat
• 10 haribulan (Hari Asyura) -
o Puasa sunat
o menyapu kepala anak yatim
o bersedekah kepada fakir miskin
o bercelak mata
o meluaskan perbelanjaan keluarga
o memperbanyak bacaan berikut :




REJAB
• Kelebihan puasa sunat di bulan Rejab :
o Puasa 1 hari - mendapat keredhaan yang besar dari Allah
o Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan dari Allah
o Puasa 3 hari - akan diselamatkan oleh Allah akan bahaya dunia, siksa akhirat, penyakit gila, fitnah syaitan dan dajjal.

o Puasa 7 hari - ditutup 7 pintu neraka
o Puasa 8 hari - dibuka 8 pintu syurga
o Puasa 10 hari - Allah akan mengkabulkan permintaannya
o Puasa 15 hari - Allah akan menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan.

• Ibadat-ibadat lain yang digalakkan :
o Membaca surah Al-Ikhlas setiap hari 11 kali atau lebih
o Membaca al-Quran
o Memperbanyakkan doa, istighfar dan lain-lain seperti dibawah ini :

• 27 hb Rejab - Isra' Mi'raj - digalakkan membaca atau mendengar kisah-kisah berkenaan peristiwa itu serta mengambil i'tibar daripadanya, dan mengerjakan puasa sunat.
Ke Menu Utama



SYAABAN
• 15hb - Nisfu Syaaban. Hidupkan malamnya dengan membaca Yasin 3 kali dengan tertib dan berdoa supaya (i) panjang umur serta dapat beribadat (ii) murah rezeki (iii)ditetapkan iman


RAMADHAN
• Doa pada awal malam Ramadhan :
• Menyempurnakan Puasa Fardhu Ramadhan
• Sembahyang sunat tarawih dan witir pada malamnya
• Memperbanyakkan membaca Al-Quran
• Memperbanyakkan Sedekah
• Memperhebatkan ibadat di waktu malam terutama 10 malam terakhir
• Mengerjakan umrah (jika mampu) oleh kerana pahala satu umrah di bulan Ramadhan menyamai pahala satu haji
• Menunggu-nunggu Lailatul-Qadar
• Segerakan membayar Zakat Fitrah


SYAWAL• Sembahyang sunat 'Idul Fitri
• Puasa 6 hari dalam bulan Syawal setelah sempurna puasa Ramadhan mendapat pahala puasa setahun
• Membaca takbir sehingga sembahyang 'Idul Fitri
• Hidupkan malam 1 syawal dengan banyak beribadh

ZULHIJJAh
• 1 hingga 8 hb - Sunat berpuasa
• 8 hb - Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat
• 9 hb (Hari Wukuf di Arafah) - Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji, Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
• 10 hb - Hari Raya Haji/Korban - Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir
• Melakukan korban
• 11, 12 dan 13 hb (hari-hari Tasyrik) - hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
• 29hb atau 30hb - Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.

nota cinta

Nota Cinta
www.iluvislam.com
Oleh: mushroom16
Editor: fazly_90


"Hari ni, saya menang pertandingan pidato di sekolah. Esok, saya ada lagi pertandingan bahas. Lusa pula, ada persidangan di UIA. Awak jaga diri sementara saya takde ye? Bukan saya tak nak mesej, tapi saya sibuk. Jangan tinggal solat."

Hafiz membaca mesej itu dengan perasaan berbunga. Wardah, gadis yang memang disayanginya dari dulu lagi. Wardah, bagi Hafiz memang sesuai dengan namanya. Wardah memang sekuntum mawar nan indah. Harum mewangi. Sukar didekati dan indah di hati.
Namun Hafiz tidak pernah bertemu Wardah. Sekadar mendengar suaranya yang lunak dan bisa menggugat hati. Bukan dia tidak berkeinginan untuk bertemu, namun tempat tinggal mereka sangat jauh. Mereka berkenalan melalui seorang kawan pada dua tahun lepas.
Wardah tersenyum. Selama 2 tahun perkenalan mereka, Hafiz menjadi permata hatinya. Wardah memang seorang wanita solehah. Namun perkenalannya dengan Hafiz menjadi titik tolak perubahannya. Dia lupa makna zina hati yang dia laungkan pada tazkirah di sekolah. Dia lupa pesan ustazah agar jangan bercinta pada usia muda, tambahan lagi untuknya yang masih bersekolah. Apatah lagi dia akan menduduki peperiksaan besar SPM pada tahun itu.
“Wa, aku tengok kau dah lain. Kau dah pandai layan lelaki kan? Aku tahu kau sukakan Hafiz tapi ingatlah Wa, cinta sejati hanya pada Allah,” Ujar Fiza, sahabat Wardah pada suatu hari.
“Fiza, aku kan masih solat? Lagipun kami berpesan-pesan ke arah kebaikan. Seperti yang dianjurkan Islam,” Balas Wardah, agak teruji.
“Aku rasa kau dah salah konsep, Wa. Dah habis ke perempuan kat sekolah ni? Ramai lagi aku tengok yang tudung ‘pakai buka’, berkepit dengan jantan sana sini, kau tak nak berpesan-pesan ke arah kebaikan untuk tu ke Wa? La taqrabuzzina, janganlah kau mendekati zina. Wa!”
“Aku harap kau janganlah masuk campur. Soal zina, tak perlu kau ingatkan aku. Aku dah cukup faham maksud itu. Kami tak pernah bertemu. Macam mana kami berzina?”
“Kau dulu pernah beri tazkirah soal zina hati. Takkan lupa? Bila hati saling mengingati, aku tengok kau dah lalai! Lagipun, Allah larang kita mendekati zina, bukan melakukan zina. Kau belum terlewat untuk bertaubat. Lupakanlah Wa, apa tak cukupkah Allah sebagai kekasih kau? Dia yang menemani kau siang malam, Yang Maha Mendengar setiap luahan hati?”
Wardah terdiam. Namun baginya ungkapan Fiza hanya mencurah air ke daun keladi. Dia ingin Hafiz menjadi miliknya!

