fight2

on 3.3.12
Jutawan Terkaya Pada Zaman Nabi
Abdul Rahman ditawarkan dengan kekayaan dan seorang isteri tetapi beliau menolaknya dan hanya mahu tahu jalan menuju ke pasar. Beliau memulakan bisnes, memecahkan monopoli bisnes Yahudi, dan menjadi jutawan terkaya di Madinah. Nilai kekayaannya mencecah RM107 juta.

Erti Hidup Pada Memberi
Untuk Perang Tabuk, Abdul Rahman menderma lebih daripada RM25 juta (200 dinar, 500 ekor kuda dan 1500 ekor unta). Kekayaannya langsung tidak berkurangan bahkan Allah melipatgandakan lagi harta kekayaannya.

Jual Pada Harga Modal Dan Tetap Untung
Abdul Rahman menjual 1000 ekor unta pada harga modal tanpa margin keuntungan. Keuntungan beliau adalah pada tali pengikat unta yang dijual sekali dengan unta sebagai nilai tambah. Beliau menjual tali itu dengan harga 1 dirham. Dalam satu hari, beliau menjana keuntungan 100 dirham.

Bisnes Diberkati Allah
Sekiranya ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, Abdul Rahman menjawab, "Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit, tetapi diberkati Allah"

BISNES DI DUNIA, UNTUNG SAMPAI KE SYURGA.
Barangsiapa memperbanyakkan istigfar, maka Allah akan
menghapuskan kedukaannya, menyelesaikan
masalahnya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangka.
(Dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud, an-Nasaie, Ibn Majah dan Hakim daripada Abdullah bin Abbas r.a)

0 comments:

Post a Comment