on 25.4.13


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Alhamdulillahi rabil ‘alamin, hamdan na’imin, hamdan syakirin, hamdan yukafi wani’imahu yukafi maziidah, , Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammad wa’ala a lisayyidina Muhammad.



Ya Allah ya Tuhan kami
Kami merafak sembah
Memohon restuMu,memohon keberkataanMu
Memohon inayah keredaanmu.

AGAR DIKAU
Pertautkan jalinan hati kami
Dalam ikatan yang sungguh muhibah
Rapatkan saf hidup kami
Dalam satu jemaah
Tegap dan berhemah.

Jadikan gerak langkah kami
Kuat dan teguh
Tegakkan usaha amalan kami
Berkekalan dan bersungguh-sungguh

YA ALLAH YA TUHAN SERU SEKALIAN ALAM

Limpahkan hidup kami
Di bawah lindunganMu
Kurniakan hati kami
Bersih dan aman selalu

YA RAHMAN YA RAHIM YA ARHAMARRAHIMIN

Peliharalah kami.. kasihanilah kami
Bimbinglah kami..
Kami Pohon...

Kurniakanlah kami kemudahan
Bukan kesusahan
Limpahkan kami kesihatan
Bukan keuzuran
Limpahkan kami sifat pemurah
Bukan kebakhilan
Dan Kurniakanlah kami kemuliaan
Bukan kehinaan.

YA MUKALIBBAL KULUB..

Harumkan jiwa kami
Sewangi rahmatmu
Taburkan bunga-bunga nikmat
Pada majlis yang indah ini

Ampunilah kami
Jika ada dosa yang telah kami lewati
Mungkin tidak kami sedari
Walau besar menggunung tinggi
Atau kecil diukur jari
Semoga doa yang kami angkat
Sentiasa diredai dengan berkat..

RABBANA HABLANA MIN AZWAJINA WAZZURRIYATINA QURRATA’YUNI WAJ’ALNAA LIL MUTTAQI NAIMAMA..


RABBANA ATINA FIDDUNIA HASANAH
WAFILAKHIRUTIHASANAH
WAQINA AZABANNNAR..

hidayah itu milik Allah

on 28.3.13
tangan menari menekan kata
mata menyasar menurut tari jejari
hati berbunga ,berwajah ceria
akal beputar meluahkan rasa

hari ini merupakan minggu keempat dalam bulan tiga,bulan empat akan menyusul dan aku berdoa agar diberi kekuatan dan peluang untuk terus hidup dalam dunia persinggahan ini'.

seringkali manusia lupa termasuklah diriku kerana ku jua manusia yang kehidupan ini adalah tempat untuk kita mencari pahala ,mengumpul bekal untuk tempat yang kekal abadi.Pabila tercatit pesanan yang ku tulis sudah pasti aku akan di uji.pasti !! tapi moga aku tidak menjadi seperti golongan lelaki yang mana disebutkan dalam sebuah hadis baginda iaitu "Orang yang paling menyesal pada hari kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa." ..

tiba-tiba teringat seorang kawanku yang kian lama kami berpisah dek kerana mendapat universiti yang berbeza.beliau ialah salah seorang daripada group jihad production kami iaitu salah satu sekumpulan dakwah yang ku dan kawan2 bentuk ketika di MRSM J.. ,

.................................................
pagi itu beliau telefon..setelah menceritakan apa yang terjadi ,aku menjadi sebak,,ku rakamkan sedikit perbualan kami untuk tatapan sahabat2.

"pu,masihkah ade pintu keampunan bagiku.aku dah lama hanyut,banyak benda yang xsepatutnya aku buat tapi aku buat..Aku bukanlah seperti yang ko kenal dulu.aku xlayak untuknya"..

"jan,jangan putus asa dari rahmat Allah,mohon lah ampun .manusia memang tak lari dari membuat silap tapi yang penting kita menginsafinya...

"tapi aku bukan seperti yang dia harapkan sekarang.aku dah jauh hanyut pu"..