Hafiz menikmati makan malamnya dengan lahap. Hari ini kepenatan menjeratnya kerana terlalu sibuk dengan tugas kepimpinan di sekolahnya. Namun, Hafiz bersyukur diberi peluang sebegitu. Dia tidak mengeluh dengan tugasan seperti itu. Baginya, segala-galanya adalah tanggungjawab yang diamanahkan. Dan tugasnya adalah sebagai pelaksana.
Mungkin hari-hari Hafiz tidak seindah ini jika Wardah tidak menemani hidupnya. Walaupun Hafiz menyedari hakikat bahawa mereka menghampiri zina, Hafiz sentiasa terpukau dengan janji manis Wardah bahawa mereka hanya berkawan. Namun perasaannya sukar ditepis sama sekali. Dia manusia biasa yang tidak mampu menafikan perasaan cinta yang mula bertunas dalam hati.
Telefon hafiz berdering.
Pantas Hafiz menggapai telefon bimbit di meja. Panggilan dari Wardah
“Hafiz?”
“Ya, saya,”
“Awak sayang saya?”
“Emm, kenapa awak tanya?”
“Saya tanya sebab nak awak jawab,”
“Wardah, awak perempuan terbaik yang saya kenal. Tak mungkin tiada perasaan cinta saya terhadap awak,”
“Awak cintakan saya?”
“Ya, saya cintakan awak,”
Dan malam itu menjadi saksi antara dua jiwa itu. Sesungguhnya begitulah syaitan merasuki kita, secara terang-terangan ia bukanlah cinta yang hina, namun menjebakkan dua insan itu ke alam yang melalaikan.
“Aku nampak semalam kau keluar dengan Ina?” soal Hafiz curiga. Perbuatan sahabatnya, Aiman, menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.
“Jadi?” Aiman seolah-olah mencabar Hafiz.
“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”
“Hafiz, Hafiz! Mentahnya pemikiran kau. Macam mana pula soal hubungan kau dengan Wardah? Kau ingat aku tak tahu? Habis, yang kau bercinta dengan dia tu? Ada Allah suruh?”
“Aiman, kami bercinta cara Islam. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada engkau!”
“Ahh, bercinta secara Islam. Kenapa ramai yang kabur dengan persoalan itu? Bukankah itu tipu daya syaitan. Walaupun aku dengan Ina, aku dan dia tidak hipokrit macam kau! Ketua pengawas apa kau ni? Sebelum kau kata baju orang lain kotor, tengok baju sendiri, itu nasihat aku!” kata Aiman berang sambil berlalu pergi.
Hafiz tertunduk di situ, di sebuah taman berhampiran rumahnya. Dia menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan, dia berjalan pulang. Dalam perjalanannya, dia bermuhasabah. Ya Allah, dosakah aku? Aku marah apabila sahabatku menghampiri zina namun aku juga begitu! Aku ke surau namun aku juga menghampiri lembah syaitan. Manusia apakah aku?
Malam itu Hafiz bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana suara Wardah yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari alam percintaan dengan Wardah. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan menelefon Wardah hingga lewat pagi. Namun malam itu dia selesa menutup telefonnya dan menyerah pada Allah. Malam itu juga dia harus membuat keputusan.
“Eeesh! Mana Hafiz ni! Biasanya dia telefon aku, ni, mesej pun takde! Telefon pulak off! Dia ada perempuan lain ke?” rungut wardah sendirian. Hatinya gelisah. Walaupun jam menunjukkan pukul empat pagi, namun dia setia menunggu Hafiz. Dia mahu tunjukkan pada Hafiz bahawa dia gadis yang sabar, mungkin, Hafiz mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menerima mesej daripada Hafiz.
“Wa, jangan tipu saya lagi! Cukup sampai di sini hubungan kita!”
Wardah terkesima. Dia buntu, apa yang Hafiz maksudkan? Perlahan-lahan, dia membalas mesej itu.
“Apa maksud awak? Awak tak sayang saya?”
“Sudahlah Wa. Pergilah dari hidup saya. Saya tak perlukan perempuan macam awak lagi!”
Wardah mula menitiskan air mata apabila mesejnya tidak dibalas. Dia beberapa kali menelefon Hafiz tetapi tidak berjawab. Kali ini dia pasti, Hafiz akan meninggalkannya tanpa sebab!
3 bulan berlalu dengan perit. Wardah sedaya upaya melupakan Hafiz. Setiap hari Wardah memeriksa peti emelnya sejak Hafiz memadam telefonnya. Hafiz pasti akan meninggalkan sesuatu! Hafiz bukan sejahat lelaki lain. Wardah tahu itu semua.
Hinggalah pada suatu hari, Wardah memperoleh berita yang dinanti-nantikan. Terketar-ketar jarinya tatkala membuka emel yang bertajuk ‘Nota Cinta’ itu…
Subject:
Nota Cinta
From:
“Hafiz Haikal”
To:
wardah@yahoo.com
________________________________________
Assalamualaikum...

Kehadapan Wardah, mawar yang dirahmati Allah

Mungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat jelik, benci, kecewa dan banyak lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua untuk mencari redha Allah. Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham apa yang saya tulis.

Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang. Mesej itu sengaja saya reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak. Mungkin awak terkejut dengan sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu.

Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?.. Selama kita menzahirkn rasa cinta dan sayang semenjak tu la hati saya rasa lain. Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua. Agak remeh kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki memang menyebabkan saya lemah. Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan saya jangan buat benda 2 tapi saya buat jugak. Orang pandang saya selalu pakai songkok kat sekolah macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik?

Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk. Hati mana yang boleh terima difitnah begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah. tapi apa kan daya desakan hati.

Awak memang wanita hebat, setiap kali awak menceritakan kejayaan awak memang saya cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap bersyukur dapat kawan dengan awak. Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka.

Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam hati saya, sebab awak cinta pertama saya. Saya tak pernah bercinta. Masalah yang saya hadapi sekarang mcm saya katakan di atas tu la. Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius terhadap benda ni. Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan. Saya harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak belajar dlm aliran agama. Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana. Itu janji Allah.

