surat balasan kepada oki

on 11.3.12
Puisi "Indah Buatmu Kelantan"



Negeri Kelantan seindah namamu,Tanah serendah sekebun bunga,Negeri tadahan wahyu.. Cik Siti Wan Kembang,Cukup indah namamu.. Seindah negerimu..



Duhai wajahmu yang indah,Persis Jeddah.. Yang pernah ku lewati,Taat menjunjung Al-Quran.. Teguh menggalas syariaat,Yang tidak pernah goyah.. Tersentuh hati kudusku,



Lantaran aku disini.. Biar tidak pernah ku duga,Bertemu dengan seorang ulamak.. Yang dicintai rakyatnya,Lalu.. Kuntum rindu yang lama tersimpan,Terubat jua akhirnya.. Biar segolongan cintaku..



Beruntung rakyatnya.. Menumpang teduh seorang ulamak,Yang lembut tetapi tegas beribadah,Yang pengasih namun tidak goyah pada percikan kealpaan dunia,Pasti aku merindui lagi.. Entah kapan bisa di ubati,Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu membaja,Membangun Islam bersama.. Semoga kita bertemu kembali..



Oki Setiana Dewi,Kelantan Trade Center, Kota Bharu,Kelantan



9 Mac 2012.



Ku dengar penuh kusyuk



hati kecilku rase tersusuk.



pintu yang ku tutup rase diketuk



gembira hati hilang rasa mengantuk.



hati berbunga sudah termaktub,



kalau dulu kelantan banyak di patuk ,



hadir bunga buatkan ramai yang terpaut..



cpu,e-data centre terengganu,kuala terengganu,terengganu



11 mac2012//hehe
on 5.3.12
awal sem baru..(awalla sangat).

hati terpaut ,mulut menyebut
indahnya kalimat rasulullah

share ,nasihat,cerita ,tegur

on 3.3.12
assalamualaikum.dah berhabuk rasenya blog ni.hampir sebulan jemari ini tidak menaip pada entry posting 4 nadi perjuanganku.Adakah nadi perjuangan ini sudah berhenti?atau berhenti sekejap? walau akal ini menidakkan tapi jauh di perosok hati yang paling dalam jawapannya hampir ya sebab hati mana bisa menipu kan.saat terkenang dosa ku yang lalu,aku menjadi lemah .tapi Allah itu maha pengampun .aku pegang ayat itu.Aku memang insan yang banyak khilaf ,jadi mana mungkin aku akan dapat pasangan yang baik,mane mungkin aku mampu atau layak menegur kawan2 ku yang hanyut dibuat arus dunia yang makin menguning mengeruhkan sesuci air yg bersih asalnya

pernah x sahabat2 merasakan perkara yang sama? mungkin Ya dan mungkin tiDak kan .Tapi ingatlah Allah telah berfirman sampaikanLah dari aku walaupun satu ayat .adakah kita nak tunggu kita perfect dahulu baru nak tegur orang atau nak tunggu ilmu penuh didada baru mula menasihati kawan2 yang berdekatan atau dengan erti kata lain BerDAkwah.mungkin bila mendengar sahaja perkataan "berdakwah" kita merasa seperi batu besar menghempap di kepala sendiri ,terasa sangat2 berat.jom tukar pemikiran kita .lebih bersikap positif .kita tegurlah jika kawan2 secara terang-terangan melakukan maksiat di depan kita dalam masa yang sama kita berusaha menjadi kearah yg lebih baik mungkin saja Allah menetapkan perkara itu berlaku di depan kita kerana tarbiah atau didikan halus dari Allah kerana kita berada dalam landasan yg sama

jika kita ingin berdakwah,berdakwahla secara berstrategi,berhemah kerana itulah yg dilaksanakan oleh junjungan besar kita iaitu nabi muhammad S.A.W .seeloknya sebelum itu buatlah REPO ,binalah jambatan barulah senang kita ingin melintasi hati dan menerobos jiwanya dan ianya dengan izin Allah.Saya menulis bukan kerana saya pandai,bukan kerana ilmu penuh didada dan bukan kerana saya baik,tapi saya nak agar kita sama2 menjaga ummat pada hari ini terutamnya kawan2 keluarga dan insan2 terdekat..
sahabat-sahabat lama xbersua mata.adakala kita nampak tapi kita gagal untuk melihat.kasih muslimin memang sukar untuk diucap, tiada kata2,tapi sentiasa berusaha dibuktikan dengan perbuatan,,sama dengan sikap ayah kita kan.begitulh ego lelaki tapi jauh dihati semua memori terpahat sejak awal pertemuan dan ianya xkan hilang kecuali diizinkan Allah ku cacat atau lupa ingatan atau nyawa hilang dr jasad... ku cari yang seiring,selari dan serasi di haty, pemykiran dan penantian itu masih terus menanti. malaysia <>

fight2

Jutawan Terkaya Pada Zaman Nabi
Abdul Rahman ditawarkan dengan kekayaan dan seorang isteri tetapi beliau menolaknya dan hanya mahu tahu jalan menuju ke pasar. Beliau memulakan bisnes, memecahkan monopoli bisnes Yahudi, dan menjadi jutawan terkaya di Madinah. Nilai kekayaannya mencecah RM107 juta.

Erti Hidup Pada Memberi
Untuk Perang Tabuk, Abdul Rahman menderma lebih daripada RM25 juta (200 dinar, 500 ekor kuda dan 1500 ekor unta). Kekayaannya langsung tidak berkurangan bahkan Allah melipatgandakan lagi harta kekayaannya.

Jual Pada Harga Modal Dan Tetap Untung
Abdul Rahman menjual 1000 ekor unta pada harga modal tanpa margin keuntungan. Keuntungan beliau adalah pada tali pengikat unta yang dijual sekali dengan unta sebagai nilai tambah. Beliau menjual tali itu dengan harga 1 dirham. Dalam satu hari, beliau menjana keuntungan 100 dirham.

Bisnes Diberkati Allah
Sekiranya ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, Abdul Rahman menjawab, "Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit, tetapi diberkati Allah"

BISNES DI DUNIA, UNTUNG SAMPAI KE SYURGA.
Barangsiapa memperbanyakkan istigfar, maka Allah akan
menghapuskan kedukaannya, menyelesaikan
masalahnya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangka.
(Dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud, an-Nasaie, Ibn Majah dan Hakim daripada Abdullah bin Abbas r.a)
Ekonomi juga menerima tamparan hebat akibat kejatuhan Khilafah. Ekonomi Islam dihapuskan dan diganti dengan sistem ekonomi barat seperti Kapitalis, Sosialis, Kapitalis moden atau globalisasi ekonomidan sebagainya. Bank-bank riba berleluasa dalam negara umat Islam. Penyelenggaraan ekonomi berasaskan riba merupakan perkara yang kebiasaan dalam kehidupan umat islam walaupun islam dengan jelas mengharamkannya. Selain itu perkara yang jelas hukum haramnya seperti arak dan judi diperniagakan dan dijadikan sumber kewangan utama bagi individu dan negara tanpa mengira kesan negatif kepada masyarakat.