"jan.selagi hidup ni ,pintalah keampunan padanya,walau dosa kita setinggi langit sekali pun,Allah pasti akan  mengampunkannya ,Allah itu maha pengampun"

aku dengar suara esakan di hujung talian sana,moga dibukakan pintu hati wahai sahabat,getusku dalam hati

"kau tak berzina kan,kau xbunuh orangkan " tambahku,,
"bahkan kalau kau buat sedemikian pun Allah akan ampunkan jan,Allah itu maha pengasih.."aku berharap sangat2 kawanku jatuh cinta dengan rasa pengasih Allah.

"jadi macamnae pu,macamne nak bersih balik dari keruh dosa2ku" dulu2..rayunya

aku tidak berlengah,,,
"Dengar sini,,aku beritahu apa yang aku tahu,,aku pun manusia biasa dan selalu buat silap.kita berusaha sama2 jadi baik ea" firstly kita bertaubat dan menyesali dosa2 kita,buat solat sunat taubat nasuha.Banyakkan istigfar .Sama2 kita berazam tidak akan mengulanginya sama sekali.kau mesti yakin jan yang Allah akan  ampunkan.kita sama2 berdoa agar Allah ampunkan..akhir sekali berbaik sangkalah pada Allah..tutupku.

tup.....talian terhenti

2minit kemudian ku terima mesej

Aku malu pu,,Terima kasih ea pu.kaulah sahabatku dunia akhirat ,moga2 Allah limpah rahmat ke atas mu,,jangan lupa doakan aku ea

aku balas...aminn ,insyaAllah jan....



menjelang tiba bidadari dunia dan akhirat ku

on 9.3.13
jam di dinding terus bergerak tanpa mempedulikan diri ini , iringan music memperhalusi irama hati . Hari ini aku semakin mengerti,semakin merasai bahang harinya.istikharah bukan penentunya tetapi menjadi petunjuk agar diperkuatkan hati dengan pilihan yang dibuat dan moga tidak tersasar mohonnya.Manisnya hanya diri ini yang rasa pabila yang ku harapkan menjadi kenyataan.sekarang baru separuh jalan..perjalanan yang aku harus ku titi,yang harus ku daki masih lagi ada di depan tetapi aku pasti sudah hampir sampai untuk check point 1.dan aku berharap ,sangat-sangat berharap agar kesudahannya membahagiakan ramai pihak termasuklah hati ini..agar baitulmuslim yg kuidamkan tercapai..amin ya Rabb.

Merisik Atau bertunang???

.......................................................................................................

Aku cuba dail beberapa nombor untuk tanya pendapat kawan yang aku percaya..kepala ligat memikirkan apa yang perlu ku bawa sebagai  buah tangan untuk keluarganya di sana.Azhar di sebelahku turut sama pening.memang Bab yang macam ini kami 'fail'.kereta melucur menerjah di depan Hot Key Seng sebuah pasaraya famous di area Gong DAto'.setelah buat sedikit discussion kami memutuskan untuk beli kek pisang dan kek gulung. Malu pula bila ade Mak long di belakang,mereka ikut serta tapi aku yakin ini adalah percaturan Allah kerana kita merancang ,dia juga juga merncang tetapi sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik .Tiada yang lebih Maha Besar darinya.Kereta berhenti betul di depan2 rumahnya.debaran hati semakin memuncak .Ibarat irama lagu yang ditambah pukulan kompang.selepas 10minit bina repo tanya khabar dan taaruf sebagainya ,aku mula kelu.Bagaimana harus ku mula..ku lihat Ayahnya seakan menunggu sesuatu seperti dah dapat agak hajat besarku.Dengan Bismillahirrahmanirrahim aku beritahu yang tujuan sebenar.".............................................................'
Alhamdulillah..setelah selesai makan aku meminta diri kerana terpaksa selesaikan urusan kerja dengan azhar.
tidak sangka begini jadinya .Ini lah perancangannya sebenarnya.aku bersyukur sememangnya kedatangan maklong sangat2 membantu..
tetapi baru ku sedar yang rupa-rupanya aku tidak sempat berbual dengan mamanya..alahai..maaf mama.
.................................................................................................

checkpoint1 : Aku memilih untuk Mengikat ..