Wassalam..
Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah:
HAFIZ HAIKAL
Malam itu Wardah bersujud, pada Allah dia serahkan diri… Hari-hari dilaluinya dengan redha, tanpa rasa dendam sedikitpun terhadap Hafiz. Nota cinta Hafiz telah mengubah hidupnya. Hinggalah Wardah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya dan Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Mesir.
Wardah merenung jauh ke Tasik Titiwangsa yang damai itu. Dilihatnya pasangan-pasangan muda berpegangan tangan tanpa segan-silu. Dia bermuhasabah dalam hati. Andai satu ketika dulu dia hanyut dibuai cinta dengan Hafiz, pasti gelaran doktor pakar mustahil disandangnya. Sejenak dia memikirkan kata-kata Umminya semalam…
“Wa, bila nak menikah? Ummi teringin nak bermenantu,”
Soalan Ummi itu menggegar tangkai hati Wardah. Kenangan yang cuba diluputkannya bertahun-tahun dahulu kembali mengusik. Jauh di sudut hati, Wardah masih mengharapkan Hafiz yang entah ke mana itu. Dengan menarik nafas panjang, Wardah menyahut,
“Sesiapa sahaja yang Ummi carikan, dialah jodoh Wardah,”
Wardah merenung cincin perkahwinan di jarinya. Cantik! Sekali pandang Wardah tahu, suaminya pasti dari kalangan orang berada. Hatinya masih berdebar-debar. Sejak akad nikah tadi, dia masih belum melihat wajah suaminya. Walaupun Hafiz berada dalam hatinya, dia redha. Biarlah, pilihan Ummi pasti yang terbaik buatnya. Wardah memejam mata rapat-rapat, ditahan air matanya dari menitis. Dia ingin menjadi bintang timur buat suaminya. Biarlah dia seorang…
“Wardah Alia binti Syukri, sesungguhnya cinta itu lebih indah melalui sebuah ikatan mulia bernama perkahwinan…” Bisik suaminya, suara yang mendamaikan hatinya.
Wardah membuka matanya, dan menatap wajah penaung jiwanya kini… Hafiz Haikal…

– Usrah Dan Kepentingannya

MUQADIMAH
Proses tarbiyyah Islamiyyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu. Usrah adalah medan di mana ahlinya menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat ukhuwwah al-islamiyyah. Ia membawa maksud penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.
Penekanan terhadap unsure-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai system yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjemaah. Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan ‘amilin (petugas) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kepentingannya tidak boleh kita nafikan.
Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan diatasi oleh kebatilan yang kemas. Justeru, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar keberkesanannya akan dapat menguntungkan Islam dan jamaah.

PENTADBIRAN USRAH
Setiap naqib/ah perlu memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapid an kemas dan jangan sampai kepada peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah. Usrah janganlah hanya dijumudkan dengan perbincangan teks sahaja tetapi ianya juga boleh diluaskan dengan bentuk perbincangan, rehlah, ziarah, riadhah, majlis qiamullail dan sebagainya.
Usrah mempunyai cirri yang membezakannya dari nizam al-tarbiyyah yang lain diantara cirri-citi tersebut ialah:
1. Usrah hendaklah bersifat mutawasil (berterusan). Usrah yang berkesan mestilah berterusan dan pemutusan usrah akan mengakibatkan kurangnya penghayatan dan perkembangan tarbiyyah dikalangan anggotanya.
2. Merangkumi keseluruhan ahli samada pimpinan, pengikut, mahupun pekerja.
3. Mempunyai perancangan (al-tahhtit) yang rapi dalam semua sudut.
4. Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqoba’ manupun ahli.
5. Antara keberkesanan sesuatu usrah itu akan dapat dilihat sejauh mana persoalan ini dapat dilihat dan dijawab dengan sempurna:
• Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam.
• Sejauhmana pula konsep al-ta’wun (bekerjasama) di kalangan para ahli dalam membantu proses penghayatan Islam.
• Sejauh mana ikatan ukhuwwah dan amal jamaie dapat dibentuk dan sejauhmana pula perlaksanaannya dalam bentuk amalan.

TUJUAN DAN MATLAMAT USRAH
1. Memberi kefahaman yang benar dan jelas terhadap tasawwur Islam kepada anggota.
2. Meningkatkan penghayatan ‘amal Islami dan menghidupkan rasa tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan kemuliaan ajaran Islam secara fardiyy atau jamaie
3. Menjalin dan mengukuhkan ikatan ukhuwwah dan persaudaraan dan memupuk semangat bertindak dan bekerja secara jamaah.
4. membina ‘aqliyyah jamaiyyah di kalangan anggota agar mereka sentiasa memberi keutamaan kepada gerak kerja secara jamaie dan bertindak mengikut keputusan jamaah.
5. menggiat dan menyelaraskan usaha untuk mempelajari selok-belok perjuangan dari pengalaman gerakan Islam seluruh dunia.
6. mendidik, memupuk bakat serta mengeluarkan aktivis-aktivis yang benar-benar mampu dan teguh pendirian serta sihat tubuh badan, sempurna dalam pemahaman ilmu serta akhlaq.
7. memastikan bahwa yang bakal menempati saff pimpinan ialah orang-orang yang layak, jujur dan ikhlas. Memastikan bahawa yang memegang pimpinan adalah orang yang layak ditempat yang munasabah.
8. Memastikan bahawa barisan perjuangan tidak dimasuki oleh pemikiran yang sumbang atau musuh.
9. Berusaha meningkatkan bentuk penyusunan organisasi yang piawai atau mampu mnghadapi tahap-tahap perjuangan tanpa diserapi oleh anasir pemecah yang menggugat harakah.

CIRI-CIRI NAQIB
Secara ringkas disertakan sekali cirri-ciri naqib yang memimpin usrah:
1. Mempunyai kefahaman yang baik dalam agama.
Naqib perlu mempunyai asas kefahaman Islam yang mendalam terhadap Tasawwur Islam dan memahami Waqi’ (jamaah/ harakah) serta memahami marhalah dakwah. Setidak-tidaknya naqib biarlah dari kalangan mereka yang mempunyai pengalaman haraki, serta ilmu terhadap asas Islam (tasawwur Islam)
2. Iman yang mendalam
Naqib perlu menjadi contoh ikutan kepada ahli-ahli usrah. Lantaran itu ia mestilah mempunyai keimanan yang kukuh, keyakinan, tawakkal serta memelihara ibadat-ibadat fardiyy dan menjaga sunnah-sunnah Nabi saw.
3. Bersifat amanah
Naqib perlu menyedari bahawa ia memikul amanah yang tinggi iaitu membimbing ahli-ahli supaya menjadi golongan yang terpilih di samping merasakan bahawa dialah orang yang bertanggungjawab memelihara agama.
4. Keikhlasan yang tinggi.
Keikhlasan adalah perkara paling penting dalam mana-mana perkara yang hendak dilakukan. Namun perkara yang terlebih penting adalah ikhlas kepada naqib-naqib dengan tidak mengharapkan apa-apa ganjaran serta sanggup berkorban. Ia perlu mengorbankan lebih masa, perasaan, masa kerja, keluarga, harta-kekayaan, dan berbagai kepentingan lain untuk cita-cita Islam.
5. Beramal dengan ilmu.
Naqib perlu beramal dengan ilmu dan dikenali sebagai orang yang beramal dengan ilmunya. Ini akan memberikan kesan yang baik ke atas anggota-anggota jamaah yang lain yang menjadi contoh yang baik.
6. Syakhsiah yang terpuji.
Naqib dikenali sebagai seorang yang memiliki akhlak dan syakhsiyah yang baik, menepati janji, jujur dan berbagai lagi akhlak yang mesti dimiliki. Ini kerana naqib adalah sebagai pembimbing, pendidik, guru dan seorang sahabat yang sentiasa menjadi tumpuan dan perhatian umum.
7. Pergaulan yang baik
Hubungan naqib dengan ahli usrahnya adalah hubungan yang berterusan, dan bukan terhad hanya di dalam usrah semata-mata. Naqib mestilah pandai bergaul dengan anggot usrah yang lain serta mewujudkan kemesraan dan kekeluargaan di kalangan anggota usrah.

