senyum

on 18.4.11
senyum..xperlu kata apa2..
lagu nilah telah mnjadi trademark bg geng2 tekno..
jadi di musim exam ni saya nak berkongsi tip2 dr kawan saya sendiri ndahi

gud luck...snyum sokmo..msk dewan syum, bkak soklan senyum, tengok soklan senyum..jer..org kate pe2..senyum jer..stress?? senyum jew..best of LUCK!..smga kita dkurniakan ketenagan swk2 mnjwb..^_^


Orang yang murah senyum biasanya terjaga dari “Stres”. Dengan senyum, jantung akan berdetak secara normal dan nafas pun bergerak dengan teratur sehingga terhindar dari berbagai macam penyakit dan ketegangan.

Dari segi kesehatan, untuk tersenyum hanya dibutuhkan 17 otot wajah yang menggerakkannya. Sangat berbeda apabila kita berwajah masam, cemberut atau marah-marah yang biasanya mereka terlihat lebih tua dari usia sebenarnya. Karena memang tiga aktivitas terakhir tersebut membutuhkan 32 otot wajah sehingga wajah menjadi cepat lelah..


law dapat result teruk???

dapt result pn kene snyum gak..klu result baik kita senyum smbl ucap alhamdulillah..tanda ksyukuran..semoga dgn result e2 mndktkan lagi kita padaNYA..sblknya kalau result x berapa elok,tetaplah tersenyum krn mgkn ia dpt mengelakkn kita drpd terjebak dalam sifat riak dan takabbur seterusnya jauh dariNYA..yakinlah, mungkin juga ALLAH mahu sdarkn kita tentg usaha kita yg mngkn blm ckup untk mmbeli kjyaan.DIA sdg menyiapkan sesuatu yg lbh baik buat kita...yg PASTI..BERSANGKA BAIKLAH dgnNYA~

mahasiswa yang heba

Bismillah walhamdulillah...Selawat dan salam keatas Insan Mulia sepanjang zaman Rasulullah SAW.

JADILAH MAHASISWA ISLAM YANG HEBAT!

Islam menggalakkan umatnya sentiasa penuh karisma yang positif, profesional, berperibadi mulia dan berakhlak dengan akhlak Islamiah. Hal ini sangat penting untuk mencerminkan imej Islam yang suci lagi murni. Penampilan diri yang positif mencerminkan hati nurani seseorang.

Menurut kajian, orang yang kotor rumahnya, kotor jualah hatinya. Begitulah juga sebaliknya. Jika penampilannya mantap, seluruh hasil kerja yang ditunjukkan biasanya akan memuaskan hati semua pihak. Contohnya kalau kita berjanji dengan seseorang, akan ditepati dan tidak akan membuatkan orang itu tertunggu-tunggu. Jika semua itu dipraktikkan, pasti semua orang suka bekerjasama dengan kita.

Karisma yang positif ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat ketika mereka mahu menziarahi sanak saudara di Makkah. Baginda bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya kamu akan pergi menemui saudara-saudaramu. Oleh sebab itu, perbaikilah ar-rihal (alat kelengkapan kenderaan yang digunakan ketika menunggang kuda) dan baguskan semua pakaian kamu sehingga kamu kelihatan menarik, hebat dan berhemah dalam kalangan manusia kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada yang busuk dan buruk."

Yakin dengan Allah!

Sebagai hamba Allah, kita perlu yakin bahawa sesuatu yang berlaku adalah dengan izin Allah terlebih dahulu. Namun, pada masa yang sama kita perlu berusaha, meminta dan memohon daripada Allah segala yang terbaik buat diri sendiri. Itulah rahsia kehebatan yang tidak mungkin dimiliki oleh orang bukan Islam.

Meskipun manusia mampu mengawet dan membuatkan khazanah otak orang yang kononnya genius sekalipun, tetapi Allah yang sebenarnya memberikan keizinan itu.Jadi orang yang dianggap hebat dan bijak tadi tidak layak mencapai tahap kehebatan yang hakiki. Oleh sebab itu, orang yang hebat di sisi Allah sentiasa tawaduk, takut dan cinta sepenuh jiwa dan raga kepada Tuhannya, Allah S.W.T.