Alhamdulillah,perbincangan haritu telah memudahkan jalanku..pada mulanya aku bercadang untuk bawa keluargaku merisik tapi Maklong mencadangkan agar ku bawa keluargaku untuk merisik dan Bertunang terus kerana jauh alasannya kelak bnyak membazir .Dapat dua pakej dalam satu masa.

surat dari ibu

on 9.2.13
 Anakku.mak ingin sangat bebicara denganmu disaat ini .sudikah kiranya adik merelakan mak mencuri masa adik untuk seketika .Datanglah kesini dan duduk dekat dengan mak .Lihatlah dan pandanglah wajah mak yang dah tua ni dik,pahatkan di memorimu,mak takut bila tiba masanya nanti adik tak sempat melihatnya lagi.

Adik,Nanti akan tiba masanya adik perlu berdikari,dosa dan pahala perlu adik pikir sendiri ,masa itu mak tak ada lagi disisi untuk menegurmu tapi percayalah adik selalu diawasi olehnya

x sabar

on 18.12.12
Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali mena
mpar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.


16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

siapa kita

on 4.11.12





Segala-gala telah terakam, sentuhan kasihnya menyentuh lembut, tiada apa yg bisa menghalang…Allah hadirkan dia, yang lembut bicaranya, yg bisa menggegarkan naluri dalam kelembutannya….
Terkesan, tersentuh,….
BAHAGIA e2dari HATI, cuci HATI dengan ZIKRULLAH..
ZIKRULLAH sangat selamat, jauh dr riak.Dan lembut tutur katanya, menuturkan ayat-ayat ini….REDHA boleh menyucikan hati,Asas HATI adalah TAUHID,Selagi TAUHID x jelas, dia SAKIT..TAUHID adalah menyakini keESAAN ALLAH,Dari segi Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma’ Wa Sifat….Hati yang tak redha dengan ketentuan Alah…“adakah kau lebih hebat dari Kuasa Allah dalam menentukan takdir Allah?.”Bisa membuatkan aku tersentap..ya, sangat!“Allah e2 maha adil, Allah hendak mengajarkan kita”..bicaranya lagi.Pembahagian yang Allah buat untuk kita, kita tak layak untuk memprotesDan dia bilang,Lupakan segala kebaikan yg telah kita buat, lupakan!Sebab, sebaik sahaja kita buat, Allah telah merakamkan segalanya, Jadi, x perlulah kita bersusah payah untuk mengingatkannya dan mengungkitnya kembali…Dia ajarkan terapi..3T= Tauhid, Tasbih dan Tunduk menyerah diri kepada Allah SWT..Dia juga ajarkan cara utk hilangkan stress..Jika dr barat,Katakan pada diri1. menerima diri sendiri2.maafkan diri sendiri3. sayangilah diri sendiriDan dari ISLAM, iaitu dengan cara memeluk diri sendiri dan katakan pada diri..1.REDHA-Ya Allah, aku redha dgn segala pembahagian-MU terhadap diriku ini.2. MEMAAFKAN-Ya Allah, aku telah memaafkan sgala kesalahan dan kesilapan diriku ini dan aku yakin, Engkau juga telah mengampuni diriku ini.3. MEYAYANGI-Ya Allah, aku sayangkan tubuh ini, amanah yang Engkau berikan ini, dan aku tau Engkau juga sayangkan diri ini.Allahuakhbar!!Kita BUKAN orang SINI, Kita disini adalah warga ASING,
Bukan orang KELANTAN,
Bukan jua orang KEDAH,
Bukan orang MALAYSIA,
Disini,
Kita HANYA memegang passport AKHIRAT,
Kita adalah warganegara AKHIRAT.
Dan dipengakhiran bicaranya itu, dia tinggalkan aku dengan 7 TANDA..
7 TANDA ALLAH SAYANG KEPADA KITA
1-Allah mengejutkan kita dari dunia,
2-Allah bagi faham urusan agama
3-Allah kurniakan kita kepada kelembutan
4-Allah jadikan kita soleh dan musleh
5-Allah akan ringankan, mudahkan utk kita buat amal soleh
-kehendak yang kuat utk buat amal soleh
-badan yg ringan
-lidah yg ringan berzikir
6-Allah halang kita dari buat maksiat dan kelalaian
7-Allah akhiri hidup kita dengan Husnul Khotimah.