MANHAJ USRAH
1. Mestilah ditegaskan bahawa islam dan ajarannya bersumber dari kitab suci al-Qur’an dan hadith Nabi saw sebagaiimana yang difahami dan diambil dari ulama’ yang muktabar.
2. Memberi penekanan terhadap tasawwur Islam dan penekanan bahawa Islam adalah satu system hidup (Nizamul hayat) atau ad-din yang sempurna.
3. Bahan-bahan usarh, hendaklah mengambil kira marhalah yang sepatutnya dilalui oleh ahli-ahli usrah.
4. Manhaj Usrah perlu mengandungi Tasawwur Aqidah yang kemas dan menyeluruh yang menjadi teras kepada perjuangan Islam.
5. Kandungan Usrah perlulah yan dapat memandu dan menyumbang kea rah pembentukan peribadi atau syakhsiah muslim dan pendakwah.
6. Kandungan usrah mestilah mengandungi perngatan untuk memelihara Islam sama ada secara fardiyy atau jamaie’.
7. Memberi penekanan terhadap ibadah-ibadah khusus dan amalan-amalan yang membina kerohanian seperti membanyakkan zikir, wirid mathurat, doa-doa, membaca al-Qur’an, menziarahi kubur dan sebagainya.
8. Kandungan Usrah mestilah mempunyai unsur-unsur pembentukan fikrah dakwah Harakah, dan siasah secara seimbang.
9. Menekankan panduan-panduan latihan kerja secara jamaie, seperti tanggungjawab memelihara amanah, berkorban, mematuhi arahan-arahan dan memberi wala’ dan ketaatan kepada pimpinan jamaah.
10. Menyediakan ruang-ruang buat ahli-ahli berinteraksi sesama sendiri bagi menguatkan ukhwah dan sanggup bermuhasabah, memperbaiki kelemahan, dan kekurangan yang ada dikalangan anggota dengan cara-cara yang baik.

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN / KEGAGALAN USRAH
FAKTOR YANG BERPUNCA DARI NAQIB:
a. Tidak memahami atau kurang memahami tujuan dan matlamat usrah dalam rangka Tarbiyyah.
b. Tidak memahami kandungan dan skima tarbiyyah sesuia dengan marhalah mad’u dan sasarn.
c. Kaedah penyampaian Usrah yang tidak sesuai.
d. Naqib tidak memberikan tumpuan dengan ahli-ahli usrah.
e. Tidak mengenal mad’u.
f. Para Naqib tidak ada Fikrah Dakwah dan Harakah.
g. Tidak membuat persediaan dan Kajian terhadap bahan-bahan Usrah.
h. Tidak segera menyelesaikan masalah.
i. Tidak memahami politik dan isu-isu semasa.
j. Naqib tidak mematuhi arahan jamaah.
CIRI-CIRI USRAH YANG BERJAYA
1. Majlis yang terancang dan berterusan
2. Mempunyai ketua yang bertanggungjawab.
3. Mempunyai bilangan ahli yang kecil.
4. Keahlian usrah merangkumi semua peringkat.
5. Usrah sebagai saluran melahir dan membentuk pimpinan

seindah mawar berduri

SINOPSIS
Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.
Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti.
Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman.
Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar?
Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki?
Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu?
dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….
Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar. Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki? Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?
Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur,
“Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…”
Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…
FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Bingkisan tinta ini kutujukan istimewa buat mereka yang mencari kejernihan redho Ilahi dalam percintaan…
Buatmu…
pencari cinta sejati, cinta yang abadi….
Terimalah….
Seindah Mawar Berduri…

hati

Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam, Pendtadbir kerajaan langit dan bumi, penguasa seluruh alam jagad raya, penguasa semua hati hamba-hamba-Nya. Selawat serta salam kita panjatkan bersama kepada junjungan mulia panutan qudwah dan uswah kita bersama, baginda Rasulullah s.a.w, putera Abdullah yang suatu masa dulu berjuang meninggikan kalimat toyyibah di hati para umatnya sehinggakan kita mampu melafazkan kalimat toyyibah sebagai lambang persaksian kepada Yang Maha Esa serta pesuruh-Nya. Alhamdulillah.

Ikhwah wa akhwat sekalian, satu peringatan buat kita bersama, satu perkara yang perlu kita perhatikan bersama serta satu masalah yang perlu kita mengambil berat mengenainya. Adakah hatiku terjaga? Satu persoalan yang ingin diutarakan dalam rangka kita muhasabah kembali penjagaan hati kita dalam menapaki arus kemodenan yang pasti tiada batas waktu dan tempat bagi kita semua berkomunikasi secara alam maya. Ana yang penuh dengan khilaf dosa juga baru kembali menyedari perkara ini. Semoga perkongsian ini untuk tazkirah diri ana sendiri dan untuk sekalian pembaca yang dipilih. Perkongsian yang ingin dibicarakan berkaitan dengan firman Allah dan hadits Rasulullah yang pasti kita biasa dengannya :

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. "(QS 17:32)

"Sahabat Abi Hurairah ra berkata, bahwa Nabi Saw telah bersabda "Perzinaan bagi mata adalah memandang, perzinaan bagi telinga adalah mendengar. perzinaan bagi mulut adalah pembicaraan. perzinaan bagi tangan adalah meraba, perzinaan bagi kaki adalah berjalan menuju kemaksiatan, dan perzinaan bagi hati adalah terangsang, berharap, dan membenarkan apa yang menjadi ajakan farji (kemaluan)(HR Bukhari dan Muslim)