Tegasnya orang yang hebat ialah orang yang menyerahkan sepenuh hati dan mindanya kepada Allah S.W.T. tanpa keraguan. Padanya dia masih belum dianggap hebat kerana selain berusaha dia menyerahkan sepenuh hati dan minda kepada Ilahi.

Jadi, jangan takut untuk gagal. Tanpa kegagalan, kita mungkin tidak akan menghargai nikmat kejayaan. Jangan takut untuk buat silap. Belajar daripada kesilapan, bukan buat kesilapan yang sama. Itu semua perencah dalam menjadikan kita mahasiswa Islam yang hebat

Suburkan jiwa dengan sifat pemaaf~

Kehidupan di universiti, sudah pasti kadang-kadang kita mempunyai masalah dengan kawan-kawan. Jangan jadikan ia sebagai penyebab hati kita makin kotor kerana dendam serta tidak mahu meminta dan memberi maaf. Siapa tahu dek kerana kerendahan hati itu, ianya boleh jadi salah satu usaha dakwah kepada orang lain.

Orang yang mudah meminta maaf dan mudah pula memberi maaf kepada orang yang berbuat salah kepadanya adalah orang yang hebat. Mengapa? Hal ini kerana tidak ramai yang sanggup menundukkan perasaan ego dan sombong untuk berbuat demikian.

Walaupun pada pandangan manusia, orang yang pemaaf ini tiada apa-apa keistimewaannya, tetapi lama-kelamaan insan pemaaf akan dipandang tinggi oleh manusia. Hal ini ditunjukkan sendiri oleh junjungan Nabi Muhammad S.A.W. yang mudah memaafkan manusia yang berbuat jahat kepada baginda.

Sikap pemaaf ini hanya dimiliki oleh jiwa yang bersih dan suci. Orang yang pemaaf mempunyai hati yang kaya, kerana ia tidak ambil hati terhadap kata-kata dan perbuatan orang lain kepadanya. Lantaran kekayaan jiwa yang memenuhi hatinya, maka perbuatan jahat orang lain terhadapnya tidak memberi kesan kepada hatinya. Yang penting bagi insan pemaaf ini ialah sifat berkasih sayang sesama manusia.

Darjat yang dimiliki orang pemaaf sebenarnya telah diangkat tinggi di sisi Allah S.W.T.Dalam kerendahan hati ada keluhuran budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Hidup ini lebih indah jika ada sifat bermaafan antara kita.

Bagaimana hendak menjadi seorang yang pemaaf?

1) Tidak perlu hendak menang setiap masa.

2) Memikirkan bahawa orang lain juga mempunyai masalah.

3) Mengingati bahawa Allah mengangkat darjat orang yang suka meminta maaf dan memaafkan orang lain.

4) Berdoa supaya disabarkan hati.

5) Bersangka baik.

6) Memikirkan kebaikan yang telah dibuat oleh sahabat kita.

Sentiasalah muhasabah diri...

Sayidina Umar berpesan, "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan." Demikian sikap orang yang hebat, dia tidak akan menganggap muhasabah diri atau post-mortemaktiviti sehariannya sesuatu yang remeh-temeh. Maka dia sentiasa bermuhasabah setiap yang dilakukan dari awal pagi hingga tidur, adakah ia selari dengan matlamat hidup menurut syariat.

Oleh sebab itu, muhasabahkanlah apa yang kita lakukan itu dengan rutin harian seorang yang bergelar insan hebat. Orang yang cemerlang akan sentiasa bermuhasabah akan amalannya kerana bimbang terseleweng daripada niat suci yang asal. Samalah juga situasinya kepada kita sebagai seorang mahasiswa Islam. Adakah kita menuntut ilmu kerana Allah S.W.T. atau kerana CGPA dan segulung ijazah semata-mata? Mahasiswa Islam yang hebat bukan hanya dengan CGPA kelas pertama tetapi pemikiran dan gaya hidup juga perlu kelas pertama.

Muhasabah diri amat penting dalam hidup seorang Muslim, supaya hari-hari yang dilalui menjanjikan hari yang lebih baik daripada sebelumnya. Sesungguhnya umat Islam akan cemerlang jika menyedari diri mereka berada di tahap mana. Dalam keadaan itu, mereka akan lebih melihat diri sendiri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain. Jika kita gagal, jangan salahkan pensyarah yang mengajar tak best. Jangan salahkan orang lain sebelum check dan koreksi diri sendiri.