cintaku hanya padamu

on 17.10.12

CINTA DAN JENIS-JENISNYA

Cinta memiliki berbagai macam jenis dan tingkatan, yang tertinggi dan paling mulia adalah mahabbatu fillah wa lillah (cinta karena Allah dan di dalam Agama Allah) yaitu cinta yang mengharuskan mencintai apa-apa yang dicintai Allah, yang dilakukan berlandaskan cinta kepada Allah dan RasulNya.

Cinta berikutnya adalah cinta yang terjalin karena adanya kesamaan dalam cara hidup, agama, mazhab, idiologi, hubungan kekeluargaaan, profesi dan kesamaan dalam hal-hal lainnya.

Diantara jenis cinta lainnya yakni cinta yang motifnya karena ingin mendapatkan sesuatu dari yang dicintainya, baik dalam bentuk kedudukan, harta, pengajaran dan bimbingan, ataupun kebutuhan biologis. Cinta yang didasari hal-hal seperti tadi yaitu al-mahabbah al-'ardiyah akan hilang bersama hilangnya apa-apa yang ingin didapatnya dari orang yang dicintai. Yakinlah bahwa orang yang mencintaimu karena sesuatu akan meninggalkanmu ketika dia telah mendapat apa yang diinginkannya darimu.

Adapun cinta lainnya adalah cinta yang berlandaskan adanya kesamaan dan kesesuaian antara yang mencintai dan yang dicinta. Mahabbah al-isyq termasuk cinta jenis ini tidak akan sirna kecuali jika ada sesuatu yang menghilangkannya. cinta jenis ini, yaitu berpadunya ruh dan jiwa, oleh karena itu tidak terdapat pengaruh yang begitu besar baik berupa rasa was-was, hati yang gundah gulana maupun kehancuran kecuali pada cinta jenis ini.

Timbul pertanyaan bahwa cinta ini merupakan bertemunya ikatan batin dan ruh, tetapi mengapa ada cinta yang bertepuk sebelah tangan? Bahkan kebanyakan cinta seperti ini hanya sepihak dari orang yang sedang kasamaran saja, jika cinta ini perpaduan jiwa dan ruh maka tentulah cinta itu akan terjadi antara kedua belah pihak bukan sepihak saja?

Jawabnya yaitu bahwa tidak terpenuhinya hasrat disebabkan kurangnya syarat tertentu, atau adanya penghalang sehingga tidak terealisasinya cinta antara keduanya. Hal ini disebabkan tiga faktor; Pertama: bahwa cinta ini sebatas cinta karena adanya kepentingan, oleh karena itu tidak mesti keduanya saling mencintai, terkadang yang dicintai malah lari darinya. Kedua: adanya penghalang sehingga dia tidak dapat mencintai orang yang dicintanya, baik karena adanya cela dalam akhlak, bentuk rupa, sikap dan faktor lainnya. Ketiga: adanya penghalang dari pihak orang yang dicintai.

Jika penghalang ini dapat disingkirkan maka akan terjalin benang-benang cinta antara keduanya. Kalau bukan karena kesombongan, hasad, cinta kekuasaan dan permusuhan dari orang-orang kafir, niscaya para rasul-rasul akan menjadi orang yang paling mereka cintai lebih dari cinta mereka kepada diri, keluarga dan harta.