Jika dahulu konsep hubungan tanpa sempadan belum tercorak, sudah pasti perzinaan khususnya melalui mata,telinga dan hati masih kabur pada pandangan. Namun kini, berbekalkan jaringan tanpa sempadan, ruangan sosial secara on-line yang meluas mahupun ruangan pertemuan perbualan yang pasti mendekatkan mereka yang jauh, mengenalkan mereka yang asing sehingga perbualan antara berlainan jantina sudah dipandang perkara yang enteng. Kita mengetahui larangan Rasulullah lelaki bersendirian bersama wanita tanpa muhrim:

Sahabat Ibnu Abbas ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda "Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu bersendirian dengan seorang wanita, kecuali beserta mahram" (HR Bukhari dan Muslim)

Jangan kita hanya kecilkan skopnya sekadar pertemuan fizikal. Bagaimana pula pertemuan hanya kamu dan si dia di 'chat room'? Pertemuan fizikal secara berhadapan pasti masih ada perasaan malu membentengi, namun jika hanya perkataan yang keluar ke skrin komputer pasti mengurangi benteng malu tersebut. Berapa ramai kita dapat lihat contohnya di laman 'social network' yang tidak saling mengenali namun berani berbicara benda-benda yang kekadang lari dari tujuan asalnya. Merapu tidak tentu hala. Memuji dan bergurau yang berlebihan dan sebagainya.

Kita ambil contoh bayangkan kita bertemu ramai kawan-kawan sekolah yang telah lama tidak ketemu dan akhirnya ketemu di alam maya, pasti jika dahulu semasa di sekolah kita tidak berani bertegur sapa, bahkan tidak pernah pun berbicara dengannya, khususnya yang berlainan jantina, namun alam maya membenarkan segala, bertanya khabar sehingga mampu menjerumus penyakit timbul di dalam hati.

Blog-blog yang pasti mega bilangannya juga tempat yang harus sentiasa kita awasi. Komen-komen yang mampu menggugat kekuatan hati harus kita membatasi. Pujian dari seorang ikhwah kepada akhwat atau sebaliknya. Kita takuti perkara ini akan perlahan mengotori hati yang selama ini ingin bersama kita menjaga. Bagi yang sedikit islamik, penggunaan anta-anti menjadi cagaran, nampak indah pada pandangan, walau berlainan jantina, namun anta-anti membolehkan segalanya yang mampu merosakkan hati manusia kerana kita takuti inilah sarana syaitan untuk men-tazyin atau membuat indah perkara yang salah seperti peringatan dari Allah s.w.t:

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,(QS 15:39)

Ikhwah wa akhwat sekalian, jangan kita manfaatkan kemudahan tanpa sempadan sebagai sarana membuat maksiat tanpa sempadan. Kemudahan bentuk ini merupakan ujian bagi kita dari terjerumus ke lembah perzinaan hati jika kita tidak mengamalkan larangan-Nya secara tsumul di semua tempat sehingga syaitan mampu kaidun atau menipu daya hati-hati kita.

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."(QS 2:208)

dan satu perkara yang pasti:

Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.(QS 40:19)

Semoga Allah memberikan kita kekuatan membezakan mana yang hak dan mana yang bathil, mana yang halal dan mana yang haram atas rangka kita ingin menjaga hati kita bersama. Keimanan kita masih perlu dipertanyakan dimana tingkatannya jika salah satu indikator yang Rasulullah berikan belum mampu kita penuhkan:

Sahabat Abi Hurairah ra bertanya, bahwa Rasulullah saw telah bersabda "Tidak akan berzina seorang pezina bila ketika berzina dia beriman...(HR Bukhori & Muslim)

Sesungguhnya tazkirah ini khusus dan paling utama untuk ana sendiri, syukur kepada Illahi yang memberikan kesedaran akan perkara ini dari terus menjerumus mengotorkan hati ini walau pasti sudah terlalu banyak bintik hitam yang mengotori hati. Segala pujian kita serahkan segalanya kepada yang memberikan nikmat atas segalanya. Jika keindahan kita dapati tidak kira dimana lokasi, ingat dan pujilah kepada Dia yang selayaknya. Segala kekurangan dan kesalahan diri atas dasar kehinaan kita sendiri yang bergelumut dengan dosa samada ktia sedari atau sebaliknya, samada besar atau kecil saiznya kerana dosa bukan umpama lalat yang hinggap sementara pada hidung, dikuis terus hilang(Hilal Asyraf) dan yang pasti dosa kecil lebih kita takuti dari dosa besar kerana ia tidak dapat dirasa kerana kekecilannya(Ibn Qayyim(. Persiapan hati itu yang penting(Hizul Azri).

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawapan."
(QS 17:36)
Tazkirah |
Tajuk I – Fiqh Amal Islami
MUQADDIMAH
Memahami Islam, perjuangan dan gerak kerjanya adalah suatu perkara yang sangat mustahak bagi setiap orang yang mungkin menceburkan dirinya di dalam perjuangan Islam. Jika tidak, mungkin kegiatan dan tindakannya akan bertentangan dan menyimpang jauh dari kehendak Islam. Akhirnya gerakan menjadi hancur dan para pejuang menjadi mangsa.
Kertas ini cuba memberi gambaran ringkas berkenaan tajuk “kefahaman” agar setiap yang terlibat dapat menilai dan membuat keputusan dan tindakan yang betul selaras dengan kehendak Islam.

MEMAHAMI ISLAM
Semua yang terlibat di dalam gerakan Islam memahami:
a) Bahawa Islam itu agama yang lengkap, merangkumi seluruh bidang kehidupan manusia, aqidah dan syariah, agama dan negara. Oleh kerana itu, ia mestilah bersedia untuk membetulkan aqidahnya, ibadahnya dan lain-lain perkara supaya selaras dengan kehendak al-Quran dan as-Sunnah.
b) Ia hendaklah memahami bahawa al-Quran, as-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qias itu merupakan rujukan bagi orang-orang Islam, pendapat sesiapa jua pun yang bertentangan dengan sumber-sumber tersebut tidak boleh dihormati dan dipatuhi.
c) Oleh itu, pendapat pimpinan yang tidak berlawanan dengan sumber-sumber tersebut hendaklah dihormati dan dipatuhi sekalipun tidak sama dengan pendapat sendiri.
d) Perselisihan pendapat dalam masalah furu’ adalah perkara boleh dan tidak dapat dielakkan. Oleh kerana itu, setiap muslim yang belum mencapai martabat ijtihad hendaklah ia menerima pakai mana-mana pendapat alim ulama’ yang mu’tabar dan janganlah dijadikan berlainan pendapat serta pandangan dalam masalah furu’ itu punca pertelingkahan dan perpecahan dikalangan anggota.
e) Setiap anggota hendaklah faham, ia tidak boleh mengkafirkan seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah selama mana ia beramal dengan tuntutan dan kehendak dua kalimah syahadah itu dan selama mana ia tidak mengeluarkan kata-kata yang menjadikan seseorang itu terkeluar daripada Islam atau ia mengingkari sesuatu yang diketahui secara dharuri atau secara mudah dan tidak payah berfikir di dalam Islam. Seperti ia mengingkari haramnya ‘riba’ atau haramnya ‘arak’ atau ia mengingkari seperti wajibnya menjalankan syariat Islam dalam pemerintahan negara atau selama mana ia tidak melakukan perbuatan yang boleh dita’wilkan kecuali kufur, seperti ia menyembah berhala atau seperti ia menghina kitab suci al-Quran al-Karim.