Jangan paksa orang lain menerima pendapat kita...

"Rambut sama hitam, hati lain-lain." Begitulah bunyi peribahasa Melayu untuk menunjukkan perbezaan pendapat, hati, perasaan dan lain-lain antara manusia. Memang itulah realitinya, Allah mencipta setiap manusia berlainan antara satu sama lain.

Seseorang itu tidak harus mendesak atau memaksa orang lain untuk menerima dan bersetuju dengan pemikiran yang kita bawa. Malah dalam doktrin Islam kita diajar, "Tiada paksaan bagi orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam." Tetapi perlu difahami bahawa sekali seseorang itu telah memeluk Islam, tiada lagi persoalan "Tiada paksaan untuk mematuhi perintah Allah."

"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)" (Surah Al Baqarah, ayat 256)

Orang yang suka mendesak orang lain menerima pendapatnya, tidak akan dihormati orang lain, malah akan diumpat dan dicela. Sebaliknya berbaik sangka dan meraikan pendapat orang lain menunjukkan pengorbanan emosi dan hati yang amat tinggi. Namun, untuk meraikannya perlu ada batas tertentu. Yakni ia mestilah tidak bertentangan dengan syariat dan adab-adab Islam. Kaedah usul fiqh ada menyebut, "Apa yang baik itu adalah apabila syarak mengatakan baik dan yang buruk itu adalah sesuatu yang dikatakan buruk oleh syarak."

Sebagai mahasiswa Islam, kita bukan sahaja hidup untuk belajar dan exam tetapi tugas kita sebagai khalifah Allah adalah yang lebih utama. Mahasiswa adalah antara golongan yang paling lantang menyuarakan pendapat. Suarakanlah dengan bijaksana dan berhikmah. Teruskanlah menyampaikan dengan kebenaran dan kesabaran kerana yang membuatkan orang nak terima atau tidak adalah petunjuk daripada Allah S.W.T.

Begitulah antara kriteria-kriteria dalam usaha menjadi mahasiswa Islam yang hebat. Kita sudah tahu. Sekarang tinggal untuk kita mahu pula. InsyaAllah, kemampuan itu Allah akan bagi asalkan kita usaha bersungguh-sungguh. Sama-samalah kita berusaha ke arah menjadi mahasiswa Islam yang hebat, dunia dan akhirat. Ameen...

Nota kaki: Adaptasi daripada artikel oleh Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

"Seandainya mulut saja mengaku global, tetapi keglobalannya sehingga tidak mengendahkan dosa-dosa kecil, globalnya hanya di dunia dan tidak di akhirat"

Ameer Hamzah Bin Mokhtar
Bureau Chief
Information And Publication Bureau
Usrah Institution 10/11
Multimedia University
Malacca Campus

Aurat

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

sumber http://nahdahmuslim.blogspot.com/2011/01/aurat-apa-sudah-jadi.html#ixzz1JrQYJHKB

layar bahtera ku

"Tuhan-mu adalah yang melayarkan kapal-kapal di lautan untukmu, agar kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyayang terhadapmu." [QS al-Isra', 17:66]


Dimana halatujuku selepas ini

cinta Allah

tika hati lalai dalam mengingatinya,

Dia tidak pernah jemu memberikan nikmat dan hidayah kepda hamba-Nya,

tika hati leka dgn nikmat yang diberi,

Dia memberiakn peringatan untuk kembali kepada jalan-Nya,

dan tika hati mula bertasbih,memupukkan rasa cinta kepada-NYA,

tika itulah Dia memupuk cinta kita sesama insan di dunia,,

insyaalah,,

copy dariblog sabah muslim (nasihat)

Nasihat Hari Ini : Jangan memandang rendah dengan dosa yang kita lakukan, Jangan juga memandang tinggi akan amalan yang kita laksanakan, teruslah memohon ampun atas dosa kesalahan, dan teruslah berdoa agar diterima segala amalan..ayuh sensiviti hati kita tingkatkan..

Nasihat Hari Ini : Mari kita sakitkan syaitan-syaitan dengan keikhlasan hati, letihkan mereka dengan kalimat tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, kalimat tauhid yang membakar syaitan jin dan manusia. Namun, bagaimana mungkin kita mampu melawan syaitan jika masih bersemayam banyak tuhan di hati kita?

