11.02

on 29.11.10
this is the end of our relationship..please forgive me for everything i had done to you...maybe it was my mistakes n i dunno..may Allah forgive me...i have my own reason in rejecting you but please don't be ridiculous n blaming yourself...i know you deserve better...assalammualaikum wbt..

Saifz apakah perasaan kau jikalau seorang kawan atau muslimah berkata sedemikian kepada kau tatkala kau melepaskan apa yang kau pendam di hati.Dulu dia baik dengan aku.kami jaga batas2 pergaulan kami,dia memang baik.aku xberniat nak couple dengan dia sebab aku tahu tiada istilah kapel sebelum kahwin dalam islam ini.aku hanya katakan jika diizinkan Allah ,aku berhasrat untuk menjadikan dia sebagai isteri aku je bila sudah tamat belajar nanti..tapi itu yang dia jawab.dia reject aku sebab pilihan dia adalah dia nak lelaki seorang doktor,.ya doktor.Aku sedar siapa aku.apala sangat aku ni saifz.Jikalau dia reject sahaja aku xkisah tapi dia memutuskan hubungn kami sebagai seorang kawan.Aku tak tahu nak cakap apa,aku hanya senyap sahaja saifz,Dia belajar jauh hingga ke mesir mesti ilmu agama dia lebih tinggi dari aku,aku tak tahu perbuatan memutuskan persahabatan itu berdosa ke tak atau aku yang berdosa kerana ada perasaan terhadap dia,tolong nasihat aku saifz,Aku buntu....