MEMAHAMI HAKIKAT PERJUANGAN ISLAM
Untuk memahami perjuangan Islam, kita haruslah merujuk kepada kandungan satu hadis Nabi yang diriwayatkan oleh seorang sahabat yang bernama Suhain ar-Rumi. Antara isi kandungannya ialah:
menyambung dan tali menali dari segi perjuangan yang pernah diperjuangkan oleh para anbiya’ dan mursalin, bermula dari perjuangan Nabi Allah Adam a.s sampailah kepada perjuangan Nabi Muhammad SAW yang disambung semula secara terus-menerus oelh para sahabat, tabi’in dan orang-orang yang datang selepas mereka hingga ke hari ini dan hari yang akan datang.
2) Perjuangan ini sering bermuwajahah dengan golongan yang berkuasa di dalam masyarakat terutamanya para pemerintah yang tidak berdasarkan kepada Islam dan sekaligus menjadi penghalang kepada kerja-kerja Islam. Hal ini boleh dilihat dengan jelas, bila kita cuba mengingati perjuangan Nabi Ibrahim a.s yang ditentang oleh Namrud, Nabi Musa a.s ditentang oleh Firaun dan lain-lain. Bukan sahaja ia menjadi penghalang tetapi juga berusaha sedaya mungkin untuk mempertahankan dasar pemerintahannya. Hatta walaupun para pemimpin yang ada itu pergi, namun mereka tetap mahu melihat bahawa dasar pemerintahannya itu terus wujud dan kekal.
3) Untuk menjamin sistem pemerintahan yang mereka anuti itu kekal, bermacam-macam usaha yang mereka lakukan. Antaranya mengadakan pasukan pertahanan yang kuat, pasukan keselamatan yang rapi, sistem pendidikan dan pembelajaran bermatlamat, para petugas dan pegawai yang terlatih kepimpinan masyarakat yang berkeyakinan, sumber ekonomi yang terjamin dan sebagainya.
4) Pertentangan antara pejuang Islam dengan pihak yang berkuasa di dalam sesuatu masyarakat itu bukan disebabkan oleh hal-hal yang berkaitan dengan peribadi, tetapi merupakan pertembungan aqidah dan dasar. Hal ini jelas, bila kita mengingati kembali perhubungan di antara Nabi Musa a.s dan Firaun, sebelum menjadi Nabi dan selepas ia diutus menjadi Rasul, hubungan di antara Nabi Muhammad SAW dengan para pemimpin masyarakat Quraisy. Sebelum diangkat menjadi Nabi, baginda disanjung tinggi oleh masyarakat Quraisy sehingga baginda digelar ‘Al-Amin’. Hal ini berubah apabila baginda diisytiharkan menajdi Nabi. Gelaran al-Amin itu bertukar menjadi ahli sihir, gila, pendusta dan lain-lain.
Di zaman kini juga, tidak kurang contohnya yang boleh diambil faham oleh para da’i, khususnya di dalam negara kita yang tercinta ini. Terdapat beberapa orang individu yang pernah dikenakan tindakan undang-undang ke atas mereka sewaktu berada di dalam perjuangan Islam atas alasan yang pelbagai tetapi orang yang sama mendapat sanjungan pihak yang berkuasa apabila meninggalkan perjuangan Islam.

MEMAHAMI ISLAM DARI SUDUT GERAK KERJA UNTUK MENEGAKKANNYA
Untuk memahami Islam dari sudut ini pula, kita haruslah memerhatikan beberapa ayat yang antara lainnya seperti firman Allah, maksudnya:
“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka; kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaanNya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya, maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah ia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mu’min). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh di antara mereka ampunan dan pahala besar”. (al-Fath : 29)
Dari ayat ini, jelas proses perkembangan perjuangan Islam itu. Di mana ia bermula dengan hanya seorang sahaja iaitu Nabi Muhammad SAW. Kemudian ia berkembang daripada seorang kepada seorang yang lain sehingga menjadi suatu kekuatan yang tidak dapat dibendung lagi oleh para penentangnya. Adapun proses perkembangan dan gerak kerja yang dilakukan oleh baginda boleh kita dapati daripada pemerhatian kita akan ayat-ayat yang berikut:
Firman Allah, maksudnya:
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhan engkau yang mencipta”. (al Alaq : 1)
Firman Allah, maksudnya:
“Dan berikanlah peringatan kepada keluargamu yang terdekat”.(as-Syu’ara : 214)
Firman Allah, maksudnya:
“Dialah yang mengutuskan kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatnya kepada mereka kitab dab hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan”. (al-Jumu’ah : 2)
Firman Allah, maksudnya:
“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata”. (al-Kahfi : 28)
Firman Allah, maksudnya:
“Tidakkah engkau melihat kepada mereka yang dikatakan kepada mereka tahanlah tangan-tanganmu dan dirikanlah sembahyang”. (an-Nisa’ : 77)
Firman Allah, maksudnya:
“Maka berterus teranglah dengan apa yang diperintahkan kepada kamu dan janganlah kamu menghiraukan tindakan golongan musyrikin”. (al-Hijr : 94)
Firman Allah, maksudnya:
“Dan siapkanlah untuk mereka kekuatan semampu mungkin”. (al-Anfaal : 60)
Firman Allah, maksudnya:
“Diizinkan bagi mereka berperang (untuk melakukan sesuatu tindak balas) kerana mereka telah di zalimi…”. (al-Hajj : 39)
Firman Allah, maksudnya:
“Dan perangilah pada jalan Allah akan orang-orang yang memerangi kamu”. (al-Baqarah : 190)
Memerhatikan ayat-ayat yang diutarakan di atas dengan baik dan memahaminya dengan halus dan lumat, saudara akan bertemu dengan makna dan maksudnya memahami Islam dari sudut gerak kerja untuk menegakkannya. Bertambah terang lagi, apabila saudara membaca dengan teliti keseluruhan yang tersurat dan yang tersirat di dalam perbincangan yang akan datang.