Nasihat Hari Ini : Saya terkilan, sedangkan ingin menjadi engineer perlukan komitmen, ingin jadi businessman perlukan komitmen, mana mungkin ingin berusaha menjadi ahli syurga tidak dituntut komitmen!!!Komitmen berkorban masa, wang dan tenaga, komitmen untuk terus beramal bahkan komitmen untuk menjaga agama-Nya.

Nasihat Hari Ini : Peluang berbuat dosa dan maksiat amat terbuka luas, namun peluang untuk terus dalam ketaatan akan dipenuhi himpitan ujian. Teruslah berjuang menempuhi ranjau kehidupan.

Nasihat Hari Ini : Jangan sampai kita wujudkan perasaan bosan dalam beribadat, tapi jadikannya sesuatu yang sentiasa kita nanti-nantikan. Berusahalah menghayati ibadat kita.

Nasihat Hari Ini : (Istimewa kepada bakal pengantin)

Cintailah si dia kerana cintanya kepada Allah, jika dia hilangkan cintanya kepada Allah, maka hilang juga cinta pada si dia. Maka bimbinglah si dia agar sentiasa cinta kepada Maha Pencinta. Cinta juga tidak akan lahir dan membesar begitu sahaja, pasti ada ujian dalam perhubungan yang merupakan lumrah bagi mencapai hikmah yang indah.

Nasihat Hari Ini : Janganlah kita menjadi penyakit dosa yang menularkan penyakit kepada sekeliling, tapi jadilah ubat yang mengubati penyakit umat hari ini.

Nasihat Hari Ini : Siapa sahaja yang kita cintai akan menjadi sabahat karib kita, maka perhatikanlah siapa yang engkau cintai..Putuskanlah tali percintaan dengan kawan yang jahat, cukup jadikan ia tali biasa, dan sambunglah tali percintaaan bersama kawan yang baik..

Nasihat Hari Ini : Sampai bila kita mahu terus memakmurkan dunia kita dan merosakkkan akhirat kita? Sampai bila kita mahu mengumpul dosa dan meninggalkan pahala? Sampai bila kita ingin merasa waktu masih lama sedangkan ia bukan suatu kepastian? Sampai bila.....

Nasihat Hari Ini : Kematian semakin menghampiri kita. Mari tangisi diri-diri kita sebelum kita ditangisi oleh orang lain.

Nasihat Hari Ini : Buah yang nampak dekat tapi terkadang bukan paling mudah untuk dipetik, kerana mungkin ada buah yang jauh tapi dah masak yang hanya perlu digoyang sedikit dah mampu didapati. Terkadang orang yang dekat dengan kita susah menerima nasihat kita, maka cari yang jauh namun mampu menerima nasihat kita.

http://sabahanmuslim.blogspot.com/
http://synergymedia.com.my/

dakwah dan tarbiah

Bismillah.

Indah sungguh segala ciptaan,
Mewarnai alam di sekeliling kita,
Wajib kita merasai bertuhan,
Allah swt Yang Maha Esa.

sahabat dan teman

Dakwah dan tarbiyah in tidak pernah mengajar kita untuk..
GAGAL dalam akademik.

Dakwah dan tarbiyah tidak pernah mengajar kita untuk kerap..
Tidak hadir ke kelas.

Dakwah dan tarbiyah tidak pernah mengajar kita untuk lambat..
Hantar assignment.

dakwah dan tarbiyah tidak pernah mangajar kita untuk banyak..
Alasan dan banyak bermalasan.

dakwah dan tarbiyah tidak pernah mengajar kita untuk menjadi..
Anak yang derhaka.

Bahkan teman
Dakwah dan tarbiyah inilah yang banyak menggali..
Potensi kita..menjadi biasa kepada yang sangat luar biasa.

Dakwah dan tarbiyah inilah yang menjadikan kita..
Orang yang terurus urusannya.

dakwah dan tarbiyah yang menjadikan kita...
Muslim, soleh yang berdaya guna.

InsyaAllah teruskan perjuangan dalam mengharungi jalan berliku demi bertemu cinta yang SATU.

Duduk menulis di dalam library
Sambil membaca kenegaraan,
Dalam bersahabat bergembira dan bergurau,
Nasihat menasihatilah dan saling menjaga.