Dajjal

on 28.11.10
Dajjal

Asal-usul dajjal
Dajal adalah seorang manusia dari keturunan yahudi.Dia bukanlah jin atau jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditagguhkan ajalnya “minal munzahrin”
Seperti halnya Nabi Isa yg diangkat kelangit dan ditagguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turunnya semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan dikuburkan di madinah Al-Munawwarah.
Ayah dajjal seorang yang tinggi dan gemuk.hidungnya se[perti paruh burung.Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya.menurut Imam Al-Barzanji, ada pendapat bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang dukun yahudi yang dikenali sebagai nama “Syaq”manakala ibunya adalah dari bangsa jin ia hidup dizaman Nabi Sulaiman AS dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus.Lalu oleh nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.Walaubagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecinya tidak diketahui dengan jelas.
Sifat badannya
Hadis HUzaifah RA katanya Rasulullah sAW telah bersbda “dajal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri,lebat (panjang)rambutnya serta dia mempunyai syurga dan neraka.Nerakanya itu merupakan syurga dan neraka itu syuga” cirri yang disebut lain:masih muda,berbadan besra dan kemerah-merahan,rambut kerinting dan lebat dan yang paling ketara ialah mata yang buta seperti buah kismis yang kecut,manakala mata kanan tertonjol keluar kehijau-hijaun berkelip-kelip laksana bintang.tertulis di ri dajal setelah ia mengaku sebagai tuhan.dahinya kafir(Kaf Fa Ra).tulisan ini dapat dibaca oleh semua orang islam samada pandai membaca atau x.mengikut hadis At-Tabrani,kedua-dua tanda ini muncul dalam dirinya selepa dia mengaku dirinya tuhan
Tempat tggal
.menurut Shahih Muslim ,Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama.Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama “Al-Jassasah”daripada hadis ini jelaslah bahawa dajjal itu telah ada hanya menunggu masa yang diizinkan oleh Allah SWT untuk keluar menjelajah permukaan bumi dan tempat “transitnya “itu ialah disebelah timur bukan dibarat.
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabaran kepada umat ini selama 40 hari sahaja.Namun begitu hari pertamanya sama dengan seahun dan hari keduanya sama dengan sebulan ketiga sama dengan seminggu dan baki nya sqama macam hari-hari biasa,dalam hadis Muslim ada disebutkan:kami bertanya “wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini?”Nabi SAW menjawab ,ia akan tinggal 40hari,Hari yg pertama sama dengan setahun,hari kedua sama dengan ebulan dan hari ketiga sama dengan seminggu.kemudian 27 hari yang tiggak macam hari yg biasa.
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah untuk menguji umat ini.oleh kerana itu Allah memberikan kepadanya kemam[puan luar biasa contohnya:
1.Segala kesenangan hidup akan ada bersamanya,benda2 beku akan mematuhinya .sebelum kedatangan Dajjal ,dunia Islam akan diuji dengan kemarau selama 3 tahun berturut-turut,pada tahun pertama hujan akan berkurang spertiga,kemudian 2/3 and tahun ketiga tiada lansung.,uamat dilanda kebuluran.Dajjal akan muncul membawa hujan.maka aerah mana yangf percaya Dajjal itu tuhan ,ia akan berkata pada awan”hujanlah kamu di daerah ini maka hujan akan turun.ekonomi ,perdagangan akan makmur dan stabil pada orang yang bersekutu pada dajjal.manakala penduduk tidak mahu bersekutu terus menderita.dan ada diriwayatkan bahawa penyokong dajjal akn ada segunung roti(makanan) sedangkan orang yg tidak percaya dalam kebuluran .Dan para sahabat bertanya “jadi apa yang dimakan oleh orang islam yang beriman ketika itu wahai Rasulullah?”Nabi SAW menjawab “mereka akan merasa kenyang dengan tahlil takbir tasbih dan bertaubat.zikir itu akan menggantikan makanan”
2.Ada bersamanya seumpama neraka dan syurga
Diantara ujiannya ialah kelihatan bersama dengnnya seumparma syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api.Dajjal akan menggunakan kedu-duannya ini untuk menguji iman umat islam.hakikat adlah sebaliknya.
3.kepantasan perjalanan a\dan negeri-yg tidak dapt dimasukkannyakalau hari ini boleh dikatakan kepantasan jet2 tempur yg digunakan tentera udara atau lebih pantas dari itu.
Kami bertanya,”Wahai Rasulullah ! bagaimana kepantasan perjalanan di muka bumi ini? “Nabi menjawab Namun dajjal tidak akan dapat masuk 2 bandar suci.Makkah dan Madinah
4.bantuan syaitan2 untuk merpekukuhkan kedukdukannya
Wallahualam,sudah bersediakah kita sebagai umat islam untuk menghadapi dajjal?kita semaki n menghampiri akhir zaman.persiapkanlah diri kita.
on 23.11.10
Pada hari ini saya ingin menyentuh tentang ISLAM HADHARi.satu isu yang mana telah membangkitkan satu kontroversi yang besar apabila PM kita yang lepas Abdullah ahmad Badawi mengutarakan perkara ini.Ada apa dengan Islam Hadhari , adakah ia satu fahaman atau ideology baru yang sengaja diwujudkan di muka bumi Allah ini.Mari bersama kita kupas sedikit demi sedikit pada hari ini.perkataan Hadhari bermaksud “yang bertamadun”.Menurut Malik Bennabi(seorang pemikir dan ahli teori social islam ) , istilah Hadarah membawa maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dan spiritual.Justeru isalm hadhari ditakrifkan sebagai islam yang mempunyai sifat-sifat kemajuan ketamdunan tinggi yang menekankan peri pentingnya kedua-dua aspek fizikal(material dan spiritual.persoalannya sekarang adakah islam yang dibawa oleh nabi kita Muhammad s.a.w tidak lengkap dan lapuk sehinggakan tidak boleh membawa kemajuan??persoalan ini saya letakkan pada diri anda masing-masing untuk kita sama-sama semak tinjau balik.sebanarnya objektif kerajaan adalah untuk menjana kemajuan manusia untuk pembangunan fizikal , spiritual,pembangunan insan ,pembangunan ilmu demi kemajuan dunia dan akhirat. Segala objektif dan juga prinsip sudah sangat baik dan cukup cantik , ,jadi dimanakah silapnya Islam hadhari ini? Silapnya saya rasa disini.iaitu kerajaan telah meletakkan nama “Islam hadhari”.Ada apa dengan nama?adakah pentingnya nama jikalau objektif sudah betul?mesti ramai yang persoalkan . Sebenarnya di dalam hidup ini perkara tentang agama tidak boleh main-main.apatah lagi Agama islam iaitu agama yang diredhai oleh Allah ,tuan pemilik dunia ini.Memang patutlah golongan ulama’dan merka yang betul faham akan islam melenting.Dengan adanya Islam Hadhari ini, ia seolah-olah cuba untuk mengatakan islam yang sedia ada tidak boleh membawa kepada kemajuan .cukup saya katakana begitu .Saya pasti para pembaca akan faham.Mengapakah agama dipermain-mainkan.saya rasa jikalau kerajaan letak Bhuda hadhari,kristian hadhari,mesti mereka sami2 dan paderi juga akan melenting .mungkin lebih baik diletakkan Malaysia Hadhari atau Negara hadhari je..apala
on 19.11.10
denyutan memori berputar seketika