PERINGKAT KERJA YANG DILALUI OLEH JAMA’AH MUSLIMIN
Gerakan Islam hari ini merupakan lanjutan daripada gerakan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW. Oleh kerana itu, ia mestilah mengambil kira apa yang dilakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, rasul penamat itu.
Gerakan Islam hari ini, hendaklah melalui tiga marhalah sepertimana yang dilalui oleh pimpinan gerakan Rasulullah SAW iaitu marhalah at-Ta’rif, at-Takwin dan at-Tanfiz wal muwajahah.

Marhalah at-Ta’rif
Marhalah at-Ta’rif merupakan marhalah memperkenalkan Islam dan perjuangan Islam kepada masyarakat umum. Marhalah ini adalah marhalah kesungguhan di dalam menyampaikan da’wah dan memperkenalkan jama’ah kepada umat manusia sepertimana yang difirmankan oleh Allah, menceritakan apa yang diucapkan oleh Nabi Allah Nuh a.s. Firman Allah, maksudnya:
“Berkata Nabi Nuh a.s: “Hai Tuhanku, sesungguhnya aku menyeru kaumku siang dan malam”. (Nuh : 5)
Marhalah ini bertujuan untuk memperkenalkan Islam dan jama’ah kepada masyarakat. Ia boleh dilakukan melalui syarahan-syarahan, ceramah-ceramah, hubungan secara individu, sebaran, forum, kelas-kelas pengajian dan lain-lain.

Marhalah at-Takwin
Marhalah ini ialah merupakan marhalah pembentukan dan pembinaan untuk melahirkan tenaga mahir supaya bekerja di dalam gerakan Islam atau Jama’ah Muslimin.
Marhalah inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah SWT, maksudnya:
“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsu dan tingkah lakunya adalah melampaui kebenaran”. (al-Kahfi : 28)
Di dalam ayat ini, Allah mengingatkan baginda supaya sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang Islam (dalam bahasa gerakan; berdamping rapat dengan para anggota), sekalipun mereka miskin. Di dalam surah lain Allah berfirman, maksudnya:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri (Nabi Muhammad) yang menjadi sangat keberatan kepadanya sebarang kesusahan (yang ditanggung oleh) kamu yang tamakkan kebaikan bagi kamu dan kepada orang-orang yang beriman pula ia menumpahkan perasaan belas serta kasih sayang”. (at-Taubah : 128)
Ayat-ayat yang kita utarakan di atas, memberi perhatian yang berat kepada orang-orang yang bertanggungjawab di dalam Jama’ah Muslimin supaya bersabar di dalam membentuk dan mendidik anggota-anggotanya.
Ayat-ayat tersebut juga mengarahkan orang-orang yang bertanggungjawab di dalam gerakan Islam supaya sentiasa memberi perhatian yang tidak putus-putus terhadap anggotanya dan menjaga mereka serta mengambil berat tentang mereka.
Ayat-ayat tersebut juga mengarahkan pihak yang bertanggungjawab di dalan al-Amal Islami supaya tidak mempedulikan apa-apa yang dilemparkan kepada mereka oleh orang-orang jahil. Sebagaimana Rasulullah tidak mengendahkan pendustaan dan lontaran batu yang dilakukan oleh orang-orang kafir samada di Mekah mahupun di Tho’if. Baginda menenangkan keluarga Yasir, bersabarlah!” Baginda tidak mengarahkan mereka bertindak balas kerana menunggu izin daripada Allah.

TARBIYYAH DAN KEGIATANNYA
Untuk mencapai tujuan dan matlamat tersebut, maka kegiatan yang hendak dilakukan hendaklah berdasarkan kepada waqi’, kedudukan dan susunan anggota. Sebagaimana yang kita semua arif, bahawa kedudukan anggota kita adalah berperingkat-peringkat seperti berikut:
i) Ta’rif
ii) Takwin
iii) Tanfiz

Peringkat Ta’rif
Tarbiyyah peringkat ta’rif bertujuan untuk memastikan bahawa setiap anggota memahami aqidah dengan betul dan melakukan ibadah yang sah serta memberi wala’ yang sejahtera kepada Jama’ah.
Kerana itu penekanan diberi kepada keilmuan Islam secara senang difahami samada di bidang aqidah, ibadah akhlaq dan lain-lain.
Penekanan juga diberi kepada usaha untuk membiasakan anggota dengan perkara-perkara seperti berikut:
1) menghadiri perhimpunan umum
2) menghadiri perhimpunan khusus
3) mengeluarkan zakat kepada jama’ah
4) membaca Al-Quran
5) sentiasa beramal dengan perkara-perkara yang sunat di samping yang wajib dan meninggalkan yang makruh dan haram.

Peringkat Takwin
Matlamat tarbiyyah diperingkat ini ialah untuk melahirkan di kalangan pimpinan di marhalah takwin pemuda dan muslimat yang mempunyai sifat-sifat seperti
1) cintakan Allah
2) rahmat sesama mu’min
3) izzah terhadap kafirin
4) berjihad dengan mengorbankan yang murah dan mahal, harta dan nyawa dan memberi wala’ yang tidak berbelah bagi kepada Jama’ah.
Cara-caranya:
- Membiasakan diri supaya beriltizam dengan tuntutan dan keperluan di atas – Membiasakan diri untuk meneruskan pencapaian matlamat – Memberikan taat yang tidak berbelah bagi dalam perkara ma’ruf . Penekanan kepada:
1) Program keselamatan
2) Program amar Ma’ruf dan nahi munkar secara amali
3) Program untuk menarik sasaran ke dalam Jama’ah dengan tidak memilih bulu
4) Program memimpin halawah, perhimpunan, tamrin dan lain-lain
5) Program memimpin usrah dan lain-lain tindakan yang diperlukan oleh Jama’ah