10surahmujarab

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca
Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman
tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah
ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan
izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17
kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.




2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati,
dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang
membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh
kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat
dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya
dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan
di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan
kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam
satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan
mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah
Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang
Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca
Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan.
Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan
selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat
Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat
Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali
dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam
hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna
Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-
isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya
dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah
s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa
yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah
dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti
membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan
syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan
kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah
yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut
beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan
surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang
membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah,
antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-
Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-
Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut,
Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3
kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari
Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi
musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-
Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-
Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau
lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati
yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam
gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari
kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila
hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas
lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan
kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia,
hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3
hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan
dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia,
bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas
diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang
bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah
ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari
godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-
Nas ini juga adalah penerang hati

_
on 13.4.11
kenakalan di sekolah rendah bagaikan mimpi
keazaman sekolah di kampung mmbuahkan seribu hasil
kepimpinan di MRSm melontarkan sejuta pengalaman,
kasih di matRIX datangnya mengimbau seribu kenangan,
kuliah F Friendly,Friendship,fooder,fasting,failess n byk lagi
Universiti????
ku letakkan persoalanya pada diri ini
apa misi yg ingin dibawa.?
yang pentingnya aku makin meningkat dewasa,diolah dengan pelbagai sumber.

aku berjuang dengan sejuta harapan...
akidah islamiyah perlu ditegakkan
dalam hati ini dan sahabat
walau sibuk berjuang dijalan medan ilmu
berpegang pada apa yg dipasakkan
jasa ibu perlu diteliti,
perit ayah meniti hari,

yaAllah..moga kami semua berjaya mencari keredhaan mu..
moga kami semua berjaya menjadi seorg yg intelektual ,perihatin

kawan2 datanglah bersatu hati,dalam mencari apa yang dicari...
tanpa kamu , aku lemah
tanpamu yaAllah , aku resah.
on 12.4.11
hati telah terlanjur berbicara
kupegang pena melakar rasa
di atas sehelai kertas
ku luahkan segalanya

sekadar memuji dan
sengaja menguji
kuatkah hati
memengang janji.

Kamu adalah tulang rusuk yang hilang ,
Jika kalian dalam penantian , maka
Jadikan penantian itu jalan menuju Keberkatan.
Menanti bukan bererti berdiam diri , atau
menunggu tanpa erti

Izinkan saya berdialog dari hati ke hati.
Bacalah surat itu apabila tiba saat waktunya..
Biarlah waktu yang bicara , kerana waktu tak pernah berdusta.
InsyaAllah, virus Cinta yang mencuba merosak komputer hati kita semua di masa penantian ,
akan terscan oleh anti virus Iman dan syiar Cinta untuk dinanti..
Dan InsyaAllah pula,, ta’aruf kedua , ketiga , keempat dan ta’aruf – ta’aruf berikutnya di mahligai rumah tangga ,
akan semakin berbunga dengan adanya syiar-syiar indah perekat Cinta…
Jangan buat penantian sia-sia.
Bersegera, namun jangan tergesa-gesa,
.
Sebelum ijab Qabul keluar dari Lisan ”Si Pemilik Cinta”‘ ,
hati-hatilah menempatkan perasaanmu,
kerana boleh jadi, Cinta yang Salah Kau Alamatkan..!
.
Bila yakin telah tiba , teguhkan didalam jiwa,
Kesabaran menjadi bunga,
Sementara waktu berlalu,
Penantian tidak berakhir sia-sia…
.
Saat Perjalanan adalah pencarian diri,
Laksana Zulaikha menjalani hari,
Sabar menanti Yusuf sang tambatan Hati,
Di penantian Mencari diri,
Bermohonkan ampunan,
Di pertemukan