TERAPI PENYAKIT AL-ISYQ

Sebagai salah satu jenis penyakit, tentulah al-isyq dapat disembuhkan dengan terapi-terapi tertentu. Diantara terapi tersebut adalah sebagai berikut:

1. Jika terdapat peluang bagi orang yang sedang kasmaran tersebut untuk meraih cinta orang yang di kasihinya dengan ketentuan syariat dan suratan taqdirnya, maka inilah terapi yang paling utama. Sebagaimana terdapat dalam sahihain dari riwayat Ibn Mas'ud Radhiyallahu, bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Artinya : Hai sekalian pemuda, barang siapa yang mampu untuk menikah maka hendaklah dia menikah , barang siap yang belum mampu maka hendaklah berpuasa karena puasa dapat menahan dirinya dari ketergelinciran (kepada perbuatan zina)"

Hadis ini memberikan dua solusi, solusi utama, dan solusi pengganti. Solusi petama adalah menikah, maka jika solusi ini dapat dilakukan maka tidak boleh mencari solusi lain. Ibnu Majah meriwaytkan dari Ibnu Abbas bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

"Artinya : Aku tidak pernah melihat ada dua orang yang saling mengasihi selain melalui jalur pernikahan"

Inilah tujuan dan anjuran Allah untuk menikahi wanita, baik yang merdeka ataupun budak dalam firman-Nya:

"Artinya : Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah" [An-Nisa : 28]

Allah menyebutkan dalam ayat ini keringanan yang di berikannya terhadap hambaNya dan kelemahan manusia untuk menahan syahwatnya dengan membolehkan mereka menikahi para wanita yang baik-baik dua, tiga ataupun empat, sebagaimana Allah membolehkan bagi mereka mendatangi budak-budak wanita mereka. Sampai-sampai Allah membuka bagi mereka pintu untuk menikahi budak-budak wanita jika mereka butuh sebagai peredam syahwat, keringanan dan rahmati-Nya terhadap makluk yang lemah ini.

2. Jika terapi pertama tidak dapat dilakukan karena tertutupnya peluang menuju orang yang dikasihinya karena ketentuan syar'i dan takdir, penyakit ini bisa semangkin ganas. Adapun terapinya harus dengan meyakinkan dirinya bahwa apa-apa yang diimpikannya mustahil terjadi, lebih baik baginya untuk segera melupakannya. Jiwa yang berputus asa untuk mendapatkan sesuatu, niscaya akan tenang dan tidak lagi mengingatnya. Jika ternyata belum terlupakan, akan berpengaruh terhadap jiwanya sehingga semangkin menyimpang jauh.

Dalam kondisi seperti ini wajib baginya untuk mencari terapi lain yaitu dengan mengajak akalnya berfikir bahwa menggantungkan hatinya kepada sesuatu yang mustahil dapat dijangkau adalah perbuatan gila, ibarat pungguk merindukan bulan. Bukankah orang-orang akan mengganggapnya termasuk ke dalam kumpulan orang-orang yang tidak waras?

Apabila kemungkinan untuk mendapatkan apa yang dicintainya tertutup karena larangan syariat, terapinya adalah dengan mengangap bahwa yang dicintainya itu bukan ditakdirkan menjadi miliknya. Jalan keselamatan adalah dengan menjauhkan dirinya dari yang dicintainya. Dia harus merasa bahwa pintu kearah yang diingininya tertutup, dan mustahil tercapai.

3. Jika ternyata jiwanya yang selalu menyuruhnya kepada kemungkaran masih tetap menuntut, hendaklah dia mau meninggalkannya karena dua hal, pertama karena takut (kepada Allah) yaitu dengan menumbuhkan perasaan bahwa ada hal yang lebih layak dicintai, lebih bermanfaat, lebih baik dan lebih kekal. Seseorang yang berakal jika menimbang-nimbang antara mencintai sesuatu yang cepat sirna dengan sesuatu yang lebih layak untuk dicintai, lebih bermanfaat, lebih kekal dan lebih nikmat, akan memilih yang lebih tinggi derajatnya. Jangan sampai engkau menggadaikan kenikmatan abadi yang tidak terlintas dalam pikiranmu dengan kenikmatan sesaat yang segera berbalik menjadi sumber penyakit. Ibarat orang yang sedang bermimpi indah, ataupun menghayal terbang melayang jauh, ketika tersadar ternyata hanyalah mimpi dan khayalan, akhirnya sirnalah segala keindahan semu, tinggal keletihan, hilang nafsu dan kebinasaan menunggu.