Tanfiz (kepimpinan)
Tarbiyyah diperingkat ini bermatlamat untuk melahirkan di kalangan anggota sifat-sifat seperti:
- Benar
- Amanah
- Menyampaikan
- Cerdik
- Lembut
- Berhati-hati
- Suka berkhidmat
- Pemurah
- Berani dan lain-lain
Cara-caranya:
- Beriltizam dengan Islam zahir dan batin
- Beriltizam dengan pendapat/keputusan majoriti syura berpandukan kaedah yang dipakai oleh Jama’ah
Penekanan kepada dua perkara di atas hendaklah berpandukan kepada undang-undang tertinggi di dalam harakah iaitu al-Quran, as-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qias.
Perlaksanaan
Untuk mencapai tujuan dan matlamat di atas, maka cara-cara berikut hendaklah digunakan:
1. Kuliah/usrah harian, mingguan dan bulanan. Pastikan semua anggota hadir
2. Usrah mingguan atau bulanan Mingguan – peringkat cawangan Bulanan – peringkat takwin / tanfiz
3. Tamrin – bulanan atau tiga bulan sekali Bulanan – peringkat cawangan Tiga bulan sekali – peringkat takwin/ tanfiz
4. Jenis-jenis Tamrin
a) Tamrin Haraki
b) Tamrin Siyyasi
c) Tamrin Thaqafi
d) Tamrin Riadhi

Tamrin Haraki bertujuan untuk:
1. Meyakinkan para anggota tentang harakah – ciri-ciri, matlamat dan cara
2. Penguasaan terhadap anggota dari segi harakah dan penguasaan terhadap masyarakat
3. Penguasaan terhadap harakah – yang merangkumi:
i) Usul dan kaedah yang merangkumi fikrah, keperluan-keperluan, sudut-sudut, sifat- sifat dan tabiat kerja
ii) Keselamatan yang merangkumi cara mengenal kawan dan lawan

Tamrin Siyyasi bertujuan untuk:
1. Memastikan para anggota memahami pergolakan politik negara, antarabangsa – khasnya rantau Asia Tenggara, seterusnya politik Islam dan pendekatan terhadap masalah
2. Memastikan para anggota dapat membuat pengolahan terhadap isu-isu semasa
3. Memastikan para anggota dapat bertindak dengan cekap dalam menghadapi setiap isu

Tamrin Thaqafi bertujuan untuk:
1. Memastikan supaya para anggota memahami dengan baik perkara yang berkaitan dengan Islam
2. Memastikan bahawa para anggota memiliki keperluan asas dari segi ilmu pengetahuan demi untuk menlayakkan mereka meneruskan perjuangan pada masa akan datang

Tamrin Riadhi
Bertujuan untuk memastikan bahawa para anggota sihat tubuh badanm pantas bergerak dan mampu untuk mempertahankan diri ketika perlu.
Pengendalian
Pengendalian tamrin ada hubung kait yang rapat dengan jenis-jenis tamrin dan matlamatnya. Di samping itu, ia pula berkaitan dengan tempat, tajuk, penceramah, keselamatan dan pengurusan. Walau bagaimanapun tertakluk kepada matlamat dan masa, maka kadang kala dapat diadakan sekaligus dengan cara mengatur program tamrin itu merangkumi matlamat-matlamat yang kita utarakan di atas.
Secara umumnya matlamat terakhir bagi marhalah ini ialah melahirkan individu muslim, keluarga dan masyarakat Islam.

Marhalah at-Tanfiz – Perlaksanaan
Marhalah ini mempunyai tiga makna:
1. Makna yang umum
Tanfiz dengan makna yang umum merangkumi segala usaha dan tenaga yang dicurahkan keluar dari diri sendiri demi untuk kepentingan dakwah Islamiyyah/gerakan Islam. Justeru itu, sebarang usaha yang dilakukan oleh seseorang anggota untuk memperkenalkan Islam dinamakan ‘Tanfiz’. Usaha yang dilakukan oleh seseorang anggota untuk pembentukan ke arah prinsip-prinsip Islam dan supaya berakhlak dengan akhlak Jama’ah juga merupakan sebahagian daripada marhalah tanfiz.
2. Makna yang khusus
Tanfiz dengan makna yang khusus ialah pergerakan harian yang berbentuk jihad yang dilakukan oleh anggota demi untuk melahirkan kejayaan di dalam mahalah-marhalah yang tertentu. Oleh kerana itu, marhalah ta’rif, takwim dan tanfiz dapat berjalan beriringan.
3. Makna yang lebih khusus
Tanfiz dengan makna lebih khusus ialah yang berbentuk jihad yang tidak pernah mengenal penat dan lelah setiap hari, yang mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit dan segala yang ada untuk menjayakan cita-cita yang lengkap dan syumul. Ia merangkumi jihad harian dan persiapan untuk menegakkan sebuah negara Islam.
Sudah menjadi sunnah Allah bahawa kerja yang dilakukan di dalam semua peringkat tersebut akan bermuwajahah. Ini adalah disebabkan bahawa kerja-kerja ini akan melahirkan anggota masyarakat yang beramal dengan tuntutan Islam yang sama sekali berbeza dengan amalann anggota masyarakat yang sedia ada. Walaupun mereka menentang, tetapi ia terus berkembang. Bagaimanapun sabarnya orang-orang Islam terhadap tindakan-tindakan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, namun demikian mereka tidak tahan sabar melihat perkembangan Islam. Di sanalah akan berlaku muwajahah.
Para pejuang Islam haruslah mengingati dan memahami bahawa perjuangan ini adalah bermuwajahah. Golongan berkuasa (pemerintah) apabila disebut pemerintah sudah pasti ia memiliki bermacam-macam kekuatan. Untuk berhadapan dengan golongan ini kita hendaklah memiliki sifat-sifat antara lain seperti berikut:
a) Tetap dan tabah
b) Berzikir kepada Allah
c) Taatkan Allah dan RasulNya
d) Tidak bertelagah sesama sendiri
e) Bersabar sehingga persiapan telah cukup dan mampu untuk bermuwajahah

Neraca Kemampuan
Berbeza pendapat di kalangan ulama’ Islam tentang neraca kemampuan. Setengah ulama’ berpendapat paabila sampai bilangan ke angka mujahid Badar. Setengah pul berpendapat – bilangan yang selari denga firman Allah, maksudnya:
“Jika terdapat dua puluh orang yang sabar di kalangan kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh”. (al-Anfal:65)
Kita berpendapat apabila bilangan anggota yang layak berjihad berjumlah seperti yang tersebut di dalam firman Allah, maksudnya:
“Jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang dan jika di antara kamu ada seribu orang (yang sabar), nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan izin Allah”. (al-Anfal: 66)