untuk teman2..
p/s jgn mudah terleka dengan cinta
Untuk Saudariku Yang Ku Cinta KeranaNya..
Saudari, Kalian adalah tulang rusuk yang hilang ,
Jika kalian dalam penantian , maka
Jadikan penantian itu jalan menuju Keberkatan.
Menanti bukan bererti berdiam diri , atau
menunggu tanpa erti.
.
Kalian adalah bidadari yang di cari.
Sebelum pemilik tulang rusuk datang menjemput ,
Isilah masa penantianmu dengan Taqwa , Sabar , Doa , dan Tawakkal.
Al-Haya’ (malu) yang menjadi perisai bagimu akan membuatmu segan untuk mengungkap perasaan.
Cinta yang tak mampu kau ungkap..
Cinta yang hanya kau dakap dalam diam..
Kerana mungkin kau tak seberani KHADIJAH..
.
Izinkan saya berdialog dari hati ke hati.
Saudariku, kamu mungkin jauh lebih paham tentang yang ingin saya sampaikan ,
Namun , tiada salahnya jika kita sama-sama mengimbasnya kembali ,
Atau setidaknya, menasihati diri saya sendiri ..
.
Beberapa tips mengisi penantian dengan proses yang berkat untuk hasil yang berkat :
>> Sentiasa mendekatkan diri kepadaNya.
Taqarub Illalah! Kerana Dialah Sang Pemilik Hati , Yang Menguasai Hati dan Maha Tahu Segala Isi Hati.
>>Persiapkan bekal kerana perjalanan itu jauh.
Tholabul’ilmi never ending!
>> Percantik diri dengan mempercantik lahir dan batinmu.
>> Perbaiki diri kerana InsyaAllah di seberang sana dia pun sedang sibuk memperbaiki dirinya
Yakinlah…!! Bahawa Wanita yang baik hanya untuk Lelaki yang baik pula… …
>> Saudara… Jaga hijabmu agar sentiasa terpelihara..
>> Jaga Izzahmu kerana engkau adalah calon bidadari syurga.
Buatlah syair , puisi , atau surat cinta untuk sang belahan jiwa.
Curahkanlah segala perasaanmu selama dalam
penantian, tentang cinta dan rindu..
meskipun saat ini kau tak tahu untuk siapa suratmu kau tujukan.
Allah sedang merahsiakan…
Tapi , yakinlah.. Sang Sutradara Kehidupan sudah mempersiapkan yang terbaik untukmu..
.
Berikanlah surat itu apabila saat waktunya tiba..
Biarlah waktu yang bicara , kerana waktu tak pernah berdusta.
InsyaAllah, virus Cinta yang mencuba merosak komputer hati kamu semua di masa penantian ,
akan terscan oleh anti virus Iman dan syiar Cinta untuk dinanti..
Dan InsyaAllah pula,, ta’aruf kedua , ketiga , keempat dan ta’aruf – ta’aruf berikutnya di mahligai rumah tangga ,
akan semakin berbunga dengan adanya syiar-syiar indah perekat Cinta…
Jangan buat penantianmu sia-sia.
Bersegera, namun jangan tergesa-gesa,
.
Sebelum ijab Qabul keluar dari Lisan ”Si Pemilik Cinta”‘ ,
hati-hatilah menempatkan perasaanmu,
kerana boleh jadi, Cintamu Salah Kau Alamatkan..!
.
Bila yakin telah tiba , teguhkan didalam jiwa,
Kesabaran menjadi bunga,
Sementara waktu berlalu,
Penantian tidak berakhir sia-sia…
.
Saat Perjalanan adalah pencarian diri,
Laksana Zulaikha menjalani hari,
Sabar menanti Yusuf sang tambatan Hati,
Di penantian Mencari diri,
Bermohonkan ampunan,
Di pertemukan…
—> tak kisah kalau nak copy, cuma sy mintak letak backlick url ke blog ni je.. semoga sama2 mendapat manfaat


Sumber: Wahai Saudariku Yang Ku Cinta KeranaNya | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/wahai-saudariku-yang-ku-cinta-kerananya/#ixzz1JMb7BLul
Jangan takut dgn kehancuran, kerana kehancuran adalah syarat untuk membangun.
Tak ada gelap malam kecuali tercipta siang yang benderang. Tak ada kesempurnaan kecuali setelah itu muncul kekurangan.Setiap kesedihan pasti surut. Apapun yang berada tinggi pasti turun.Tiap kali malam yang panjang, akan tiba waktu subuh untuk mengakhiri malam itu kemudian diiringi terbit fajar.