.................................................................................

langkahku bermula dengan menaiki kereta panjang menuju ke tanah merah,mencari kembali secalit kenangan di sekolah menengah tengku bendahara.Aku terpaku atas kerusi kira-kira 4jam ....
"Zul , maafkan cikgu,cikgu dah cuba banyak kali.tapi gagal.Awak gagal diterima ke MRSM".Beritahu cikgu Rasyid sebelum perhimpunan pagi itu.
"tak mengapalah cikgu mungkin tiada rezeki".
majlis perhimpunan hari itu zul lalui dengan perasaan hampa.mood belajarnya melayang bak kapal terbang membelah langit.hati mana yang tidak sedih jikalau hajat tidak kesampaian dan impian tinggal angan-angan. Hanya Allah yang tahu.
Di pagi yang hening itu zulkarnain iskandar sujud lama dalam solatnya agak berbeza dari tahajud yang dilakukan hari-hari yang lain.sememangnya Zulkarnain merasa tenang bermunajat dalam satu pertiga pagi yakni ketika ramai insan yang lena diulit mimpi dunia.tapi hatinya ingin terus berjaga.Allah lah yang menjadi pendengar setia setiap keluhannya hari-hari.Zulkarnain memang seorang yang tidak suka berkongsi masalahnya dengan sesiapa kecuali, yang maha mendengar dan Maha Mengetahui.sememangnya tidak rugi jikalau segala rasa dijiwa dikongsi dengan tuan pemilik dunia kerana dialah yang Maha berkuasa menenangkan hati yang sedang bergelora dengan kesedihan dunia.tangisan Zulkarnain mendayu-dayu demi mengharapkan belas dan kasih yang Maha Esa.
"Ya Allah janganlah engkau sesekali memalingkan cinta sucimu dari hambamu yang hina ini ya Allah kerana aku hanya ada sekeping hati yang rapuh dan tidak berdaya ini
moga kehampaan ini akan terubat dengan kasihmu yang suci itu ya Allah.sesunguhnya hambamu ini tidak akan sesekali berburuk sangka padamu Ya Allah, sesungguhnya kau adalah sebaik-baik perancang.ya Allah kau campakkanlah jasad ini dimana-mana tempat yang dapat mengisi bekalah rohaniku yang haus ini"..
"Zul awak tak dapat masuk MRSM ke"tanya encik hairi
aku menganguk lemah.aku dah malas nak bagi jawapan yang sama pada semua,ini adalah kali ke sembilan aku diajukan soalan oleh cikgu-cikgu.
"mungkin awak tak lulus ujian kemasukan MRSM kot.Tak mengapalah stay dekat sekolah ini dan naikkan nama sekolah ini ya."
zul angguk sekali lagi.semamangnya nama zul telah dikenali ramai setelah dipilih sebagai pelajar terbaik PMR di sekolah tengku Bendahara ini.
.......

"Alhamdulillah syukurnya.terima kasih emak,nanti zul balik ambil surat itu."
Aturan Allah memang sukar untuk di jangka,zul berjaya mendapat tempat di MRSM Jeli.Allah menghantar daerah jeli sebagai tempat dia menyambung perjuangan jihad di medan ilmu.guru-guru dan kawan-kawannya tidak percaya,teapi itulah kuasa ilahi dan tiada sesiapa yang dapat melawan.kun fayakun.Allah kata jadi,maka jadilah
..barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan pada dirinya,maka dia memberi cubaan untuk menguatkannya-hadis riwayat Al-bukhari
"pakcik duduklah di kerusi saya,lagipun tanah merah dah nak sampai ni."
"terima kasih ye nak.moga Allah membalasnya nanti"doa pakcik bertongkat itu.
sememangnya keretapi memang sesak dengan penumpang kerana ianya menjadi kenderaan utama terutama pada musim cuti sekolah.

pelbagai karenah manusia yang menghiasi suasana hari ini,yang pastinya gelak tawa kanak-kanak sedikit sebanyak menghilangkan kebosanan jiwa ini..keindahan sejuta panorama yang dijadikan oleh tuan pemilik dunia pastinya banyak mengajak aku supaya berfikir tentang kebesaranya..Allahuakbar..MRSM Jeli menjadi destinasiku.,