Kedua keyakinan bahwa berbagai resiko yang sangat menyakitkan akan ditemuinya jika dia gagal melupakan yang dikasihinya, dia akan mengalami dua hal yang menyakitkan sekaligus, yaitu gagal dalam mendapatkan kekasih yang diinginkannya, dan bencana menyakitkan dan siksa yang pasti akan menimpanya. Jika yakin bakal mendapati dua hal menyakitkan ini niscaya akan mudah baginya meninggalkan perasaan ingin memiliki yang di cinta. Dia akan bepikir bahwa sabar menahan diri itu lebih baik. Akal, agama , harga diri dan kemanusiaannya akan memerintahkannya untuk bersabar sedikit demi mendapatkan kebahagiaan yang abadi. Sementara kebodohan, hawa nafsu, kezalimannya kan memerintahkannya untuk mengalah mendapatkan apa yang dikasihinya . orang yang terhindar adalah orang-orang yang dipelihara oleh Allah.

4. Jika hawa nafsunya masih tetap ngotot dan tidak terima dengan terapi tadi, maka hendaklah berfikir mengenai dampak negatif dan kerusakan yang akan ditimbulkannya segera, dan kemasalahatan yang akan gagal diraihnya. Sebab mengikuti hawa nafsunya akan menimbulkan kerusakan dunia dan menepis kebaikan yang datang, lebih parah lagi dengan memperturutkan hawa nafsu ini akan menghalanginya untuk mendapat petunjuk yang merupakan kunci keberhasilannya dan kemaslahatannya.

5. Jika terapi ini tidak mempan juga untuknya, hendaklah dia selalu mengingat sisi-sisi kejelekan kekasihnya, dan hal-hal yang membuatnya dampat menjauh darinya, jika dia mau mencari-cari kejelekan yang ada pada kekasihnya niscaya dia akan mendapatkannya lebih dominan dari keindahannya, hendaklah dia banyak bertanya kepada orang-orang yang berada di sekeliling kekasihnya tentang berbagai kejelekannya yang tersembunyi baginya. Sebab sebagaiman kecantikan adalah faktor pendorong seseorang untuk mencintai kekasihnya demikian pula kejelekan adalah pendorong kuat agar dia dapat membencinya dan menjauhinya. Hendaklah dia mempertimbangkan dua sisi ini dan memilih yang terbaik baginya. Jangan sampai terperdaya dengan kecantikan kulit dengan membandingkannya dengan orang yang terkena penyakit sopak dan kusta, tetapi hendaklah dia memalingkan pandangannnya kepada kejelelekan sikap dan prilakunya, hendaklah dia menutup matanya dari kecantikan fisik dan melihat kepada kejekan yang diceritakan mengenainya dan kejelekan hatinya.

6. Jika terapi ini masih saja tidak mempan baginya, maka terapi terakhir adalah mengadu dan memohon dengan jujur kepada Allah yang senantiasa menolong orang-orang yang ditimpa musibah jika memohon kepadaNya, hendaklah dia menyerahkan jiwa sepenuhnya dihadapan kebesaranNya, sambil memohon, merendahkan dan menghinakan diri. Jika dia dapat melaksankan terapi akhir ini, maka sesunguhnya dia telah membuka pintu taufik (pertolongan Allah). Hendaklah dia berbuat iffah (menjaga diri) dan menyembunyikan perasaannya, jangan sampai dia menjelek-jelekkan kekasihanya dan mempermalukannya di hadapan manusia, ataupun menyakitinya, sebab hal tersebut adalah kezaliman dan melampaui batas.

PENUTUP

Demikianlah kiat-kiat khusus untuk menyembuhkan penyakit ini. Namun ibarat kata pepatah: mencegah lebih baik daripada mengobati, maka sebelum terkena lebih baik menghindar. Bagaimana cara menghindarinya? tidak lain dengan tazkiyatun nafs.

Semoga pembahasan ini bermanfaat :)