Saudaraku, Ketika engkau merasa sakit yg menusuk hingga ke hatimu sehingga airmatamu tak mampu utk kau bendung. Maka,menangislah..Biarlah sakit itu menjadi penawar akan dosa-dosamu. Menangislah memohon ampun pada-Nya kerana mungkin selama ini engkau jauh dariNya.Jika engkau disakiti oleh seseorang maka ikhlaskanlah hati,meskipun sulit ttp engkau pasti boleh.. Insya Allah

Cinta adalah fitrah manusia. Cinta juga salah satu bentuk kesempurnaan penciptaan yang Allah berikan kepada manusia. Allah menghiasi hati manusia dengan perasaan cinta pada banyak perkara. Rasa cinta blh menjadi anugerah jika disesuaikan dengan bingkai nilai-nilai ilahiyah. Namun, perasaan cinta dapat membawa manusia ke jurang kenistaan bila diumbar demi kesenangan semata dan dikendalikan oleh nafsu.
April 6 at

Mu’min akan gembira mngharungi kehidupannya. Baik atau buruk yang menimpa akan dia lalui dengan tenang dan sabar. Hal ini kerana, seorang mu’min itu beriman dgn tanpa ragu2 bhw segenap kehidupannya ini adlh pmberian drpd Allah SWT. Allah SWT berhak menarik dan mmberi mengikut apa shj yg Dia kehndaki. Dan orang mu’min faham bahawa Allah SWT itu Maha Tahu, sedangkn seorg manusia itu tidak mengetahui apa2 akan ilmuNya.
MNJAGA PANDANGAN bkn b'erti TAK BOLEH memandang apa2 pun. TAK MEMANDNG DAN TAK D PANDANG bkn bmakna kita hrs mengasingkan diri dari sudut sosial, nmn yg d mksd disini adlh utk MNJAGA sstu yg tak brmmfaat, yg hnya menimbulkn fitnah kpd kita. Krn apa yg terakam olh PANDANGAN, akan lngsng ke HATI kita. Dan apbl kita lalai, ai akan brkmbang mnjd pnyakit HATI.


Mencintai seseorang kerana Allah bererti menerima dia dengan segala kekurangan dan kelebihannya. Dan menikahi seseorang kerana Allah bererti menikahi Iman dan Ketaatannya kepada Allah. Maka, nikahilah seseorang setelah istikharah cinta engkau maksimakan dalam setiap doa dan sujudmu, agar tiada penyesalan di kemudian ha...ri..Ya Rabbi, cintakan aku pd seseorg yg mnjdknMU punca Cintanya.

“Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alad dinika wa ‘ala tho’atika”.

Wahai zat yang membolak - balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu dan atas ketaatan kepada-Mu

Keletihan,kerapuhan,kelemahan,kesakitan dan sebagainya. Perlu untuk kita lalui semuanya, Meskipun kadangkala semua itu harus kita lalui terlebih dahulu dengan uraian airmata. Tak mengapa, kerana bukankah airmata dicipta utk mengungkapkan sebuah rasa? Kerana tdk hanya bahagia saja yang ada di dunia...

ku ingin Menciintaimu dengan Sederhana. Seperti Isyarat yang tak sempat di katakan oleh Awan kepada Hujan yang menjadikannya Tiada. Maha Suci Engkau Ya ALLAH, yg telah Menciptakan Indahnya rasa ''Cinta''.

Setiap insan ingin mndptkan pasangan terbaik bagi dirinya dan juga keluarganya, namun hanya sedikit insan yg mmpersiapkan diri untuk mmdapatkan pasangan terbaik dlm kehidupannya.Kadangkala terlalu sibuk mencari dan memilih pasangan yg menurutnya baik sehingga dia lupa memperbaiki dirinya sendiri.
Wanita cantik, melukis kekuatannya pd masalahnya,
Dia tersenyum saat tertekan,
tertawa di saat hati sedang menangis,
memberkati di saat terhina, dan
mempesona kerana memaafkan..
Wanita cantik, mengasihi tanpa pamarah dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan.. SubhanAllah ♥

wahai saudari seakidahku, carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu, yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya, dan lelaki yang membangunkanmu untuk bangun beribadat bersama-sama pada 2/3 malam..


Islam tidak melarang atau mengekang manusia dari rasa cinta tapi mengarahkan cinta pada rel yang menjaga martabat kehormatan,baik wanita mahupun lelaki.Kalau kita jatuh cinta harus hati-hati kerana ia seperti minum air laut,semakin diminum semakin haus.Cinta yang sejati adalah cinta yang setelah akad nikah,selebihnya adalah cubaan dan fitnah sahaja.

Tunjukkan selalu cintamu pada saudaramu,berikan senyum terindah, jabat erat tangannya, peluk dengan penuh cinta bagaikan cintanya seorang ibu kepada anaknya serta katakan, “Inniy uhibbuka fillahi ta’ala, aku mencintaimu kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala..

Cinta Allah cinta yang tak bertepi.Jikalau sudah mendapatkan cinta-Nya,dan manisnya bercinta dengan Allah,tak ada lagi keluhan,tak ada lagi tubuh lesu,tak ada tatapan kuyu.Yang ada adalah tatapan optimis menghadapi segala cubaan,dan rintangan dalam hidup ini.Tubuh yang kuat dalam beribadah dan melangkah menggapai cita-cita tertinggi yakni syahid di jalan-Nya..


ketiika titis air mata jatuh ke bumi,Biarlah hanya Allah yang mengetahui. Kerana hanya Dia penyembuh luka pemberi bahagia kpd hati & naluri.Perkara yang membuat hatimu sedih dan ujian yg bermanfaat lbh baik drpd banyak yang melalaikan. Dugaan Allah dtg krn kasihNya pd HambaNya,agar Iman trs mningkt,hati smkin dkt,dan jiwa lbh akrab dgnNya..INNALLAHA LA YAZLIMU LIIBADIHI!
on 5.4.11
satu ketika dulu..

..jiwa ku kosong gelap gelita
..hati ku hiba mencari punca

..hinggalah suatu ketika
..ketika aku di zaman remaja
..diperli oleh seorang wanita
..ketika aku sedang membuang masa
..lepak-lepak di sebuah kota

..sangat pedih di hati tapi betul juga apa yang dikata
..ayat yang dikarang sangat bersahaja
..tapi isinya sangat bermakna
..semangat pemuda kenapa di buang begitu saja???
..islam indah kenapa tak dirasa???
..Al-Quran dan sunnah kenapa kau lupa???
..akhlak ,solat, zikir kenapa tak terjaga???

....KIni
..aku semakin memahami
..apa itu prinsip hidup
..apa pentingnya prinsip
..apa itu matlamat hidup
..apa pentingnya matlamat hidup


..lantaran hati ingin bersua
..sepasang mata bersulam takwa
..berkaca mata panyejuk jiwa
..seorang muslimah penghias dunia
..yang telah menegur silap silamku
..ingin kubuktikan pada wanita itu
..yang aku sedang berubah

nurkilan saifzsafin

test dunia

on 3.4.11
jari jemari berdetik resah
hati ku runsing tapi masih tabah
kerja bertimbun...
meeting macam xsudah2..
esok test ,lusa test
hati makin gundah

Ya Allah ,pada mu ku pasrah
exam final makin mara
kalau xstudy memang parah
moga aku dan kawan2 berjaya
dan padamu ya Allah aku berserah

Apala sangat diriku
bebanding pejuang islam yang lain
masing-masing bersekam mata memerah idea
untuk meraih islam di persada
kawan-kawan ku meeting dari pukul 6 sampai malam
ada yang tidak tidur memikirkan hari depan
aku hanya perlu menolong mereka
bantu mereka..untuk bersama meraih redhamu ilahi.
kuatkan hatiku yaAllah...
aminn..


nurkilan nadi saifzsafin...

muhasabah cinta

on 2.4.11
wahai pemilik nyawaku,
betapa lemahnya diriku ini
berat ujian darimu
ku pasrahkan semua kepadamu

tuhan...baruku sedar
nikmat sihat itu
xpandai aku bersyukur
kini ku harapkan cintamu

kata-kata cinta terucap indah
mengalir berzikir di dalam doaku
sakit yang kurasa biar
jadi penawar dosaku

butir-butir cinta air mataku
teringat semua yang kau beri untukku
ampuni khilaf dan salah
selama ini ya Ilahi
muhasabah cintaku

1.41

sepohon hati meredah dunia
melihat jambangan bunga
melihat kumbang bertempiaran
ku buang kaca mata
ku menggaru kepala...

hati telah terlanjur berbicara
kupegang pena melakar rasa
di atas sehelai kertas
ku luahkan segalanya

sekadar memuji dan
sengaja menguji
kuatkah hati
memengang janji.


nadiakuberdetik.....